Saturday, March 17, 2012

Maskot dan Sukarelawan Sukan Malaysia XV Sukma Pahang 2012

 MASKOT SUKMA

Maskot 1

Maskot Sukan Malaysia  XV (Sukma Pahang 2012): Bapa gajah: Tahan (ketua keluarga)
Maskot Sukan Malaysia XV (Sukma Pahang 2012): Bapa gajah: Tahan (ketua keluarga)

Maskot 2

Maskot Sukan Malaysia  XV (Sukma Pahang 2012): Ibu gajah: Melentai
Maskot Sukan Malaysia XV (Sukma Pahang 2012): Ibu gajah: Melentai

Maskot 3

Maskot Sukan Malaysia  XV (Sukma Pahang 2012): Teku (anak gajah jantan)
Maskot Sukan Malaysia XV (Sukma Pahang 2012): Teku (anak gajah jantan)

Maskot 4

Maskot Sukan Malaysia  XV (Sukma Pahang 2012): Puteh (anak gajah betina)
Maskot Sukan Malaysia XV (Sukma Pahang 2012): Puteh (anak gajah betina)
SUKARELAWAN SUKMA
Negeri Pahang akan menjadi tuan rumah kepada Sukan Malaysia Ke - 15 pada tahun 2012, sehubung dengan itu rakyat Pahang dipelawa untuk menjadi Sukarelawan SUKMA XV.

Borang penyertaan boleh di dapati di Jabatan Perpaduan Negeri dan Daerah.
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Pahang
Tingkat 2, Blok A-B, No 211, 213, 217 dan 218,
Bangunan Centre Point, Jalan Hj Abdul Rahman,
25000 Kuantan, Pahang
Atau: klik DISINI untuk download Borang Penyertaan Sukarelawan SUKMA (Sukan Malaysia) XV Pahang 2012

Tawaran ini terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun keatas. Kepada meraka yang berminat, anda perlu sertakan salinan kad pengenalan dan 2 keping gambar berukuran pasport. Sukarelawan boleh memilih bidang-bidang yang berkaitan dengan kemahiran dan bakat masing-masing seperti:
1. Pengurusan   
2. Pendidikan       
3. Pameran
4. Kesihatan   
5. Perhubungan Awam           
6. Kebajikan Wanita / Kanak-Kanak
7. Latihan   
8. Logistik
9. Teknologi Maklumat 
10.Penerbitan/Fotografi

Kejohanan sukan dwitahunan itu berlangsung selama 10 hari di antara 7-16 Julai 2012 yang melibatkan 24 acara di tiga daerah iaitu Kuantan (20 acara), Pekan (2 acara) dan Temerloh (2 acara)

Acara yang akan dipertandingkan adalah:
Acara Wajib :
1. Menembak (Kuantan)
2. Badminton (Kuantan)
3. Memanah (Kuantan)
4. Gimnastik (Kuantan)
5. Boling Padang (Kuantan)
6. Sepak Takraw (Kuantan)
7. Renang & Terjun (Kuantan)
8. Hoki Lelaki / Perempuan (Kuantan)
9. Perahu Layar (Kuantan)
10. Karate (Kuantan)
11. Taekwando (Kuantan)
12. Wushu (Kuantan)
13. Bola Sepak (Kuantan)
14. Squasy (Kuantan)
15. Olahraga (Kuantan)
16. Tenpin Bowling (Kuantan)
17. Angkat Berat (Pekan)
18. Pencak Silat (Temerloh)
19. Berbasikal (Temerloh)

Acara Pilihan :
1. Tinju (Kuantan)
2. Bola Tampar (Kuantan)
3. Petanque (Kuantan)
4. Equestrian (Kuantan)
5. Golf (Pekan)


Jawatankuasa Kecil Tenaga dan Sukarelawan Sukan Malaysia (Sukma) 15, Pahang 2012 memerlukan sekurang-kurangnya 5,000 sukarelawan. Tarikh tutup asal permohonan adalah pada 22 Mac 2011. Tarikh tutup ini dilanjutkan kepada 30 April 2011

Sumber:

No comments:

Post a Comment