Tuesday, November 15, 2011

Pahang Sasar Empat Emas Acara Basikal di Sukma 2012

Oleh Asrol Awang
am@hmetro.com.my
SUMBER: hmetro.com.my


 
Ketua jurulatih Pahang En. Aminuddin Sulaiman

"EMPAT emas menjadi sasaran Persatuan Berbasikal Pahang (PBP) pada Kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) 2012 di Pahang Jun tahun depan, biarpun sedar ujian getir bakal dihadapi 17 pelumbanya.

Pada kejohanan sukan terbesar di negara ini, Persatuan Berbasikal Pahang (PBP) menyandarkan harapan kepada 17 pelumba, masing-masing 12 lelaki dan lima wanita dalam acara iaitu trek, lebuh raya, basikal bukit dan BMX.

Ketua jurulatih Pahang, Aminuddin Sulaiman berpuas hati dengan komitmen 20 pelumba termasuk atlet kebangsaan dan pelapis yang menjalani latihan intensif.

Menurutnya, beliau bersama pembantunya, Abdul Aziz Aliasak melatih 10 pelumba di Temerloh manakala bakinya terbabit bersama skuad negara termasuk mereka yang beraksi di Sukan Sea Indonesia November depan.

“Tiga pelumba juga diserapkan dalam skuad pelapis negara yang memberikan kelebihan kepada Persatuan Berbasikal Pahang (PBP) untuk membariskan pelumba terbaik pada
Sukma nanti.

“Semua pelumba berada pada prestasi terbaik terutama dari segi komitmen dan disiplin untuk memburu empat emas bagi memperbaiki pencapaian di
Sukma Melaka tahun lalu."

Itua apa yang Persatuan Berbasikal Pahang (PBP) harapkan untuk peringkat Sukma. Tetapi kita berharap usaha Persatuan Berbasikal Pahang (PBP) bukan setakat Sukma sahaja. Kalau boleh kita mahu macam Terengganu, paling aktif lahirkan pelumba basikal taraf dunia. Pahang juga mahu mempunyai anak-anak kelahiran Pahang yang berjaya seperti Azizul Hasni Awang dan Anuar Manan. Bukan kita mahu Persatuan Berbasikal Pahang bersaing dengan Persatuan Berbasikal Negeri Terengganu. Tetapi, kita mahu anak-anak Pahang turut memberikan sumbangan kepada negata Malaysia dengan menghasilkan pelumba bertaraf dunia.

Untuk memastikan kejayaan ini, semua orang yang berminat dengan basikal di Pahang perlu membantu Persatuan Berbasikal Pahang (PBP). Peminat basikal di Pahang tidak boleh biarkan Persatuan Berbasikal Pahang (PBP) berusaha sendirian.

Masalah tetap ada. Tetapi yang lebih penting orang-orang basikal di Pahang perlu Satu Hati. Kita turut jejak langkan Terengganu dengan menghasilkan pelumba basikal bertaraf dunia. Jangan harapkan orang luar Pahang membantu negeri Pahang. Orang Pahang kena bantu orang Pahang.

Semoga sasaran empat emas di Sukma Pahang 2012 akan menji titik permulaan untuk pelumba 'anak-anak Pahang' mengayuh ke pentas dunia yang lebih luas dna lebih mencabar.

No comments:

Post a Comment