Wednesday, November 16, 2011

Kayuhan Bandar ke Bandar 26.12.2011


Ramai dikalangan pengayuh basikal di Pahang telah biasa mengayuh dalam satu-satu daerah atau satu-satu bandar. Mungkin ada yang ingin merasa kelainan dalam mengayuh basikal. Maka Tourism Pahang dan Persatuan Berbasikal Negeri Pahang berusaha mengadakan suatu kayuhan antara bandar. Bandar yang dipilih kali ini  adalah Bandar Kuantan dan Bandar Diraja Pekan.

Kebanyakan orang ada yang telah biasa dengan suasa persekitaran semasa melalui jalan Kuantan ke Pekan. Tetapi apabila mengayuh basikal dari Kuantan ke Pekan, kita akan merasai suasana pemandangan yang berbeza. Dalam keadaan kita bergerak dengan basikal, banyak perkara-perkara detail yang kita akan dapat nikmati semasa mengayuh.

Banyak orang salah faham penerapan nilai-nila semasa mengayuh. Disini kita bercerita pasal satu nilai sahaja "Yang penting adalah apa yang kita dapat dan rasa (nikmati) semasa mengayuh. Bukan apabila kita sampai ke tempat kita mengayuh". Untuk mendapat lebih nikmatnya kita perlu melakukan kayuhan perjalanan balik pula. Maksudnya apabila kita sampai ke destinasi kita perlu berihat dan menyimpan tenaga untuk kayuhan balik. Nikmat kayuhan perjalanan balik berbeza dengan nikmat kayuhan perjalanan semasa pergi.

Bagi pengayuh rekreasi, basikal digunakan sebagai alat rekreasi atau alat untuk bersukan atau alat untuk berkomuniti. Basikal bukan digunakan sebagai kenderaan untuk pergi ke satu-satu tempat. Kalau kita ada urusan di Pekan, buat apa kita bersusah payah berbasikal ke Pekan. Bila nak sampai dan bila nak balik semula kerumah?

Apabila kita melakukan kayuhan rekrasi atau kayuhan santai atau kayuhan suka-suka maka kita perlu nikmati kayuhan kita tersebut. Kalau mengayuh berlumba macam orang nak 'terkincit' mencari tandas, tak ada la nikmatnya mengayuh. Kalau mencari nikmat berlumba dapatlah, kalau itulah nikmat yang dicari. Kiasannya adalah antara orang makan kerana lapar atau kebulur dengan orang makan kerana nak menikmati makanan. Penghayatannya tentu berbeza.

Jadi apabila mengayuh antara Kuantan ke Pekan nanti, marilah kita sama-sama nikmati kayuhan dan pemandangan akan dilalui dalam laluan kayuhan. Jangan gopoh-gopoh nak cepat sampai. Memang ada fesyen mengayuhnya kayuh laju-laju dan tinggalkan yang orang 'slow'.

Sumber gambar: atokmtb.blogspot.com

Program: Kayuhan Bandar ke Bandar
Tarikh: 26.12.2011 (Isnin)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Taman Inderapura Kuantan - Waterfront Pekan
Anjuran: Tourism Pahang dan Persatuan Berbasikal Negeri Pahang
Sasaran Penyertaan: 500 orang
Laluan: Taman Inderapura Kuantan - Waterfront Pekan - Taman Inderapura Kuantan

RTB Beserah, Kuantan MTB Ent, Kuantan MTB Centre, Kheng Ho Kuantan, Ah Sun Moto, Speda Malam Kuantan, Fixed Indera Mahkita Kuantan, Fixed Gear Kuantan, Fixed Gear Tanah Putih, Kelab Basikal Penjara Penor, Kelab Basikal Polis Galing, Kelab Basikal Jerantut, Bicycast Jerantut, Kelab MTB UiTM Jengka, Fixed Gear Raub, Bentong Mountain Bike Sport Team, Lipis Cyclocross Mtb
Club,

Untuk maklumat lanjut, klik DISINI.

No comments:

Post a Comment