2.Portland, Oregon, Amerika Syarikat
Portland menyediakan pelbagai laluan berbasikal yang menghubungkan semua bahagian kota. Laluan ini telah terbukti berjaya secara mendadak meningkatkan penggunaan basikal. Portland juga mempunyai budaya basikal yang meluas di mana semua berpeluang berbasikal. 'Portland's Create-a-Commuter program' adalah projek pertama di Amerika Syarikat yang menyediakan peluang kepada penduduk yang berpendapatan rendah untuk menjadikan basikal sabagai suatu kemudahan pengangkutan ke tempat kerja. Basikal yang disediakan lengkap dengan lampu, kunci, topi keledar, pam, kit alat, peta dan pakaian hujan.
Banyak kemajuan telah dibuat pada tahun 2010 bagi mengembangkan laluan berbasikal yang dikenali sebagai 'Portland Bicycle Network'. Penggunaan basikal meningkat empat kali ganda dalam tempoh 20 tahun yang lalu tanpa ada peningkatan dalam kemalangan. Bandar ini masih mempunyai 38 kilometer lorong khas untuk basikal yang dirancang dalam usaha untuk mencapai pelan induk laluan berbasikal. Tetapi di beberapa kawasan kejiranan penggunaan basikal sebagai pengangkutan adalah setinggi 9%.
sumber:
http://www.virgin-vacations.com/11-most-bike-friendly-cities.aspx
LINK:
1. communitycyclingcenter.org
No comments:
Post a Comment