Wednesday, February 27, 2013

22KM Putrajaya Kidney Day Fun Ride (28.4.2013)

 Twenty First Century Sports (M) Sdn Bhd akan menganjurkan "World Kidney Day Run & Carnival 2013". Larian Hari Buah Pinggang seDunia & Karnival 2013 pada 28 April 2013 di Dataran Putrajaya, Precint 3, Putrajaya.

Bagi pengayuh rekreasi, penganjur Twenty First Century Sports (M) Sdn Bhd, mereka turut menyediakan kategori berbasikal dalam sambutan "World Kidney Day Run & Carnival 2013". Untuk itu pengayuh basikal berpeluang menyertai 'Fun Ride' dengan jarak kayuhan 22km.

Semua pengayuh dialu-alukan untuk memeriahkan "World Kidney Day Run & Carnival 2013" dengan menyertai 'World Kidney Day Fun Ride'.

Setiap dan setiap peserta akan mendapat t-shirt Brooks (berharga RM49.90), cenderahati, sijil penyertaan dan berpeluang menyertai cabutan bertuah.

Maklumat aturcara adalah seperti berikut:

Tarikh: 28 April 2013
Mula Masa: 6.00 pagi dan seterusnya
Flag off time: 7.50 pagi
Tempat: Dataran Putrajaya, Precint 3, Putrajaya
Jarak kayuhan: 22km
Yuran Penyertaan: RM35 (+RM5 online fee)
Pendaftaran: www.hooha.asia
Pendaftaran akhir: 5.00 petang, 5 April 2013 atau apabila mencapai 5000 peserta
Pertanyaan: enquiry@hooha.asia / 03-5637 3821

Jumlah penyertaan 'World Kidney Day Fun Ride': 5,000

Pendaftaran awal boleh mengelakkan kesulitan

BERJUMPA KITA
"World Kidney Day Run & Carnival 2013"
Putrajaya pada hari Ahad 28 April 2013.

No comments:

Post a Comment