Saturday, April 26, 2014

Zainal 26: Izat- johan junior dan yasir arafat- johan terbuka

Gambar tahun 1995. 27 Ogos 1995.
Azat Johan Junior dan 
Yasir Arafat- Johan Terbuka

Azad ... setelah berjaya mengharumkan nama Pahang dengan bantuan Jurulatih pahang En. Wak Aminudin Sulaiman, telah meneruskan kerjaya dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia.

Yassir Arafat ... setelah gagal mengharumkan nama Pahang dalam acara basikal, telah melompat ke acara Silat Olahraga sebagai Wasit. Kini menjadi peniaga restoran di Temerloh.

LIHAT JUGA

Sunday, April 20, 2014

Kayuhan Cherating (13) cabutan bertuah


Abang Gong Badak tersenyum menerima hadiah baju basikal dari Pejabat Kementerian Pelancongan. Abang Gong badak datang bersama anak dengan basikal fixie. Tidak berkesempatan untuk menamatkan kayuhan kerana terpaksa berpatah balik kerana laluan yang dilalui tidak sesuai untuk basikal fixie anaknya.

Abang Gong Badak juga terlibat dalam sesi tersesat jalan ketika melalui jalan berpasir. dan tersesat sampai 3 km baru ada yang sedar kami dan sesat. Ketika kami seronok naik basikal tiba-tiba ada yang naik hairan kerana dan tak jumpa kesan tayar orang depan. Apa lagi, cepat-cepat pusing balik, bimbang terjumpa kapal terbang MAS MH370. Susan nak berjawab dengan wartawan.

Seperti kebiasaan mana-mana program 'perlu' ada cabutan bertuah. Ada orang memang selalu bertuah. Cabutan bertuan untuk peserta Kayuhan Jejak Destinasi Pelancongan Cherating
 terdiri dari basikal fixie, barang-barang basikal dan peluan bermalam di hotel.

Setelah selamat sampai dari tersesat dan berjaya melepaskan diri dari tebuan tanah, kami dapati kumpulan awal telah mencatatkan jarak sejauh 20km. Tetapi kumpulan kami mencatatkan jarak sejauh 23km. dalam pada naik basikal kami naik hairan sekali lagii apabila ada yang mencatatkan jarak sejauh 29 km. Itulah pengalaman Kayuhan Cherating.

Kami tak bercadang nak jelaskan keperluan teknikal dan keselamatan untuk satu-satu acara berbasikal. Biarlah masing-masing buat dangan cara masing-masing. Masing-masing sudah agihkan tanggungjawab dan tugas dengan sempurna.

Tajuk: Kayuhan Jejak Destinasi Pelancongan Cherating
Tarikh: 23.3.2014 (Ahad)
Masa: 7.00 pagi
Tempat: Cherating Business Centre
Jarak kayuhan: 20km

Saturday, April 19, 2014

Zainal 25: Perkhemahan di hutan kemasol

Ketika berbasikal dan berkhemah di Hutan Kemasul. Gambar dirakamkan pada 1hb Mei 1995. kelihatan tidak berbaju tunjuk 'body' adalah Encik Hassan Tukan Rumah. Bertopi biru adalah Encik Meri Kampung Haji Ali. Manakala bertopi merah adalh Encik Din Planet Tukan Tayar.

Friday, April 18, 2014

Kayuhan Cherating (12) hentian merokok

 01. Setelah menikmati Hentian Jambatan Kayu peserta Kayuhan Jejak Destinasi Pelancongan Cherating berpeluang berihat dan 'merokok' di Hentian Landasan Terbang. Peserta boleh menikmati roti dan pisang yang dibekalkan secara 'sendirian berhad'.
02. Inilah laluan lurus yang perlu ditempoh oleh Kayuhan Jejak Destinasi Pelancongan Cherating. Ada yang tidak sanggup untuk meneruskannya dan perlu untuk berhenti 'merokok'. Ada yang betul-betul merokok.

