Tuesday, January 10, 2012

Bandar Mesra Basikal Di Dunia - Boulder

4.Boulder, Colorado, Amerika Syarikat

Banyak program kemasyarakatan yang telah dijalankan bagi membantu menjadikan berbasikal lebih selamat dan menggalakkan penggunaannya. 'Boulder Safe Routes to School' diangap sebagai program perintis berbasikal untuk bandar Boulder. Ada sekolah yang melaporkan bahawa 75 peratus daripada pelajar-pelajar mereka berjalan atau berbasikal ke sekolah - ini adalah peningkatan sebanyak 620 peratus daripada sebelum projek ini dijalankan. Manakala lebih daripada 4,000 orang mengambil bahagian dalam 'Boulder’s Bike to Work Day' program.

Sekurang-kurangnya 95 peratus penempatan ada lorong basikal atau laluan basikal. Mereka baru-baru ini menyiapkan dua laluan 'under passes' utama, dan menawarkan pemetaan basikal dalam talian. Boulder telah membelanjakan purata 15% daripada belanjawan pengangkutan untuk membina dan mengekalkan laluan berbasikalnya dalam tempoh lima tahun yang lalu.



sumber: blog.boulderbcycle.com.


Boulder juga menjalankan program Perkongsian Basikal (Bike Share) yang dinamakan 'Boulder B-Cycle'. Prinsip B-Cycle adalah Daftar (Sign In), Pilih Basikal (Select), Kayuh Basikal (Ride) dan Pulangkan Basikal (Return). Masyarakat Boulder boleh mendapat basikal di mana-mana 'B-station' dan setelah siap mereka boleh memulangkannya ke 'B-station' yang berhampiran.

sumber:
1. http://www.virgin-vacations.com/11-most-bike-friendly-cities.aspx
2. http://boulder.bcycle.com/
3. http://blog.boulderbcycle.com/

No comments:

Post a Comment