Monday, February 4, 2013

Berubat dengan mengayuh basikal

 1.Ada orang anggap berbasikal adalah bersukan. Bila berbasikal mereka akan berpeluh dan dapat merasa seronok.
 2.Ada oran berbasikal kerana minat berbasikal. Mereka ini jarang-jarang mengayuh basikal sampai berpeluh. Bila kawan-kawan jual basikal jenama cube dan beli jenama gaint, mereka ikut.
 3.Ada juga orang yang berbasikal untuk berubat. Kita pernah dengar sang suami yang terpaksa berhenti kerja dan mengiring isterinya mengayuh basikal. Isterinya mengidap penyakit kanser tahap empat. dengan ketekunan mereka suami isteri mengayuh basikal (dengan izin Allah swt) akhirnya kanser tahap empat turun ke tahap dua.
 4.Sang suami terpaksa berhenti kerja kerana hendak mengubat isteri dengan berbasikal. Akhirnya membuka kedai basikal.
 5.Ada juga orang yang disahkan kehabisan minyak pelincir di kepala lutut. Pihak hospital teklah memberikan temujanji untuk melakukan pembedahan memasukkan 'minyak pelincir' dalam kepala lutut. Disebabkan temu janji tersebut enam bulan lagi maka si sakit mengambil keputusan berubat dengan basikal.
 6.Mula-mula dibelinya basikal mountainbike murah. Mula berubat atau mula mengayuh sendirian. tidak berani naj 'joint' kumpulan pengayuh-pengayuh tegar.
 7.Mula-mula tentu mengayuh macam orang sakit. Lama kelamaan dah boleh kayuh macam orang sihat. Lepas tu badan jadi makin sihat. Akhirnya bertemu dengan kumpulan pengayuh yang sesuai 'dijoint'. Bila dah keadah berubat dengan basikal makin menjadi. Kepala lutut dah makin sihat. Tentulah kena beli basikal yang lebih baik sikit.
 8.Setelah sampai tarikh temu janji maka pergilah si sakit ni ke hospitan. Setelah dilakukan ujian, doktor memaklumkan ada pertumbuhan semula cecair 'pelincir' dalam kepala lutu. jadi pembedahan ditangguhkan.

Banyak lagi cerita-cerita lisan/dongen/motivasi begini yang kita boleh dengar dan baca. Ada orang yang berjaya menguruskan badan dengan berbasikal. kalau ada yang dah mencuba tetapi tidak berjaya, mungkin tidak betul caranya. Tidak cukup tempohnya atau tidak cukup yakin. Atau tidak fokos atai tiada fokus.
 9. Kita bukan sahaja boleh mengubat fizikal kita tetapi kita juga boleh mengubat mental kita dengan berbasikal.  Ada caranya. Kita boleh mengatahui adakah kekuatan mental kita sama dengan kekuatan fizikal kita. Ada orang kuat fizikal tetapi tidak kuat mental. Ada juga yang kuat mental tetapi tidak kuat fizikal.

Kadang-kadang kita rasa yakin kita boleh kayuh sejauh 50km tetapi badan kita tidak mampu, seluruh badan sakit. Kadang-kadang kita tidak yakin badan kita boleh kayuh sejauh 50km sedangkan badan kita masih mampu dan tidak ada sakit.
 10.Tetapi apa sebab badan kita boleh berubat dengan basikal atau dengan bersukan atau dengan fisiotrapi.Kita kena faham bahawa badan kita tidak berfingsi seperti engin kereta atau motosikal. Jika lama tidak digunakan ia akan rosak. Jika terlalu kerap digunakan ia akan rosak. Kereta tidak boleh membaiki diri sendiri. Tetapi badan kita boleh membaiki diri sendiri. Ada bahan ajaib dalam badan kita yang boleh merawak organ-organ (alat-alat dalam badan) yang rosak.
11.  Bila kita dikejar oleh hantu atau anjing gila , kita akan lari litang pukang. Kita boleh lompat pagar yang setinggi kita. Kita juga boleh lompat longkang yang sepanjang kita. kita boleh lakukan kita dikejar oleh hantu atau anjing kerana ada satu bahan yang ddigunakan oleh otot kita untuk menjadikan kita sekuat itu.

Bahan ajaib tersebut juga boleh dikeluarkan jika kita seronok melakukan satu-satu aktiviti seperti berbasikal. bahan ajiaib inilah yang merawak si isteri yang sakit kanser dan si sakit lutut.

LINKS:


No comments:

Post a Comment