Tajuk: Kayuhan Jejak Destinasi Pelancongan Cherating
Tarikh: 23.3.2014 (Ahad)
Masa: 7.00 pagi
Tempat: Cherating Business Centre
Jarak kayuhan: 20km

Wednesday, April 16, 2014

Kayuhan Cherating (11) Hentian Jambatan Kayu


Semua peserta berkumpul di Hentian Jambatan Kayu untuk berihat dan bergambar. Sambil makan roti dan pisang yang perlu dibawa 'sendirian berhad' kerana tiada sesiapa menunggu disini. mungkin telah sedia ada 'penunggu' di kawasan ini.


Tajuk: Kayuhan Jejak Destinasi Pelancongan Cherating
Tarikh: 23.3.2014 (Ahad)
Masa: 7.00 pagi
Tempat: Cherating Business Centre
Jarak kayuhan: 20km

Monday, April 14, 2014

Kayuhan Cherating (10) jambatan kayu

 01. Peserta Kayuhan Jejak Destinasi Pelancongan Cherating telah dibawa melalui jalan raya, jalan kampung, merentas anak sungai, mendaki bukit berbatu, melalui kawasan tebuan tanah, melalui landasan keretapi, melalui kawasan belungkar, kawasan kebun sedang ditebang, kawasan kebun yang sedang dibajak.
02. Kini peserta dibawa merentas anak sungai melalui jambatan kayu. Semua peserta berkebolehan mengayuh melalui jambatan kaui ini. Sesi mendukung basikal untuk merentas anak sungai telah selesai.

Tajuk: Kayuhan Jejak Destinasi Pelancongan Cherating
Tarikh: 23.3.2014 (Ahad)
Masa: 7.00 pagi
Tempat: Cherating Business Centre
Jarak kayuhan: 20km

Kayuhan Alam Sekitar Maran: Pasukan Pemantau Pencemaran (3P)

13 April 2014 (Ahad).
Bersempena dengan pelancaran Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) telah diadakan serentak Kayuhan Alam Sekitar Maran 2014 sejauh 80km dan Kayuhan Tasik Maran 2014 sejauh 40km. Peranan masyarakat dalam isu pencemaran alam sekitar di Maran telah diperhebatkan lagi apabila Jabatan Alam Sekitar (JAS) menubuhkan Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) Parlimen Maran pada hari ini.
Penubuhan Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) peringkat Parlimen Maran dilancarkan Ahli Parlimen Maran YB Dato Haji Ismail b Haji Abd Mutalib di Taman Tasik Maran, Pahang pada 13.4.2014. Penubuhan Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) ini berikutan bertambahnya kesedaran orang awam terhadap isu-isu yang melibatkan pencemaran alam sekitar. Turut hadir semasa pelancaran Pasukan Pemantau Pencemaran 3P Parlimen Maran adalah YB Datuk Shahaniza Samsudin Adun Kuala Sentul.
Melalui program ini, ahli Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) yang berperanan sebagai mata dan telinga kepada JAS dalam membantu, melapor, menangani dan menyelesaikan masalah pencemaran alam sekitar di daerah Maran. Perhatian perlu diberikan kepada industri, loji-loji kumbahan, pembakaran terbuka, pembukaan dan kerja-kerja tanah serta pelupusan haram buangan terjadual seperti toksid merbahaya, kes berimpak tinggi seperti tumpahan minyak atau kebakaran hutan dan belukar berskala besar.
Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) juga melibatkan penduduk setempat termasuklah generasi muda dan dewasa, badan bukan kerajaan (NGO) dan semua anggota masyarakat di Parliment Maran. Melalui Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) masyarakat akan memainkan peranan proaktif bagi membantu JAS bertindak terhadap setiap aduan pencemaran alam sekitar dengan pantas dan cekap. Sehingga November 2013, Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) sudah mencecah 142,763 orang keahlian. Pada 2012 sejumlah 6,070 aduan berbagai kategori diterima dan direkod JAS.
Berikutan dari jumlah aduan tersebut Pasukan Pemantau Pencemaran 3P perlu diperkenalkan sebagai salah satu keadan memantau aduan pencemaran secara berterusan dan tersusun terutama peringkat komuniti dan kawasan parlimen.

Ahli-ahli kumpulan Pasukan Pemantau Pencemaran  3P adalah Ahli Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK), Ketua Kampung, Penghulu, persatuan dan rukun tetangga. Bilangan keanggotaan dalam 3P berdaftar dihadkan kepada maksimum 20 orang.

