Negara kita masih belum sampai tahap negara Mesra Basikal. Kita ada banyak tempat parking bas, kereta, motosikal, kapal terbang dan kapal laut. Tetapi kita tak ada tempat untuk parking basikal. Kebanyakan tempat yang kita pergi kita terpaksa parking basikal depan mata kita atau minta kawan tunggu basikal kita. Kalau kita mengayuh basikal seorang diri dan kita nak masuk tandas awam, nak tinggalkan dimana basikal kita. Nak heret basikal masuk dalam tandas? Nak minta tukang jaga tandas tolong tengokkan? Nak sorok basikal dalam semak? Atau nak tahan dan tahan sampai jumpa orang yang kita kenal untuk tolong jaga basikal? Atau kena pakai lampin pakai buang.
Bagi komuniti yang mesra basikal, mereka menghormati niat pengayuh basikal untuk berbasikal. Kerana pengayuh basikal adalah orang yang mencintai alam sekitar dan menjaga kesihatan. Mereka suka kurangkan perbelanjaan untuk petrol dan mereka tidak suka berbelanja untuk rokok. Komuniti mereka menyediakan pelbagai kemudahan untuk menyokong minat pengayuh basikal. Pergi kerja dengan basikal bukanlah perkara yang asing bagi komuniti mereka. Malah ditempat kerja ada tempat khas untuk parking atau simpan basikal dan ada pula tempat mandi dan bersalin pakaian kerja.
sumber gambar: http://s3files.core77.com/blog/images/0kevinscottbike.jpg
Berbalik kepada masalah nak pergi solat atau nak pinjam buku di perpustakaan. Seorang pereka muda dari British, Kevin Scott yang baru berusia 21 tahun telah mencipta basikal yang boleh dilipat atau dibengkokkan pada tiang untuk dikunci. Dengan basikal ini, kita tidak lagi perlu membawa rantai basikal dan kunci basikal. Kerana rantai dan kuncinya telah ada pada basikal boleh lipat ini. Kevin Scott menggunakan keadah 'ratchet system' yang dibina dalam rangka basikal bagi membolehkan ini dilipat dan dikunci pada tiang.Kevin Scott adalah pelajar tahun akhir 'De Montfort University' yang mengambil jurusan 'Product Design'. Mampukan rakyat Malaysia dengan semangat Satu Malaysai mampu menghasilkan basikal boleh bengkok yeng lebih daik daripada Kevin Scott from De Montfort University.
Inilah basikal yang betul-betul boleh dilipat dua. Mungkinkah orang Malaysia akan hasilkan basikal boleh lipat tiga pula.
Links:
1. rexfeatures.com
2. inovasi-terbaru-yang-unik
3. Young-designer-puts-new-twist-folding-bicycle-idea
4. kevin-scotts-bendy-bike-it-wraps-around-posts-for-secure-locking
5. kevin-scott
6. bendable-bike-can-tie-itself-to-any-post
7. kevin_scotts_bike_design_gets_around_the_theft_problem
8. bending-bicycle-design
9. bicycledesign.net
10. bending-bicycle-design-twists-and-turns-to-defeat-thieves
11. bendable-bike
No comments:
Post a Comment