Tuesday, December 27, 2011

Pekan Royal Town Ride 2011 - pengalamanku

Seminggu sebelum kayuhan "Pekan Royal Town Ride 2011" masing-masing dah mula terasa keseronakan Kayuhan Antara Bandar. Kaki dah mula menunjal-menunjal pengayuh. Dalam tempoh terdekat tiba-tiba ada kayuhan Basikalton Risda anjuran Ibupejabat Pejabat Risda di jalan Ampang Kuala Lumpur. Peserta akan mengayuh di Putrajaya. Saya ramai yang tidak berkesempatan menyertai Basikalton Risda Kayuhan Putrajaya.

Sampa ketika dan saatnya iaitu 25.12.2011 ramai yang telah bertolak ke Kuantan. Kawan-kawan Semantan MTB telah menyewa homestay di Indera Sempurna.

Kedatangan peserta di Taman Indera Pura Kuantan, telah disambut dengan hujan renyai. Rupanya hujan tidak mematahkan semangat peserta-peserta untuk bersiap bagi memulakan kayuhan dalam hujan.

Dengan izin Allah SWT, sempena doa ikhlas peserta maka hujan pun berhenti. Lebih 400 orang pengayuh bersama 400 buah basikal telah berkumpul untuk mengharungi kayuhan Pekan Royal Town Ride 2011.

Macam-macam basikal ada:
Bianchi,
Cannondale,
Cinelli,
Corratec,
Exitway,
Fastrax ,
Fuji,
Giant,
Jamis,
Kona,
Lapierre,
Marine,
Merida,
Mongoose,
Oscar
Pinarello,
Polygon,
Proton,
Raleigh,
Santacruz,
Scott,
Specialized,
Trek,
XDS,

Kayuhan berjalan lancar sampai ke Pekan. Cuaca cantik dan sedap untuk mengayuh. Sampai di Pekan kami diberi makan pisang dua biji seorang, kuih kek seketul dan air miniral sebotol. Setelah rihat dan makan kami mengayuh ke hadapan Istana Abu Bakar Pekan untuk sesi fotografi beramai-ramai. Selesai sesi fotografi depan Istana Abu Bakar Pekan hujan renyai-renyai mula turun. Berbekalkan kuderat pisang dua biji maka kami memulakan kayuhan balik sejauh 40km.

Sejauh 10km kami semua mengayuh secara fun ride berbaki 30km lagi penganjur membenarkan kayuhan fast ride. Tetapi lori bomba, penjara dan MPT sentiasa bersedia untuk menerima kehadiran pengayuh yang telah kehabisan kuderat kerana terpaksa mengayuh berbekalkan kuderat picang (pisang).

Mengayuh dalam kelompok depan kita rasa hebat. Mengayuh bersama kelompok tengah kita rasa hebat juga. Tetapi mengayuh dalam kelompok belakang kita akan jumpa orang yang benar-benar hebat. Bersama kelompok belakang kita akan kehilangan seorang demi seorang rakan kayuhan kerana mereka mengalah dengan hasutan lori bomba, lori penjara dan lori MPK supaya jangan terus mengayuh.

Ada yang termakan hasutan lori bomba, lori penjara dan lori MPK kerana kawan-kawan telah terpedaya dengan hasutan supaya jangan kayuh lagi. Ada yang telah beberapa kali berhenti tetapi 'pantang' kalau sebut 'naik lori'. Ada juga yang telah beberapa kali kejang kaki tetapi tetap 'pantang' kalau sebut 'naik lori'. Ada yang meneruskan kayuhan dengan berkumpulan. Ada yang meneruskan kayuhan secara individu kerana semua kawan-kawan telah naik lori. Ada juga rupanya yang tak bawa botol air, maka terpaksa meneruskan kayuhan tanpa air sampai ke Inderapura.

Eloknya kalau urusetia dapat sediakan air/pisang pada setiap 10km atau 15km. Semasa sampai di Pekan elok kalau diberi makan mee atau roti. Barulah syook kayuh balik.


Mereka yang meneruskan kayuhan balik dengan mengayuh ini sebenarnya telah bertekad dengan diri masing-masing untuk 'pergi kayuh dan balik juga kayuh'. Selagi basikal tidak rosak selagi itu mereka akan terus kayuh sampai balik semula ke Indera Pura. Apa orang nak kata pasal sampai paling lambat mereka tak kira. Paling penting mereka telah pergi dengan mengayuh dan balik dengan mengayuh. Biarlah ketika sampai tiada sambutan dan tiada siapa yang peduli atau dan tak ada lagi urusetia yang tunggu. Biarlah ketika sampai yang ada hanya nasi, kuah, ikan masin dan ulam sahaja.

Inilah perasaan orang yang sampai paling akhir dalam Pekan Royal Town Ride 2011.

Akhir sekali, tahniah kepada penganjur dan urusetia kerana berjaya mengadakan acara penutup Basikal Mania Pahang 2011. Berjumpa lagi kita di tahun 2012.

1. flickr/hisyamrahman -
2. flickr/2121studio -
3. flickr/shahre2n -

No comments:

Post a Comment