Usaha memulihara alam sekitar melalui aktiviti penguatkuasaan sahaja tidak akan berkesan jika tiada kesedaran masyaraka. Ahli Pasukan Pemantau Pencemaran 3P memainkan peranan dengan membuat laporan secara berterusan berhubung masalah serta aduan pencemaran alam sekitar di kawasan masing-masing kepada pegawai JAS negeri yang ditetapkan kepada setiap kumpulan.

Pengiktirafan dalam bentuk sijil penghargaan, token, baucar dan anugerah-anugerah khas akan diperkenalkan oleh JAS kepada Ahli Pasukan Pemantau Pencemaran 3P yang menyalurkan kes-kes pencemaran sehingga masalah tersebut berjaya diselesaikan.

Saturday, April 12, 2014

Kayuhan Cherating (09) Landasan Keratapi

 01. Peserta Kayuhan Jejak Destinasi Pelancongan Cherating dibawa melalui landasan keratapi. Kebanyakan peserta tidak mempunyai kemahiran untuk mengayuh di landasan keretapai maka ramailah yang menolak basikal sahaja.
 02. Penaluka Khursani 'terdengar-dengar' ada kereta api nak lalu.
03. Cepat-cepat sebelum keretapi sampai. Kami telah berjumpa dengan berbagai kayuhan, antaranya adalah Kayuhan Pisang, Kayuhan Pasir, Kayuhan Kura-kura, Kayuhan RM10, Kayuhan RM5 dan kali ini adalah Kayuhan Landasan Keratapi.

Tajuk: Kayuhan Jejak Destinasi Pelancongan Cherating
Tarikh: 23.3.2014 (Ahad)
Masa: 7.00 pagi
Tempat: Cherating Business Centre
Jarak kayuhan: 20km

Zainal 24: Lumba Berbasikal Daerah Maran

Hasan mejadi Johan Berbasikal Daerah Maran anjuran Bike Pahang. Hasan kini masih tinggal di kampung Telok Ira Temerloh bersama isteri dan anak-anak. Kini telah berjaya dalam kerjaya sebagai Pakar Buat Rumah. Kalau ada sesiapa yang nak bina rumah bolehlah mintak tolong pada Hassan.

Thursday, April 10, 2014

Kayuhan Cherating (08) saiz badan bukan halangan



Berat badan bukan penghalang untuk kita menyertai aktiviti berbasikal. Tentu ada yang pernah berjumpa dengan 'Bigman' sang pengayuh dan 'Fatman' sang pengayuh. Antara perkara yang penting adalah memilih basikal yang sesuai dengan fizikal kita.

Bagi mereka yang berbadan besar, aktiviti berbasikal tidak akan mencederakan lutut dan buku lali kerana aktiviti dilakukan dalam keadaan duduk. Jika melakukan aktiviti berlari, boleh menyebabkan kecederaan pada kaki atau lutut jika menggunakan kasut yang kurang sesuai.


Tajuk: Kayuhan Jejak Destinasi Pelancongan Cherating
Tarikh: 23.3.2014 (Ahad)
Masa: 7.00 pagi
Tempat: Cherating Business Centre
Jarak kayuhan: 20km

Tuesday, April 8, 2014

Kayuhan Cherating (07) umur bukan penghalang

Dalam aktiviti berbasikal, umur tidak dijadikan penghalang. Aktiviti berbasikal adalah aktiviti sukan yang amat berkait rapat dengan Sains Sukan.

Bermula dengan pembelian basikal. Biomekanik dalam Sains Sukan telah menunjukkan keperluan untuk membeli basikal adal basikal yang mempunyai saiz yang sesuai dengan seseorang. Pengayuh MESTI mengayuh basikal yang sesuai dengan tubuh badan mereka.

Ada penjual basikal (individu atau kedai basikal) yang menjual ikut minat pembeli. Bila dah beli baru tahu basikal tu tak sedap dikayuh. Tetpaksa jual semula dan beli basikal lain.

