Wednesday, February 20, 2013

Peringatan dari Peter Root Mary Thompson dilanggar

Pasangan pengayuh basikal dari Britain terbunuh dalam kemalangan jalanraya di Thailand. Pasangan ini Peter Root (Guernsey) dan  Mary Thompson (Bristol) telah bertemu 14 tahun dahulu. Seterusnya telah

sumber gambar: http://www.pekalongan-community.com/2013/02/pasangan-yang-berkeliling-dunia-dengan.html

Pasangan Peter Root (Guernsey) dan  Mary Thompson (Bristol) ini telah memulakan pengembaran berbasikal selama 18 bulan mengeliling dunia. Mereka memulakan perjalanan pada Julai 2011. Keduanya terbunuh dalam kemalangan jalanraya di Thailand. Mereka telah dilangar oleh lori.

Apa yang kita perlu ingat adalah:

1. Penting alat keselamatan pada basikal seperti topi keleda, baju pantul cahaya, lampu kelip-kelip di depan dan belakan. Tatapi belum cukup.

2. Penting mengamalkan cara kayuhan yang selamat. Ada tempat kena kayuh satu-satu (single file) ada tempat boleh kayuh berdua/berpasangan (double file). Ada juga tempat kita boleh kayuh perlahan tetapi ada tempat kita kena kayuh/pecut laju. Ada masa kita terlanggar atau kita melanggar.

3. Apa yang dapat kita pelajari dari peristiwa Peter Root dan Mary Thompson adalah PENTING untuk kita memilih laluan yang selamat. jika perlu memilih ANTARA jalan yang dekat/sibuk DENGAN jalan yang jauh/lengang, kita patut PILIH jalan yang jauh/lengang.

4. Apa yang dapat kita pelajari dari peristiwa Peter Root dan Mary Thompson adalah PENTING untuk kita sentiasa berwaspada dan peka dengan keadaan keliling. Jangan ingat kita dah kayuh dibahu jalan dan kita tidak perlu peka kepada keadaan keliling.

Berbasikal adalah aktiviti yang memerlukan kita fokus pada terlalu banyak perkara. Basikal kita yang ada macam-macam komponan. Badan kita yang ada macam-macam otot dan tulang. Jalanraya yang ada macam-macam jenis permukaan. Pengguna jalanraya yang ada macam-macam jenis makhluk. Semua ini kita perlu analisa serentak. Bilakah masanya perkara-perkara tersebut akan menjadi ancaman kepada kita.

Cerita berkaitan adalah kemalangan yang menimpa Arwah Rafizi Hamdan, rujuk links dibawah.
http://lamanbasikal.blogspot.com/2012/03/kami-perlukan-lorong-basikal.html

2 comments:

  1. Bro, saya sebuah Cannonade F3000SL macam saudara punya basikal, boleh nasihat tahun buatan basikal. saya dekat cari tak dapat.

    ReplyDelete