Sunday, January 15, 2012

KETIGA. Latihan basikal berdasarkan 8 prinsip

Apabila hendak membuat program latihan kita perlu tahu prinsip-prinsipnya dan prinsip ini sangat perlu di rujuk.
1.    Perkembangan Individu
2.    Adaptasi
3.    Penambahan beban (over load)
4.    Ansur maju
5.    Kebolehbalikan (reversibility)
6.    Kekerapan
7.    Pengkhususan
8.    Variasi

Sepertimana saya selalu bicarakan,bahawa latihan dalam sukan berbasikal atau apa-apa sukan, latihan perlu dilaksanakan dengan latihan Aerobik sebagai permulaan fasa sebagai Base/Foundation, atau latihan Endurance.

Bagi pelumba pro, waktu ini adalah off season di mana mereka akan berkayuh di luar kem dan mereka mencari mileage dengan kayuhan jarak jauh antara 4-8/9 jam sehari.Jangka masa ini biasa berlansung selama 2 hingga 3 bulan.Kebiasaannya mereka akan mencari sejauh sehingga 10,000 km dalam tempoh tersebut.

Bagi kita sebagai pelumba amatur rasanya tak perlu buat sepertimana pro, kerana nak jadi pro kena training 6-10 tahun berterusan dan progressing , jadi kita sekadar mengikut format yang sama tetapi dalam volume dan intensity yang bersesuaian

Ini adalah panduan latihan bagi pelumba basikal 
yang digunakan oleh Wak (Aminudin Sulaiman - Jurulatih Lumba Basikal Pahang). 
Teks ini ditulis sendiri oleh Aminudin Sulaiman pada 9.8.2009.

LINKS

No comments:

Post a Comment