Kadang-kadang jika tersalah beli basikal kita tidak perlu menjual semula basikal tetapi perlu menukar barang tertentu pada basikal bagi menjadikan ianya sesuai dengan fizikal kita.

Berbalik kepada 'umur bukan penghalang'. Berbasikal membolehkan kita melakukan latihan atau rekreasi berbasikal dengan kekuatan otot atau jantung kita. Berbasikal tidak seperti bola sepak yang telah menyebabkan pemain bola boleh mati dalam padang. Ketika dalam padang pemain bole tidak menerima isyarat yang jelas dari badan mereka tentang had kemampuan badan seseorang.

Dalam aktiviti berbasikal, apabila jantung kita telah mencapai tahap maksima (220 x umur) maka badan kita akan memberikan tanda untuk kita memperlahankan aktiviti kita. kegagalan kita untuk mengenal pasti tanda tersebut akan menyebabkan masalah yang besar.

Ketika aktiviti berbasikal kita boleh mengawal rentak kayuhan kita supaya sesuai dengan umur kita. Tetapi terlebih dahulu kita perlu sesuaikan basikal dengan fizikal kita. Jika tidak sesuai, aktiviti berbasiikal akan menjadikan badan kita sakit bukan menjadikan badan kita makin kuat.


Tajuk: Kayuhan Jejak Destinasi Pelancongan Cherating
Tarikh: 23.3.2014 (Ahad)
Masa: 7.00 pagi
Tempat: Cherating Business Centre
Jarak kayuhan: 20km

Kayuhan Cherating (06) kekuatan mental dan fizikal

Aktiviti berbasikal boleh digunakan untuk membina kekuatan fizikal dan mentel anak-anak. Kekuatan mental dan kekuatan fizikal adalah dua perkara yang berbeza. Ada mereka yang kuat fizikalnya berdasarkan otot dan fizikal. Mampu menghadapi pelbagai cabaran berbentut fizikal tetapi amat lemah jika berhadapan dengan cabaran berbentuk mental.

Ada juga mereka yang mempunyai kekuatan mental berdasarkan semangat dan kata-kata mereka. Tidak mudah untuk melemahkan semangat mereka. Mereka boleh juga memberi semangat dan motivasi kepada orang lain. Mampu mematahkan kata orang yang mahu melemahkan semangat mereka dan kumpulan mereka. Tetapi mereka tidak mampu untuk menghadapi cabaran jika memerlukan kekuatan fizikal.

Untuk menyediakan anak-anak kita supa mempunyai kekuatan mental dan fizikal, boleh dilakukan dengan aktiviti berbasikal. Disini tidak bercadang untuk bercerita pasal teknik membina kekuatan mentan dan fizikal melalui aktiviti berbasikal.

Perkara ini tidak boleh dilakukan secara main teka-teka dan acu-acu. Contohnya, membina kekuatan fizikal bagi anak-anak ada had-had atau pantang yang tidak boleh dilakukan. Jika kita menyediakan teknik latihan yang tidak mengikut prinsip ansur maju, badan anak-anak akan cepat rosak. Akhirnya mereka akan cepat bosan dan mereka tidak mahu terlibat dengan aktiviti yang mencabar fizikal mereka.

Tajuk: Kayuhan Jejak Destinasi Pelancongan Cherating
Tarikh: 23.3.2014 (Ahad)
Masa: 7.00 pagi
Tempat: Cherating Business Centre
Jarak kayuhan: 20km

Sunday, April 6, 2014

Kayuhan Cherating (05) semangat basikal fixie


Duan buah basikal yang menyertai Kayuhan Jejak Destinasi Pelancongan Cherating sedang berihat di landasan keretapi Cherating. Laluan ini adalah laluan yang amat sukar untuk sebuah basikal fixie. Ini menunjukkan basikal fixie kuni adalah fixie yang mempunyai semangat Malaysia Boleh. Adalah dirapkan semua basikal fixie mempunyai semangat seperti basikal fixie kuning.


