Tuesday, June 12, 2012

Laluan basikal untuk bandar Kuantan

Pada hari ini Tourisam Malaysia telah mengadakan mesyuarat bagi menyemak dan mengesahkan Laluan Pelancongan Berbasikal Bandar Kuantan.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Amran Abdul Rahman, Pengarah Tourism Malaysia Pahang. Turut hadir adalah Pejabat Kesihatan, Pejabat Pelancongan Malaysia, Pejabat Kesenian dan Kebudayaan, Jabatan Parit dan Saliran, Majlis Perbandaran Kuantan, Kedai Basikal Rahim dan Kedai Basikal Ah Soon.

Peta laluan berbasikal bandar Kuantan yang disediakan oleh Tourisam Malaysia Pahang

Dua laluan telah dikenal pasti iaitu:
1. Laluan berbasikal dari Teluk Cempedak ke Majlis Perbandaran Kuantan
2. Laluan berbasikal dari Majlis Perbandaran Kuantan ke Sungai Isap 25

Laluan 1 Teluk Cempedak ke Majlis Perbandaran Kuantan akan melalui,: Jalan Dato Abu Samah, Masjid Tanjung Api, Taman Esplaned Tanjung Api, simpang berhampiran Sekolah Menengah Agama al-Ihsan, Padang Lalang, U-turn bawah jambatan Tanjung Lumpur, BMW, Kastam Diraja Malaysia Pahang, Jabatan Laut Pahang, Hotel Mageview, Taman Esplaned Kuantan dan Majlis Perbandaran Kuantan.

Laluan 2 Majlis Perbandaran Kuantan ke Sungai Isap 25 akan melalui: Majlis Perbandaran Kuantan, Kem Ranjer 505, Dataran Kemunting, Kuil Sri Mariammam, Sekolah Menengah Tanah Putih, Sekolah Jenis Kebangasaan Cina Chung Ching, Jejantas Sekolah Jenis Kebangasaan Cina Chung Ching, Medan Feri, melalui tambatan banjir sampai ke Masjid al-Fatah, Sungai Isap 3, Pam Minyak Mobil, Sungai Isap 74, Sungai Isap 79, Sungai Isap 25.

Usaha ini adalah perancangan Tourism Malaysia Pahang kearah menjadikan Kuantan Bandar Mesra Basikal dan kearah Bandar Kongsi Basikal. Semoga usaha menjadikan Cuti-cuti Berbasikal sebagai salah satu cara rakyat bercuti bersama keluarga.


1 comment:

  1. Kat mana nak bawa kanak2 berbasikal di Kuantan ni ye... as in a proper cycling track.

    ReplyDelete