Thursday, June 28, 2012

Aktiviti berbasikal jarak jauh untuk pelancong

Sinar Harian Pahang  27 Jun 2012

KUANTAN - Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Pahang (KPMNP) menggalakkan setiap persatuan berbasikal negeri Pahang dan pusat peranginan negeri ini bergiat aktif menganjurkan aktiviti berbasikal jarak jauh bagi menambah aktiviti dalam kalendar pelancongan negeri.
sumber gambar: http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/teluk-cempedak-tak-terjejas-1.82391

Pengarah Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Pahang Idros Yahya berkata aktiviti ini mempunyai nilai pelancongan tersendiri, yang menjurus kepada aktiviti lasak dan terdapat permintaan bagi laluan yang lebih panjang dan mencabar.
 
"Kebanyakan aktiviti kayuhan ini melibatkan laluan merentasi kampung dan bandar, peserta secara tidak langsung dapat meneroka dan menikmati pemandangan di sepanjang laluan ikon pelancongan di Pahang," katanya kepada Bernama pada Kembara Media Fotografi Cuti-Cuti 1Malaysia 2012 di sini.
Encik Amran ketika Kayuhan Pelancongan Bandar Kuantan.

Turut hadir Pengarah Bahagian Pemasaran Domestik Kementerian Pelancongan Malaysia Pahang Amran Abd Rahman dan Pengurus Impiana Resort Cherating Kamarudin Kassim.
  
Setakat ini, KPMNP telah menganjurkan aktiviti seumpamanya seperti Kayuhan Taman Negara Green Jamboree 2012, Kayuhan 'Mountain Bike' di Jengka sejauh 46KM dan kayuhan di Raub sepanjang 140KM merentasi laluan Bentong, Lipis dan Raub.
  
Idros berkata satu kumpulan seramai 130 peserta dari Singapura akan menyertai aktiviti berbasikal dari Kuantan ke Singapura, di mana mereka akan menginap satu malam di Kuantan dan Rompin sebelum pulang ke Singapura.
  
Sehingga pertengahan tahun ini, seramai 3,646 peserta menyertai acara kayuhan basikal di sekitar negeri Pahang dan KPMNP menyasarkan sejumlah 6,500 pelancong berbasikal sehingga akhir tahun ini, katanya. - Bernama

Tuesday, June 12, 2012

Acara Berbasikal Sukma Pahang 2012


4 Julai 2012 Rabu
- Pendaftaran: MPT PLAZA TEMERLOH
Taklimat Teknikal
Taklimat Komisar
Pemeriksaan Lesen, Jersi & Pengedaran No. Badan
Mesyuarat Pengurus Pasukan

5 Julai 2012 Khamis
-Latihan rasmi:
Trek Sri Tualang, Temerloh  dan
Trek Kuala Gandah, Lanchang

6 Julai 2012 Jumaat
- MTB Down Hill: Trek Kuala Gandah 

7 Julai 2012 Sabtu
- MTB Cross Country: Trek Sri Tualang, Temerloh

8 Julai 2012 Ahad
- Pecut Ujian Masa: Stadium Temerloh 
200m lelaki
200m wanita

9 Julai 2012 Isnin
- Ujian Masa: Stadium Temerloh   
500m wanita
1km lelaki

10 Julai 2012 Selasa
- Ujian Masa Berpasukan: Stadium, Temerloh
80km lelaki
50km wanita

11 Julai 2012 Rabu
- Perlumbaan Jalanraya: Stadium Temerloh   
168.5km lelaki
111.8km wanita

12 Julai 2012 Khamis
- Ujian Masa Perseorangan: Stadium Temerloh
40km lelaki
30km wanita

13 Julai 2012 Jumaat
- BMX: Trek Sri Tualang, Temerloh

14 Julai 2012 Sabtu
- Kriterium: Stadium Temerloh

LINKS
1. teganukita.blogspot.com (skuad-basikal-sasar-lima-emas-sukma)
2. diyanatjuman.blogspot.com (finally-sukma-pahang)
3. gopsraman.blogspot.com (sukma-pahang-2012)
4. sukesukikehidupan.blogspot.com (sukarelawan-sukam-pahang)
5. usptnperak.blogspot.com (kunjungan-hormat-kerajaan-pahang-untuk-sukma2012)
6. mysukan.blogspot.com (info-sukma-pahang-2012)
7. usptnwp.blogspot.com (pemantauan-pln-berbasikal-april-2012)
8. usptnps.blogspot.com (pemantauan-sesi-latihan-sukan-basikal-sukma)