Tajuk: Kayuhan Jejak Destinasi Pelancongan Cherating
Tarikh: 23.3.2014 (Ahad)
Masa: 7.00 pagi
Tempat: Cherating Business Centre
Jarak kayuhan: 20km

Saturday, April 5, 2014

Zainal 23: Kayuhan hari kemerdekaan ke 38 tahun 1995

Gambar Zali Kuda bersama-sama rakan selepas kayuhan hari kemerdekaan ke 38 tahun 1995. Gambar ini dirakamkan pada 31 Ogos 1995.

Zali Kuda pada masa ini bertugas di Balai Polis Daerah Temerloh. Zali Kuga berjaya menjadi seorang usahawan yang berjaya. berjaya membuka Restoran Zali Kuda dengan 14 orang pekerja. Juga terlibat dalam kontrak punggah kelapa sawit.

Friday, April 4, 2014

Kayuhan Cherating (04) awas tebuan tanah

Setelah selesai merentas anak sungai, kini peserta perlu menolak basikal menaiki cerun bersemak dan berbatu-batu. Laluan ini memaksa peserta Kayuhan Jejak Destinasi Pelancongan Cherating untuk menolak basikal kerana laluan ini tidak membolehkan peserta mengayuh.

Peserta juga perlu menolak dengan berhati-hati kerana terdapat tebuan tanah yang telah terganggu dengan kedadiran peserta Kayuhan Jejak Destinasi Pelancongan Cherating. Nasib baik kumpulan ini terselamat. Terima kasih kepada Abang Gong Badak yang telah perasan perasaan marah tebuan tanah kerana penganjur lupa memohon kebenaran mereka untuk lalu di tanah mereka.


Tajuk: Kayuhan Jejak Destinasi Pelancongan Cherating
Tarikh: 23.3.2014 (Ahad)
Masa: 7.00 pagi
Tempat: Cherating Business Centre
Jarak kayuhan: 20km

Gambar tebuan tanah tersebut tidak dapat ditunjukkan kerana tiada sesiapa yang berani untuk mengambil gambar Tebuan Tanah yang sedang marah.

Wednesday, April 2, 2014

Jom Baca Bersama untuk 10 minit 2014 (LET'S READ TOGATHER FOR 10 MINUTES 2014)

Pada  23 April telah dipilih sebagai hari Sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia. tarikh ini telah dipilih oleh Pertubuhan Pendidikan, sainstifik dan kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.. Ianua adalah bertujuan untuk memertabatkan buku sebagai sumber pengatahuan. dalam era terkologi yang semakin maju, buku perlu diletakkan ditempat yang sewajarnya supaya terus bersesuan dengan era ini.

Untuk menyokong sambutan ini, program JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) akan diadakan di seluruh Malaysia bersama Perpustakaan Awam Negeri-Negeri Se-Malaysia.

Program ini adalah pengisian program gerakan membaca yang dijalankan setiap tahun. Usaha berterusan ini adalah bagi membentuk masyarakat ke arah membudayakan tabiat membaca.

Kesemua perpustakaan awam negeri bersetuju untuk melaksanakan JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) secara serentak pada hari, tarikh dan masa yang sama. Tarikh 22 April 2014 jam 10.00 hingga 10.10 pagi telah dipilih sebagai tarikh dan waktunya.

Konsep JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) diilhamkan daripada sambutan Earth Hour.

Melalui program JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) semua peserta tanpa mengira apa jua latarbelakang, pekerjaan atau aktiviti yang sedang dilakukan akan sama-sama  berhenti sebentar dan membaca selama 10 minit secara serentak.

Pelaksanaan program  JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) diharapkan dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia sekaligus menjadikan Perpustakaan Awam Negeri-negeri Se-Malaysia relevan dengan keperluan masyarakat.

JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) merupakan  inisiatif membaca di perpustakaan awam negeri bersama Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM).

Usaha ini akan dijalankan dengan sokongan sekolah rendah, sekolah menengah, IPTA/IPTS, Jabatan kerajaan, NGO dan individu yang berminat.

MARILAH KITA MEMBACA SERENTAK PADA:
Tarikh: 22 April 2014
Hari: Selasa
Masa mula: 10.00 pagi
Masa tamat: 10.10 pagi
Tempoh masa: 10 minit.
Bahan bacaan: apa-apa bahan yang bermanafaat.
Tempat: Dimana-mana sahaja anda berada pada tarikh dan masa tersebut.

