Masih ada dikalangan pengayuh lama menyimpan koleksi basikal besi tahun awal-awal perkembangan basikal mountainbike. Mungkinkah fenomina basikal besi MTB akan muncul suatu masa nanti.
Mengayuh basikal besi MTB pada masa itu terasa amat seronok. Ramai dikalangan pengayuh-pengayuh hebat tahun 2015 ini masih tidak tahu pasal basikal MTB tayar besar pada masa itu. Masa zaman basikal besi, mengayuh basikal bukan suatu aktiviti yang dipandang hebat. Mengayuh pada masa itu dipandang amat rendah dan hina. Hobi budak-budak tadika.
Kononnya berbasikal hanyalah untuk budak-budak sekolah tadika dan sekolah rendah. Budak-budak sekolah menengah main lumba dan modifite motosikal. Malah ada yang amat heran dan anti terhadap peminat basikal kerana pada anggapan mereka, sudah ada motosikal buang aja basikal. Bila dan ada kereta buang aja motosikal. kami tunggu sahaja masanya, orang yang anti basikal akhirnya jadi 'orang gila basikal'. Tiap-tiap tahun beli basikal.
Kami tak kisah apa orang umpat dan kata. Mungkin kami tertarik melihat keazaman orang putih mengayuh keliling dunia dengan basikal. Sedangkan mereka bukan orang yang tidak mampu untuk mendapatkan kenderaan yang lebih baik. Mungkin juga kami terfikir bagaimana lasaknya tentera Jepun boleh berbasikal menjajah Tanah Melayu.
Kini kumpulan peminat basikal mungkin telah berpecah kepada
PERTAMA peminat basika
KEDUA pengayuh basikal.
KETIGA minat lumba
KEEMPAT minat ada gang
Mereka yang minat basikal akan membeli basikal yang mahal-mahal. Kalau boleh basikal yang orang lain tidak mampu beli. Golongan ini akan berlumba-lumba menukar barangan basikal. Kedai basikal amat suka golangan ini.
Bagi mereka yang minat mengayuh, mereka tidak kisah sangat pasal basikal. Yang penting kayuh. Tetapi golongan ini tidak berkawan dengan golongan diatas. pasal pakai basikal murahan.
Bagi mereka yang minat lumba basikal pula, akan sentiasa meninggalkan orang lain apabila mengayuh bersama. Amalan mereka, siapa tak kuat kena tinggal atau cari gang lain. Golongan ini hanya menghormati orang yang kuat dan laju mengayuh.
Ada juga mereka yang membeli basikal kerana minat 'bergang'. Pakai baju serupa dan pakai basikal serupa. Nak masuk gang kena pakai jenama ini sahaja. Kalau pakai jenama rojak ... kena pergi kedai mamak.
Inilah antara golongan yang telah berjaya menceriakan dunia basikal hari ini. Moga kita berbeza tetapi serupa.
Gambar diatas adalah koleksi basikal Penaluka Kersani.
No comments:
Post a Comment