Acara Berbasikal Sukma Pahang 2012 - 14 Julai 2012

HARI SABTU

TEMPAT
Stadium Temerloh
   
9.00 pagi       
80.6 km Kriterium Lelaki Akhir ( 3.4km x 24 lap ) – 6 pecutan 

11.00 pagi 
54.4 km Kriterium Wanita Akhir ( 3.4km x 16 lap ) – 4 pecutan

12.45 tgh  Penyampaian Hadiah

Acara Berbasikal Sukma Pahang 2012 - 13 Julai 2012

HARI JUMAAT

TEMPAT
Sri Tualang, Temerloh
  
9.00 pagi       
BMX Kelayakan Lelaki

10.00 pagi       
BMX Kelayakan Wanita

11.00 pagi       
BMX Separuh Akhir Lelaki

11.30 pagi       
BMX Separuh Akhir Wanita 

4.00 ptg       
BMX Akhir Lelaki

4.30 ptg       
BMX Akhir Wanita      

5.00 ptg       
Penyampaian Hadiah

Acara Berbasikal Sukma Pahang 2012 - 12 Julai 2012

HARI KHAMIS

TEMPAT
Stadium Temerloh   

9.00 pagi       
40km Ujian Masa Perseorangan Lelaki Akhir 

9.30 pagi       
30km Ujian Masa Perseorangan Wanita Akhir

11.30 pagi       
Penyampaian Hadiah

Acara Berbasikal Sukma Pahang 2012 - 11 Julai 2012

HARI RABU

TEMPAT
Stadium Temerloh   

8.30 pagi       
168.5km Perlumbaan Jalanraya Perseorangan & Berpasukan Lelaki Akhir

1.00 tgh 
Penyampaian hadiah
  
2.30 ptg 
111.8km Perlumbaan Jalanraya Perseorangan & Berpasukan Wanita Akhir

6.15 ptg 
Penyampaian Hadiah

Acara Berbasikal Sukma Pahang 2012 - 10 Julai 2012

HARI SELASA

TEMPAT
Stadium, Temerloh
  
8.30 pagi 
80km Ujian Masa Berpasukan Akhir Lelaki

11.00 pagi       
Penyampaian Hadiah 

3.30 ptg       
50km Ujian Masa Berpasukan Akhir Wanita

6.00 ptg       
Penyampaian Hadiah

Acara Berbasikal Sukma Pahang 2012 - 9 Julai 2012

HARI ISNIN

TEMPAT
Stadium Temerloh   

9.00 pagi       
Trek 500m Ujian Masa Akhir Wanita     
    
10.30 pagi       
Trek 1km Ujian Masa Akhir Lelaki

12.00 tgh       
Penyampaian Hadiah

Acara Berbasikal Sukma Pahang 2012 - 8 Julai 2012

HARI AHAD

TEMPAT
Stadium Temerloh   

8.30 pagi       
Trek 200m Pecut Ujian Masa Kelayakan Lelaki/Wanita

10.30 pagi 
Trek 200m Pecut Separuh Akhir Lelaki / Wanita
  
3.30 ptg 
Trek 200m Pecut Akhir Lelaki / Wanita Tempat Ke-3 & Ke-4  / Johan dan Naib Johan

4.15 ptg 
Penyampaian Hadiah

Acara Berbasikal Sukma Pahang 2012 -7 Julai 2012

HARI SABTU

TEMPAT:
Sri Tualang, Temerloh
  
9.00 pagi       
MTB Cross Country Akhir Lelaki

11.30 pagi       
Penyampaian Hadiah MTB XC Lelaki

3.30 ptg       
MTB Cross Country Akhir Wanita

11.30 pagi       
Penyampaian Hadiah MTB XC Wanita

Acara Berbasikal Sukma Pahang 2012 - 6 Julai 2012

Hari Jumaat

TEMPAT:
Trek Kuala Gandah   

8.30 pagi – 9.30 pagi
MTB Down Hill – 2 kali Larian wajib Lelaki/Wanita (pelepasan melalui Starting Gate)

10.00 pagi-11.00 pagi    
MTB Down Hill – Larian 1 ( Masa Kelayakan Wanita ) 

11.00 pagi-12.00 tgh     
MTB Down Hill – Larian 1  ( Masa Kelayakan Lelaki )

3.30 ptg – 4.30 ptg     
MTB Down Hill Akhir Wanita

5.00 ptg - 6.00 ptg     
MTB Down Hill Akhir Lelaki

6.30 ptg       
Penyampaian Hadiah

Acara Berbasikal Sukma Pahang 2012 - 5 Julai 2012

ACARA:
Latihan Rasmi BMX, MTB, XC, Down Hill

TEMPAT
-Trek Sri Tualang,Temerloh 
-Trek Kuala Gandah,Lanchang

MASA
8.30 pagi – 5.00 ptg

Acara Berbasikal Sukma Pahang 2012 - 4 Julai 2012

Tempat: MPT PLAZA TEMERLOH  
11.00 pagi - Taklimat Teknikal
2.30 ptg - Taklimat Komisar
3.30 ptg - Pemeriksaan Lesen, Jersi & Pengedaran No. Badan    
4.30 ptg  - Mesyuarat Pengurus Pasukan