Tunjukkan minat kepada budaya membaca dengan menyertai JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES).

Kepada pembaca blog yang berminat menyokong JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) marilah kita membaca serentak bersama-sama seluruh negeri Pahang dan seluruh Malaysia pada 22 April 2014 - hari Selasa - bermula  jam 10.00 pagi - sampai 10.10 pagi - iaitu selama masa 10 minit sahaja.

Marilah bersama 1.2 juta seluruh Malaysia untuk menunjuk 'KITA SUKA ILMU, KITA SUKA MEMBACA' bagi mencipta rekod Membaca Se Malaysia.

Emailkan kepada kami gambar aktiviti membaca anda pada 22 April 2014 - hari Selasa - bermula  jam 10.00 pagi - sampai 10.10 pagi untuk dikongsi dalam blog ini.

Kayuhan Cherating (03) merentas sungai


Ada orang memilih untuk mengayuh basikal racing dan ada orang memilih mengayuh basikal MTB. Bila mengayuh basikal MTB di laluan 'off road' ada ketikanya kita bertemu dengan laluan yang tidak dapat dikayuh seperti menyeberang anak sungai.

Berhadapan dengan situasi merentas anak sungai ini memerlukan kita 'mendukung' basikal. Bagi berhadapan dengan situasi yang menyebabkan kita terpaksa mendukung basikal, dicadangkan semasa mengayuh petang-petang di kawasan ruman, kena juga buat latihan mendukung basikal.

Sama ada basikal kita berat atau ringan (maksudnya mahal atau murah) tidak menjadi masalah. Bagi mereka yang mempunyai basikal yang sama berat dengan tong gas, latihan ini juga akan memberi manafaat kekuatan untuk mengangkat tong gas. Ianya akan memudahkan suami melaksanakan tugas membeli gas. Isteri tentu akan bangga jika memiliki suami yang mampu mendukung tong gas sampai ke kedai. Suami orang lain terpaksa menggunakan motosikal atau kereta untuk membawa tong gas. Ini juga boleh menunjukkan kekuatan zahir dan batin sang suami.

Latihan angkat atau dukung basikal ini juga perlu untuk suami yang mempunyai isteri yang besar, teguh dan peramah. Kalau terjadi apa-apa hal, suami dapat mendukung isteri untuk .....

Disini saya tidak bercadang untuk menceritakan teknik mendukung basikal.


Tajuk: Kayuhan Jejak Destinasi Pelancongan Cherating
Tarikh: 23.3.2014 (Ahad)
Masa: 7.00 pagi
Tempat: Cherating Business Centre
Jarak kayuhan: 20km

Tuesday, April 1, 2014

Kayuhan Kuantan 160K 2014 (Kuantan 160 Century Ride 2014)

Tarikh: 1 Jun 2014 (Ahad)

Kayuhan KUANTAN160k perlu dianggap sebagai BUKAN perlumbaan. Peserta akan mencabar diri mereka untuk menamatkan kayuhan basikal sejauh 160 km yang amat mencabar.

Masa akan dirakamkan melalui cip. Hanya mereka yang menamatkan kayuhan lengkap 160km akan dianggap sebagai 'Yang Berjaya' dan akan menerima sijil. Hentian air disediakan di setiap 40km.

Kategori:
Open : 18 - 40 tahun
Master : 41  - 50 tahun
Senior Veteran – 51 tahun keatas)
Wanita terbuka

--------------------------------------------
Jawatankuasa Kayuhan Kuantan 160k 2014

Pengerusi: Haji Idros Yahaya
Setiausaha: Mohd Izazi Ismail
PRO: Mohd Izazi Ismail
Bendahari: Mohammed Sidek Tamliho

Ahli:
Dahaizal Dahanan (Ijan) - Race & Technical
Azam Fauzi Mohd Said - Online Registration
Jamalludin Ab Rahman - Design & Web
Wan Faizal Aziz - Event Site
Azizul Aziz - Event Site
Norhisyam Ab Rahman - Goodies & Registration Counter--------------------------------------------
HADIAH

