Tourisam Malaysia bercadang mengadakan satu laluan khas untuk pelancong yang ingin berbasikal di bandar Kuantan. Untuk itu satu kayuhan percubaan untuk menilai tahap kesukaran kayuhan pada laluan yang dicadangkan telah diadakan pada:
Tarikh: 17.3.2012 (Sabtu)
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Taman Gelora
Turut serta:
Pengarah Tourism Malaysia Negeri Pahang (En. Amran B Abdul Rahman), kakitangan Tourism Malaysia (Aida Mastura dan Syazwan Mastura), Doktor dan kakitangan Pejabat Kesihatan Kuantan, Wakil Persatuan Berbasikal Negeri Pahang, Kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang, Kakitangan Risda Negeri Pahang, kakitangan Jabatan Bekalan Air Pahang, penulis buku, wartawan dan komuniti peminat basikal.
Laluan:
- Taman Gelora Kuantan (0 km)
- Hotel Mega View Kuantan
- Taman Esplanade Kuantan
- Jeti Syahbandar (5 km)
- Jambatan Kuantan
- Benting sungai di perumahan Tanah Putih Kuantan
- Masjid Al-Fatah (10 km)
- Benting sungai di perumahan Sungai Isap Kuantan
- Lorong Sungai Isap 25 (15 km)
- Berkayuh balik ke Taman gelora.
Aktiviti pada hari tersebut dimulakan dengan jamuan pagi dan berakhir dan penyampaian cenderahati oleh En. Amran B Abdul Rahman Pengarah Tourism Malaysia Negeri Pahang.
Secara mudah nya laluan dipecahkan kepada tiga. Laluan hijau iaitu jarak sehala 5 km, sesuai untuk kebanyakan masyarakat yang baru hendak mencuba. Laluan kuning pula lebih mencabar kerana jarak sehalanya adalah 10 km. Laluan ini sesuai untuk mereka yang telah biasa mengayuh. Manakala laluan merah iaitu jarak sehala 15 km tidak sesuai untuk semua golongan masyarakt. Laluan ini sesuai untuk mereka yang sering bersukan dan mahukan laluan yang lebih mencabar berbandingan laluan kuning (10 km). Tidak digalakkan untuk mereka yang tidak cergas dan baru hendak mencuba.
Basikal yang sesuai digunakan dalam laluan ini adalah basikal mountain bike sahaja. Basikal racing dan fixie tidak sesuai. Ini kerana laluan ini melibatkan laluan berbatu, bertanah lembut dan berbukit. Mungkin setelah berjaya menyediakan laluan untuk basikal mountain bike, pihak Tourisam Malaysia akan menyediakan laluan untuk basikal racing dan fixie pula.
Pihak Tourisam Malaysia akan berusaha mencari dan menguji laluan yang tidak banyak melibatkan jalan utama yang banyak kenderaan. Setelah laluan yang diuji dipersetuju oleh Exco Pelancongan maka Laluan Perlancongan Berbasikal Bandar Kuantan akan diumumkan.
Aktiviti berbasikal ini akan digabungkan dengan aktiviti senamrobik yang sedia dijalankan oleh Kementerian Kesihatan. Melalui gabungan ini aktiviti senamrobik Kementerian Kesihatan akah diberi nilai tambah dengan memasukkan aktiviti berbasikal yang akan dikendalikan oleh Tourisam Malaysia. Bagi pihak Persatuan Berbasikal Pahang pula akan memberikan khidmat nasihat dan tunjuk ajar percuma tentang basikal dan aktiviti berbasikal. Beberapa pihak lain juga akan dilibatkan terutama dalam menyediakan penunjuk arah kepada laluan pelancongan berbasikal ini.
Inilah usaha-usaha awal yang akan menjadikan Kuantan Bandar Mesra Basikal. Seterusnya mengurangkan pencemaran dalam bandar Kuantan dan meningkatkan kualiti hidup dibandar.
Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Tourism Officer
TOURISM MALAYSIA PAHANG
Lot G 01, Mahkota Square
Jalan Mahkota, 25000 Kuantan
Pahang
Tel : 609-5177111
Fax: 609-5177114
BACA:
- basikal-berbasikal-dan-bersenam
- harga-kesihatan-kita
- kayuh-basikal-boleh-mengubah-kehidupan
- nak-kayuh-dengan-siapa
No comments:
Post a Comment