1. Gambar handle basikal ini adalah header yang pertama untuk Blog Laman Basikal. Ini adalah basikal saya yang kesembilan. Mulanya Laman Basikal akan siarkan kandungan tentang cerita berbasikal yang disalin daripada Blog Laman Pahang. Tetapi kini saya merasakan bahan tentang basikal saya perlu tulis terus dalam Laman Basikal. Ini disebabkan bahan yang ada dah makin banyak. Semuanya menunggu masa dan giliran untuk disiarkan.
2. Ini pula header yang kedua untuk Laman Basikal. Header ini sebenarnya amat berkait rapat dengan sebab kenapa saya membina blog Laman Basikal. Pembinaan blog Laman Basikal asalnya adalah bagi menulis dan mengeluarkan gambar-gambar lama aktiviti berbasikal. Disebabkan kesuntukan masa, saya masih tidak berkesempatan untuk keluarkan gambar dan cerita tentang kisah-kisah lama kami berbasikal. Amat berharap juga saudara Zainal dan saudara Badrul dapat membantu saya mengumpul, menulis dan menerbitkan pengalaman-pengalaman lama kami berbasikal.
Mungkin sebagai kenangan untuk anak-cucu, terutamanya saudara Zainal yang dan bercucu. Saya belum lagi. Saudara Badrul masih menanti Si Jantung Hati yang sesuai. Sama-samalah kita doakan supaya cepat muncul Si Jantung Hati untuk saudara Badrul. Nanti bolehlah kita berarak pengantin dengan naik basikal. Rombongan pengantin lelaki akan berkayuh basikal ke rumah pengantin perempuan. Cuba kita sama-sama bayangkan saudara Badrul berbaju Melayu, bersampin dan bersongket serta siap dengan keris (atau boleh tukar keris dengan pam basikal) mengayuh basikal ke rumah pengantin perempuan.
Ketika kenduri sambut menantu di rumah pengantin lelaki, kedua mempelai berbasikal sambil diarak dengan pasukan kompang yang menaiki beca. Kalau nak lagi syoook, kedua mempelai kayuh basikal 'tandam' iaitu basikal yang boleh dinaik berdua. Pengantin lelaki kayuh di depan dan pengantin perempuan kayuh di belakang. Atau naik basikal tua yang atuk kita buat pergi jual getah buku. Sambil diiring dengan basikal oleh kawan-kawan dari facebook dan Semantan MTB.
Selain itu saya juga berharap akan berkesempatan untuk menulis pengalaman berbasikal yang dikutip oleh kawan-kawan yang SATU HATI DAN SATU BASIKAL. Tanpa mengira kawan yang masih baru berbasikal atau kawan yang telah laman berbasikal. Semua basikal ada cerita, semua cerita ada pengalaman, semua pengalaman ada harga dan bukan semua harga boleh dijual beli.
Blog Laman Basikal bukan sahaja mengkhususkan dalam menyiarkan cerita-cerita lama aktiviti berbasikal tetapi juga akan siarkan foto, info dan cerita semasa aktiviti berbasikal. Majulah kita dengan berbasikal.
Jika Blog Laman Basikal ini boleh mendatangkan kebaikan, saya berdoa kepada Allah SWT supaya saya sentiasa dilapangkan masa dan diringankan bebanan untuk terus menerbitkan bahan-bahan baru untuk Laman Basikal.

Berbasikal Memberi Sinar Dalam Hidup Kita
Marilah Berbasikal
No comments:
Post a Comment