Laluan basikal untuk bandar Kuantan

Pada hari ini Tourisam Malaysia telah mengadakan mesyuarat bagi menyemak dan mengesahkan Laluan Pelancongan Berbasikal Bandar Kuantan.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Amran Abdul Rahman, Pengarah Tourism Malaysia Pahang. Turut hadir adalah Pejabat Kesihatan, Pejabat Pelancongan Malaysia, Pejabat Kesenian dan Kebudayaan, Jabatan Parit dan Saliran, Majlis Perbandaran Kuantan, Kedai Basikal Rahim dan Kedai Basikal Ah Soon.

Peta laluan berbasikal bandar Kuantan yang disediakan oleh Tourisam Malaysia Pahang

Dua laluan telah dikenal pasti iaitu:
1. Laluan berbasikal dari Teluk Cempedak ke Majlis Perbandaran Kuantan
2. Laluan berbasikal dari Majlis Perbandaran Kuantan ke Sungai Isap 25

Laluan 1 Teluk Cempedak ke Majlis Perbandaran Kuantan akan melalui,: Jalan Dato Abu Samah, Masjid Tanjung Api, Taman Esplaned Tanjung Api, simpang berhampiran Sekolah Menengah Agama al-Ihsan, Padang Lalang, U-turn bawah jambatan Tanjung Lumpur, BMW, Kastam Diraja Malaysia Pahang, Jabatan Laut Pahang, Hotel Mageview, Taman Esplaned Kuantan dan Majlis Perbandaran Kuantan.

Laluan 2 Majlis Perbandaran Kuantan ke Sungai Isap 25 akan melalui: Majlis Perbandaran Kuantan, Kem Ranjer 505, Dataran Kemunting, Kuil Sri Mariammam, Sekolah Menengah Tanah Putih, Sekolah Jenis Kebangasaan Cina Chung Ching, Jejantas Sekolah Jenis Kebangasaan Cina Chung Ching, Medan Feri, melalui tambatan banjir sampai ke Masjid al-Fatah, Sungai Isap 3, Pam Minyak Mobil, Sungai Isap 74, Sungai Isap 79, Sungai Isap 25.

Usaha ini adalah perancangan Tourism Malaysia Pahang kearah menjadikan Kuantan Bandar Mesra Basikal dan kearah Bandar Kongsi Basikal. Semoga usaha menjadikan Cuti-cuti Berbasikal sebagai salah satu cara rakyat bercuti bersama keluarga.


Tuesday, June 5, 2012

Kuala Gandah Mountain Bike Challenge 2012

(Pra-Sukma bagi acara berbasikal)
Persatuan Berbasikal Pahang menganjurkan Kuala Gandah MTB Challenge dengan kerjasama Tourism Malaysia Pahang, Koperasi Sukan Makmur Temerloh Berhad dan Syarikat Nine Speed Adventure Trading.  Kuala Gandah MTB Challenge akan berlangsung pada:

Tarikh: 16-17 Jun 2012
Tempat: Trek Kuala Gandah Lanchang Pahang.
Jumlah Penyertqaan: 500 orang
Yuran Penyertaan: RM40.00

sumber gambar: http://mohdsharkar.blogspot.com/2012/06/mountain-bike-kuala-gandah-challenge.html

Tarikh tutup penyertaan: 7 Jun 2012

Untuk Maklumat lanjut:
INA - 013-255 9015
WAK - 019-923 6217
sumber gambar: http://mohdsharkar.blogspot.com/2012/06/mountain-bike-kuala-gandah-challenge.html

Kategori dan Hadiah Pertama


Hadiah Kedua hingga kelima



Borang Pendaftaran


Disediakan juga cabutan bertuah bernilai RM5,000.00 untuk dimenangi.

sumber gambar: http://mohdsharkar.blogspot.com/2012/06/mountain-bike-kuala-gandah-challenge.html

perasmian oleh
Y.B. DATO' HAJI MOHD SHARKAR BIN HAJI SHAMSUDIN
Adun Kawasan Lanchang
Exco Kerajaan Negeri Pahang
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan,Sains, Teknologi Dan Inovasi Negeri Pahang

Pada 16hb Jun 2012 (Sabtu) jam 2.00 petang
Orang ramai dan media dijemput hadir.

LINK
1. prasukmapahang2012.blogspot.com (pra-sukma-pahang-2012)- Kuala Gandah MTB Challenge
2. mohdsharkar.blogspot.com (mountain-bike-kuala-gandah-challenge)