Wednesday, January 4, 2012

Kayuh basikal boleh mengubah kehidupan kita

Hidup kita mesti ada rentak, tidak kira apa pun yang kita lakukan, kita mesti tahu di mana nak memecut dan bila harus memperlahankan rentak dan menyimpan tenaga macam mengayuh basikal.

Basikal racing  jenama Mazona Shimano Durace/Ultegra/105 dengan tayar tubless dan padel sarung/sangkar jenama Shimano 600 yang orang dan tak pakai. Menggunakan fork carbon fiber serta guna handel leper. Hub zipp emas dan tayar tubless. Mazona Shimano ini telah dijual.

Hobi mengayuh basikal ada falsafah yang boleh menjadi pegangan hidup kita. Rahsia ini tidak tercungkil jika kita tidak perasan bahawa mengayuh dan hidup ada persamaan. Untuk mengayuh basikal kita perlu mampu imbangkan badan. Untuk meneruskan hidup yang sempurna kita harus mampu imbangkan fokus kita. Untuk maju dalam kerjaya dan perniagaan kita harus mampu membuat keputusan yang seimbang. Untuk menjadi pemimpin juga kita perlu imbangkan perwatakan kita.

Mengayuh basikal mengajar kita supaya mengayuh dengan seimbang antara kaki kanan dan kaki kiri. Tangan juga perlu seimbang antara tangan kiri. Tetapi ada masanya kita akan mengurangkan pegangan tangan salah satu tangan. Kadang-kadang kita mampu mengayuh basikal dengan melepaskan kedua tangan.

Begitu juga dalam kehidupan. Cakap-cakap orang yang baik dan buruk kita harus mampu membuat tindakan yang seimbang. Jika kita condong sebelah pihak sahaja maka kita akan mengayuh dengan sebelah kaki sahaja. Ada juga yang mempunyai 'skill' untuk mengayuh sambil 'lepas tangan'. Jika, kita telah mempunyai bakat dan kemahiran dalam satu-satu keadaan kita mampu membuat keputusan secara 'lepas tangan' juga tetapi haluan hidup tetap lurus. Kita tidak tersungkur. Basikal tidak rosak dan kehidupan kita tidak rosak.

Mengayuh basikal juga perlua ada rentak. Ada masa kita kayuh santai ada masa ketika melintas lampu isyarat kita kena pecut lebih laju. Ada masa kita terpaksa mengayuh selaju-lajunya kerana telah ditinggal jauh oleh kawan atau dkejar anjing gila. Kalau kita tersangkut antara mak lembu dengan anak lembu apa rentak nak pakai. Kita bukan nak buat apa-apa pun katt anak lembu tu, tapi mak lembu yang berada di seberang jalan tak percaya kan kita. Rentak apa nak pakai kalau bukan rentak seribu.

Begitu juga dengan kehidupan. Bukan semua keputusan dan tindakan kita perlu buat segera dan pantas. Ada keputusan perlu betul-betul cepat kalau tidak rugi. Ada pula keputusan kita perlu buat dengan perlahan dan tenang supaya tidak rugi puluh atau ratus ribu.

Basikal adalah sukan individu. Kita tidak perlukan 22 orang untuk memulakannya macam bola sepak. Kita juga tidak perlukan tempat khas untuk mengayuh macam main ping-pong. Kita boleh kayuh bila-bila kita selesa. tak boleh kayuh pagi, kayuh petang. Tak boleh petang kita kayuh malam. Kalau kita tak mampu nak kayuh belah malam (mungkin kita ada benda lain nak kayuh) kita boleh kayuh waktu subuh-subuh, terus ke surau.

Begitu juga kemampuan kita untuk bersaing. Kita tidak boleh terlalu bergantung pada satu-satu orang atau satu-satu cara atau satu-satu tempat. Bila berubah keadaan sekeliling kita, kita boleh ikut berubah.

Perlu diingat, jarak perjalanan serta tempoh kayuhan yang lama akan membuatkan kita letih dan jemu, jadi adalah penting untuk kita memiliki tempo yang boleh dijadikan panduan bagi memastikan kita tidak terlalu ketinggalan daripada pengayuh yang lain.

Dalam kehidupan kita mesti ada rentak juga. Ada hari dam masa kita perlu bergerak dengan pantas sepanjang masa supaya kita tidak ketinggalan. Ada ketika kita perlu perlahankan rentak kita supaya kita tidak meninggalkan kawan-kawan dan kawan-kawan mahu terus berkawan.

Dalam mengayuh kita perlu tetapkan sasaran. Berapa jarak kita nak kayuh. Mampukan kita mangayuh jarak tersebut. Mampukan mental dan fizikal kita menempuh laluan tersebut. Cukupkah bekalan yang kita bawa, ada air dan ada pam dan tiub simpanan. Adakah kita nak pergi mengayuh dan balik naik lori.

Begitu juga hidup kita. Kita perlu tahu apa yang kita hendak dalam hidup kita. Mampukah kita mencapai cita-cita kita. Cukupkan bekalan dan persediaan kewangan dan masa. Macam mana kalau tiba-tiba kita hilang fokus dan minat.

Berbasikal boleh mengubah hidup kita. Kita perlu cari caranya dan sesuaikan dengan diri kita.

Tetapi ada kalangan kita yang telah berbelas malah berpuluh tahun mengayuh tetapi gagal mengubah kehidupan, kenapa? Sama-sama kita mencari jawapan untuk diri kita sendiri. Kuncinya adalah kita perlu bertanya kepada diri kita. Tetapi apakah soalan yang kita perlu tanya pada diri kita? Soalan tersebut, juga kita perlu bertanya kepada diri kita. Peninggggg.

Seperti kata Lence Armstrong “It’s not about the bike”. Ini bukan sekadar cerita basikal tetapi 'It’s about never give up'.

Rujukan:
1. utusan.com.my (Kayuh basikal jadi falsafah kehidupan)
2. one-ummah.net (kayuh-basikal-jadi-falsafah-kehidupanl)
3. flickr.com (hafizshariff) Shimano Mazona Race Bike
4. seasonexplorer.blogspot.com (my-jamis-durango) -belakang tu roadbike mazona ku
5. photobucket.com (mybikestuff) Mazona
6. mudah.my (MAZONA frame roadbike 53cm)
7. kakirunner.blogspot.com (MY_road bike: shimano MAZONA)

4 comments:

  1. Benor sesangat.

    ReplyDelete
  2. Kekadang kita lupa 'link' antara satu-satu perkara dalam urusan kehidupan harian kita. Moga dengan berbasikal kita akan dapat ilmu yang bermanafaat untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

    Supaya kita sama-sama boleh jadi insan yang bermanafaat untuk diri sendiri dan orang lain.

    Abu Mansor

    ReplyDelete
  3. ade isyarat tangan tak semasa mengayuh basikal?

    ReplyDelete