Elit
Pertama RM1500
Kedua RM800
Ketiga RM500

Terbuka
Pertama RM500
Kedua RM400
Ketiga RM300

Wanita
Pertama RM500
Kedua RM400
Ketiga RM300

--------------------------------------------
PASUKAN YANG TELAH MENDAFTAR ADALAH SEBANYAK 144 PASUKAN


1
3 MUSKETEERS ELITE TEAM
2
AFTERWERKZ
3
ALBERT LIM
4
ANGKER CYCLING TEAM
5
ANIMILES RACING
6
ANZA CYCLING
7
ASCENDERS
8
AVANTI TEAM MALAYSIA
9
BBB@WINDSOR
10
BBCC
11
BELAKANG NAGA CYCLING TEAM (BNCT)
12
BIKE 360 SINGAPORE
13
BIKE ELEMENTZ
14
BIKE HOUSE
15
BJCC
16
BTCC
17
CBC
18
CHAN CHUN KEAT
19
CHAP AYAM CYCLING TEAM
20
CHERAS RIDERS
21
CHERRY DING
22
CHHS CYCLING CLUB
23
CHUNG HUA HIGH SCHOOL RUNNER CLUB
24
CICLISMO AMICI
25
CRANKY BROS
26
CRANKY BROS
27
CRAZYWILLY
28
CYCLE SIOW SINGAPORE
29
CYCLE STREAM CYCLING CLUB
30
CYCLEDELIC
31
CYCLEMOTION JB
32
CYCLENAUTS
33
CYCLISTIS
34
DAWN RIDER
35
DEVIL CYCLING TEAM
36
DINO
37
EDISPILF
38
ENCHAL
39
EVOLV
40
FCR
41
FDJ ZONE
42
FEI BROTHERS
43
FLIPSIDE
44
FORTYSIX CYCLING CLUB
45
GDC
46
GENG BASIKAL BANDAR TUN RAZAK
47
GENG GOHEK KEMAMAN
48
GENG MEPPEH
49
GIN
50
GKCC TERENGGANU
51
GO GO RIDE
52
GO8
53
HASIL TERENGGANU CYCLING CLUB
54
HOSPITAL TAIPING CYCLING CLUB (HTCC)
55
HTCC
56
ICYCLE FAMILY
57
IMC
58
INDIVIDUAL
59
ITICC
60
JAMI BIKE CENTRE (JBC)
61
JBC
62
JOHOR ELITE CYCLING
63
JOYRIDERS RACING TEAM
64
KECHIL CYCLES
65
KECHIL CYCLES
66
KEN LOH
67
KESAS NIGHT RIDERS
68
KLCT (KUALA LIPIS CYCLING TEAM)
69
LACC
70
LAPIERRE ASIA
71
LELUXE.CC
72
LESGONE
73
MANDAI HYENAS
74
MASTANA
75
MEDIA PRIMA CYCLING TEAM
76
MENG THAI CYCLE TEAM
77
MFMC
78
MIGHTY CYCLING
79
MUSANGKING CYCLING TEAM
80
NEW WING ENERGY SDN. BHD
81
NOGLB
82
OPA
83
ORBIT CYCLE
84
OTWGD
85
P2K
86
PEDAL LIAR
87
PEDALSPOT
88
PERAMAH CYCLING TEAM (PCT)
89
PGTOA-AMERSTRAND SPEDA
90
PHKCYCLING TEAM
91
PRBC
92
PROJECT RIDE
93
PUCHONG GENG GEREK
94
R&D RIDERS
95
RFC
96
RHC COMPONENTS
97
ROCKRACINGSG
98
ROMPIN CYCLIST COMMUNITY
99
RON
100
RR
101
SAIFUL WORKS CYCLING TEAM
102
SEKILAU TRIBE
103
SERIOUS ANIMALS
104
SHADOWZ CYCLE
105
SYNC CYCLE TEAM
106
TAWAU CYCLISTS
107
TEAM 3G
108
TEAM 530 CYCLING GROUP
109
TEAM ALLEZ
110
TEAM AVANTI MALAYSIA
111
TEAM BASE LOAD
112
TEAM BELANG TARUNG
113
TEAM CYCLEDELIC
114
TEAM DINO
115
TEAM EVOLV
116
TEAM IMC
117
TEAM INTEGRATED RIDING
118
TEAM JEC
119
TEAM LATICRETE
120
TEAM MAGNUM
121
TEAM MIDPOINT SINGAPORE
122
TEAM PILOTI DELL'EST
123
TEAM SDR
124
TEAM SEASUCKER
125
TEAM THOR
126
TEAMABSOLUT
127
TEAMABSOLUT
128
TEAMABSOLUT
129
TEMASEK CLASSIC RIDER
130
TEZIBONE
131
TEZIBONE
132
THREESEES
133
TOTEC
134
TP
135
TSM
136
UNITED CYCLISTS OF IPOH
137
UTP CYCLIST
138
VINCENT CHONG
139
VINTAGE
140
WANGSA MAJU CYCLING TEAM
141
WEST COAST RIDERS
142
WILSON TAN
143
YEW TEE RIDER
144
ZAMOHA CYCLING TEAM

