1. Seperti yang ditunggu-tunggu, akhirnya sampailah hari berlangsungnya Kayuhan Hijau Gunung Senyum iaitu 26 November 2011 (Sabtu). Pengayuh Fixie adalah sebahagian dari jumlah peserta yang menyertai Kayuhan Hijau Gunung Senyum. Kayuhan ini adalah cara Semantan MTB menyambut Hari Alam Sekitar Sedunia yang telah bermula pada tahun 1972. Hari Alam Sekitar Sedunia kini semakin berkembang sehingga menjadi salah satu acara oleh Bangsa-Bangsa Bersatu bagi membangkitkan kesedaran orang ramai di seluruh dunia mengenai alam sekitar. Semantan MTB yang menjadi penganjur Kayuhan Hijau gunung Senyum turut serta mahu memberikan kesedaran kepada komuniti pengayuh basikal di Temerloh.
2. Turut menambah kemeriahan Kayuhan Hijau Gunung Senyum ini adalah peserta dari Jerantut dan Kuantan.
3. Topi keledar basikal adalah barang yang menjadi kemestia kepada pengayuh basikal mountain bike (MTB). Tetapi bagi pengayuh basikal fixie pula topi keledar basikal bukan menjadi sebahagian dari imej pengayuh basikal fixie.
4. Selain topi keledar, brek juga menjadi perkara kemestian kepada pengayuh basikal mountain bike. Tetapi bagi pengayuh fixie brek bukan perkara yang menjadi kewajipan. Kalau pun ada yang memasang brek, cukup dengan brek depan sahaja.
5. Kita semua kena faham bahawa basikal fixie dan merempit dengan motosikal adalah sebahagian dari cara hidup anak-anak muda zaman ini. Kita tidak boleh menghalang mereka merempit dengan motosikal. Kerana mereka akan tetap merempit. Begitu juga kita tidak boleh menghalang mereka merempit dengan basikal yang tak ada brek kerana itulah kegilaan anak-anak muda sekarang.
6. Kalau kita halang mereka, mereka akan menjauhkan diri dari kita dan akhirnya mereka hanyut dalam dunia fixie mereka sendiri akhirnya nasihat kita tiada makna. Apa yang boleh kita lakukan adalah buatkan program untuk mengumpul mereka. Dalam program-program tersebut bolehlah kita selitkan serba sedikit panduan dan pegangan yang hendak kita terapkan dalam jatidiri mereka.
7. Kita perlu berusaha untuk sediakan program untuk mereka. Mereka yang mengayuh fixie pada hari ini ada kemungkinan adalah pemimpin anak-cucu kita pada masa depan. Kita berikan mereka pelbagai peluang yang terbaik bagi menyiapkan mereka untuk menjadi pemimpin masa depan. Selebihnya marilah kita sama-sama berdoa supaya kita berjaya membimbing mereka dan mereka mahu mendengar nasihat kita.
8. Mungkin ada yang masih tertanya-tanya, apakah sebenarnya Kayuhan Hijau. Apakah matlamat Kayuhan Hijau dan apakan objektif Kayuhan Hijau serta kenapa warna hijau?
9. Secara mudahnya Hijau bermakna warna alam sekitar. Melalui Kayuhan Hijau ini kita mahu menanam rasa cinta anak-anak muda kepada kehijauan alam sekitar yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT kepada kita semua untuk dinikmati. Kita mahu alam sekitar kita bersih dan bebas dari pelbagai pencemaran. Malahan berbasikal sendiri adalah aktiviti yang mesra alam sekitar.
Kerana kita menggunakan kenderaan yang tidak menggunakan minyak petrol.
Sedikit sebanyak kita boleh menjimatkan penggunaan petrol yang juga
mengurangkan pencemaran kepada alam sekitar. Supaya anak-cucu kita berpeluang menghirup udara segar lebih lama.
10. Mungkin sumbangan pengayuh basikal mountain bike dan fixie seramai 30 orang ini amat kecil tetapi tidak rugi kita menjalankan program mendidik anak-anak muda supaya cintakan kehijauan alam sekitar. Pada masa-masa akan datang diharap akan ada lebih ramai pihak yang sukarela memberikan sokongan dan bantuan kepada Semantan MTB untuk aktiviti seterusnya.LINK
1. Tunggang Basikal Hebah Mesej Hijau
2. Kayuhan Hijau UITM
3. Eksplorasi-kayuhan-hijau
4. Kayuhan-hijau-dun-Rumbia
5. 100 pelajar jayakan kayuhan hijau
6. Program Kayuhan Hijau UITM
7. Kayuhan-hijau-Batu-Lesung
8. Imbauan Kayuhan Hijau
9. Kayuhan Hijau Bukit Biru
No comments:
Post a Comment