Monday, April 14, 2014

Kayuhan Alam Sekitar Maran: Pasukan Pemantau Pencemaran (3P)

13 April 2014 (Ahad).
Bersempena dengan pelancaran Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) telah diadakan serentak Kayuhan Alam Sekitar Maran 2014 sejauh 80km dan Kayuhan Tasik Maran 2014 sejauh 40km. Peranan masyarakat dalam isu pencemaran alam sekitar di Maran telah diperhebatkan lagi apabila Jabatan Alam Sekitar (JAS) menubuhkan Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) Parlimen Maran pada hari ini.
Penubuhan Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) peringkat Parlimen Maran dilancarkan Ahli Parlimen Maran YB Dato Haji Ismail b Haji Abd Mutalib di Taman Tasik Maran, Pahang pada 13.4.2014. Penubuhan Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) ini berikutan bertambahnya kesedaran orang awam terhadap isu-isu yang melibatkan pencemaran alam sekitar. Turut hadir semasa pelancaran Pasukan Pemantau Pencemaran 3P Parlimen Maran adalah YB Datuk Shahaniza Samsudin Adun Kuala Sentul.
Melalui program ini, ahli Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) yang berperanan sebagai mata dan telinga kepada JAS dalam membantu, melapor, menangani dan menyelesaikan masalah pencemaran alam sekitar di daerah Maran. Perhatian perlu diberikan kepada industri, loji-loji kumbahan, pembakaran terbuka, pembukaan dan kerja-kerja tanah serta pelupusan haram buangan terjadual seperti toksid merbahaya, kes berimpak tinggi seperti tumpahan minyak atau kebakaran hutan dan belukar berskala besar.
Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) juga melibatkan penduduk setempat termasuklah generasi muda dan dewasa, badan bukan kerajaan (NGO) dan semua anggota masyarakat di Parliment Maran. Melalui Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) masyarakat akan memainkan peranan proaktif bagi membantu JAS bertindak terhadap setiap aduan pencemaran alam sekitar dengan pantas dan cekap. Sehingga November 2013, Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) sudah mencecah 142,763 orang keahlian. Pada 2012 sejumlah 6,070 aduan berbagai kategori diterima dan direkod JAS.
Berikutan dari jumlah aduan tersebut Pasukan Pemantau Pencemaran 3P perlu diperkenalkan sebagai salah satu keadan memantau aduan pencemaran secara berterusan dan tersusun terutama peringkat komuniti dan kawasan parlimen.

Ahli-ahli kumpulan Pasukan Pemantau Pencemaran  3P adalah Ahli Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK), Ketua Kampung, Penghulu, persatuan dan rukun tetangga. Bilangan keanggotaan dalam 3P berdaftar dihadkan kepada maksimum 20 orang.

Usaha memulihara alam sekitar melalui aktiviti penguatkuasaan sahaja tidak akan berkesan jika tiada kesedaran masyaraka. Ahli Pasukan Pemantau Pencemaran 3P memainkan peranan dengan membuat laporan secara berterusan berhubung masalah serta aduan pencemaran alam sekitar di kawasan masing-masing kepada pegawai JAS negeri yang ditetapkan kepada setiap kumpulan.

Pengiktirafan dalam bentuk sijil penghargaan, token, baucar dan anugerah-anugerah khas akan diperkenalkan oleh JAS kepada Ahli Pasukan Pemantau Pencemaran 3P yang menyalurkan kes-kes pencemaran sehingga masalah tersebut berjaya diselesaikan.

No comments:

Post a Comment