Kesemua pasukan ini datang dari 24 negara iaitu:


1
AUSTRALIA
2
AUSTRALIAN
3
BELGIUM
4
BELGIUM
5
BRITISH
6
DENMARK
7
ENGLAND
8
HONG KONG
9
INDIA
10
INDONESIA
11
JAPAN
12
NORWAY
13
P.R.China
14
PHILIPPINES
15
SCOTLAND
16
SINGAPORE
17
SWEDEN
18
SWITZERLAND
19
TAIWAN
20
THAILAND
21
THE NETHERLANDS
22
UK
23
USA
24
VENEZUELA
--------------------------------------------

Untuk maklumat lanjut:
B 8006, Tingkat 1 – 3. Seri Kuantan Square,
Jalan Teluk Sisek 25000 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
Tel: 09 517 1111 / 09 517 1112
Fax: 09 514 6900
Email : izazi@icloud.com

Kayuhan Janda Baik 2014 (Janda Baik Waterfall Ride 2014)

Janda Baik Waterfall Ride 2014 (JBWR2)

Tarikh: 19-20.4.2013 (Sabtu dan Ahad)
Masa Pelepasan: 8.30 pagi

Tempat: Kg. Janda Baik, Pahang
Basikal: MTB sahaja (Off-road - Cross-country/XC)
Jarak: 35 km

Penganjur: SK Event Mgtwith

Makan tengahari Gulai Kawah Siti Norhaliza

Kategori
1 Lelaki Junior 12-18 tahun
2 Lelaki Terbuka 19-34 tahun
3 Lelaki Senior 35-44 tahun
4 Lelaki Senior Otai 45 tahun keatas
5 Wanita Terbuka

Untuk maklumat lanjut hubungi:
SK 0133606693
Ken Kyoshi 0123672342

Emailkan pertanyaan:
jandabaik2ride@gmail.com

Kayuhan Tasik Maran 2014 (40km dan 80km) PAHANG

Kayuhan Tasik Maran 2014

Tarikh: 13 April 2014
Masa: 7:30 pg hingga 1:00 petang
Tempat: Dataran Tasik Maran, Temerluh, Pahang, Malaysia
Penganjur: MARAN CYCLING CLUB
Jarak: 40km dan 80km

Kategori 40km
TAMAN TASIK MARAN - KG SENGGORA - KG LUBUK PAKU - KG SERENGKAM - KG BAK-BAK - TAMAN TASIK MARAN.
Laluan: Jalanraya bertar

Kategori 80km
TAMAN TASIK MARAN - SRI JAYA - KG SRI MAKMUR - KG BELIMBING - KG SERENGKAM - KG BAK2 - DAN KEMBALI KE TAMAN TASIK MARAN
Laluan: Jalanraya bertar

KEHADIRAN DAN SOKONGAN RAKAN2 AMAT KAMI HARGAI DN NANTIKAN...

Yuran pendaftaran boleh dibayar ke akaun
Shasrietech ( CIMB 8601324869 )

wasap/wechat/sms bukti pembayaran dan simpan slip bayaran
hp 019-9205837
atau
email maran40ride@gmail.com