Tuesday, January 17, 2012

KEEMPAT. 10 sebab kenapa latihan aerobik sangat perlu.

Untuk itu setiap program latihan perlu di mulakan dengan aerobic/endurance .

Kenapa perkara ini perlu? Mengikut penemuan, pembacaan dan pembelajaran saya, aerobik sangat perlu pada awal musim kerana beberapa perkara berikut yang dapat saya gariskan:-

1.    Menambah keupayaan penyimpanan carbohydrate dalam otot dan hati
2.    Mencergaskan system respiratory/keupayaan membawa banyak oksigen ke dalam aliran darah.
3.    Menambah keupayaan jantung mengepam banyak darah per minit ke otot yang bekerja.
4.    Membantu system ‘thermoregulatory’(penyejukan) dengan menambah aliran darah ke kulit semasa berkayuh.
5.    Memberi peningkatan ‘neuromuscular efficiency of pedaling technique’.
6.    Menambah keupayaan membakar lebih lemak semasa ‘long road race’.(untuk di jadikan tenaga tambahan)
7.    Meningkatkan ‘cycling Endurance Muscle’ dengan menambah bilangan ‘mitchondia’-subcellular structure’ dalam otot yang membina tenaga aerobic.(ATP dalam tisu otot).
8.    Menambah kekuatan dan daya tahan otot
9.    Mempercepatkan proses pemulihan/recovery system.
10.    Menambah daya tahan mental

Perkara diatas adalah sangat secret kerana tidak dapat dalam mana-mana buku atau  tulisan dalam internet yang telah di rangkumkan dalam satu (10 perkara diatas).Fakta tersebut saya cari dan kumpul sendiri.

Jadi cuba anda bayangkan jika seorang pelumba itu dengan hanya menjalani latihan endurance sahaja telah mendapat manafaat tersebut, betapa bagusnya tubuh pelumba tersebut sebelum meneruskan program latihan yang lebih intensif pada fasa yang seterusnya.

Ini adalah panduan latihan bagi pelumba basikal 
yang digunakan oleh Wak (Aminudin Sulaiman - Jurulatih Lumba Basikal Pahang)
Teks ini ditulis sendiri oleh Aminudin Sulaiman pada 9.8.2009.

LINKS

No comments:

Post a Comment