Thursday, October 25, 2012

Kayuhan Pelancongan Berbasikal Bandar Kuantan

 Pada 14hb Oktober 2012 telah berjalan sekali lagi Kayuhan Pelancongan Berbasikal Bagi Bandar Kuantan. Kayuhan ini adalah dengan kerjasama Tourism malaysia yang diketuai oleh Encik Amran.
 Turut serta pada kali ini adal pelajar Sekolah Menengah Abu Bakar Kuantan. Serama 70 orang telah menyertai kayuhan kali ini. Turut serta adalah Kelab Cube Pejabat Kesihatan Beserah yang datang bersama 20 buah basikal yang baru dibeli.
 Pakchik Zainal bertugas sebagai pengiring kepada peserta Sekolah Menangah Abu Bakar Kuantan. jangan ingat orang tua tak larat kayuh.
 Abang badrul juga bertugas sebagai pengiring kepada pengayuh dari Sekolah Menangah Abu Bakar Kuantan. Jangan ingat orang xxxxl tak kuat kayuh.
 Ini adalah antara peserta yang mendapat pengalaman mencabar menamatkan kayuhan sejauh 30 km dari Taman Gelora ke Sungai Isap 25 dan balik semula ke Taman Gelora. Ramai yang dah tak lerat nat tamatkan kayuhan tetapi dengan berbekalkan semengat kental guru dan Pelajar Sekolah Menengah Abu Bakar Kuantan berjaya menamatkan cabarab kayuhan kali ini. Tahniah kepada mereka yang kebanyakannya adalah pertama kali mengayuh sejauh 30 km. Cuba lagi kepada mereka yang gagal menamatkan kayuhan. Jangan malu nak mengaku terpaksa naik lori kerana dah tak larat.
Akhir sekali Tourism Malaysia menyediakan cabutan bertuah kepada peserta. Cabutan utama adalah sebuah basikal yang berharga RM1000. Tahniah kepada Dr. Zulfadli kerana menjadi orang yang bertuah. Kesian Bebudak yang berangan sangat nakkan basikal mahal. pakat tengok ajalah. Tak pon pujuklah mak ayah belikan basikal.

No comments:

Post a Comment