Pada 24 Februari telah diadakan Kayuhan Sihat 1Malaysia di bandar Jerantut. bayaran penyertaan adalah RM5. Ada baju t untuk siapa yang cepat. Tak ada minum pagi dan tak ada makan tengahari. Tetapi ada cabutan bertuah. Dapat bag, isi dalam bag ... tak tau.
01. Peserta yang mendaftar awal sahaja mendapat baju t. Ramai yang tidak sempat mendapat baju t merah yang bertulis I Love PM.
02. Secara rasminya kumpulan Semantan MTB dari temerloh tidak berpeluang menghantar wakil mereka pada hari ini. Tetapi saudara Badrulhisham tetap setia memakai baju Semantan MTB.
03. Ada macam-maca basikal yang terlibat pada hari ini.
04. Penganjur ada menyediakan check point untuk berhenti sekejap. Dihentian ini peserta disediakan air tawar, roti dan pisang.
05. Masih bersemangat walaupun dan tak larat nak kejar abang-abang dan pakcik-pakcik yang kayuh lintang pukang dan menciput macam orang dah nak terkincit. Mereka ni langsung tak ada semangat 'fun ride'. Mereka ingatkan boleh kayuh sama-sama ramai-ramai. Rupanya semua nak tunjuk bakat berlumba dengan bebudak sekolah rendah.
PROFILE KAYUHAN
Program: Kayuhan Sihat 1Malaysia Daerah Jerantut
Tarikh: 24.2.2013 (Ahad)
Tempat: Dataran Bandar Jerantut
Jarak: 30km
Bayaran: RM5.00
Pendaftaran: pada hari program sahaja
Urusetia: Kedai Basikal Jerantut
Keselamatan: Polis, Rela, marshall berbasikal
Cabutan bertuah: Ada (Hadiah utama basikal Cannondale)
Minum pagi: tiada
Makan tengahari: tiada
Menu: Roti bungkus, pisang dan kuih 3 jenis.
VIP:
Adun Tahan - pelepasan
Adun Damak - cabutan bertuah
Turut Hadir: Pengarah Kementerian pelancongan Pahang
PROFILE KAYUHAN
Program: Kayuhan Sihat 1Malaysia Daerah Jerantut
Tarikh: 24.2.2013 (Ahad)
Tempat: Dataran Bandar Jerantut
Jarak: 30km
Bayaran: RM5.00
Pendaftaran: pada hari program sahaja
Urusetia: Kedai Basikal Jerantut
Keselamatan: Polis, Rela, marshall berbasikal
Cabutan bertuah: Ada (Hadiah utama basikal Cannondale)
Minum pagi: tiada
Makan tengahari: tiada
Menu: Roti bungkus, pisang dan kuih 3 jenis.
VIP:
Adun Tahan - pelepasan
Adun Damak - cabutan bertuah
Turut Hadir: Pengarah Kementerian pelancongan Pahang
No comments:
Post a Comment