26.1.2013 (Sabtu) 5.18 petang. kami telah sampai di gerai bahulu. Peniaga di gerai ini membakar bahulu di gerai tersebut. Pembeli boleh melihat bagaimana bahulu dibakar. Boleh beli bahulu panas-panas baru siap bakar. Niat hati nak beli sebungkus dua tetapi beg gendong dan disumbat dengan petai sungai lembing.
Sejarah asal bahulu:
"Sejarah asal kuih bahulu ini dipercayai dibawa ketanah melayu oleh orang berketurunan jawa dari Bangkahulu Indonesia. Kuih ini boleh bertahan lama dan sesuai untuk perjalanan jauh kerana ianya ringan dan kecil. Dan boleh dimakan walaupun dicelup dengan air kosong. Asal bentuk bahulu ini adalah bulat leper kerana di bakar diatas tudung periuk. Zaman berlalu maka terbentuklah kuih ini dalam pelbagai corak. Pada awalnya bentuk Bujur telur & Cermai. Kini masyarakat cina mula menggemarinya. Terhasillah bentuk anak ikan, udang, dan segala bentuk haiwan dimuka bumi ini. Malah kuih tradisi ini kini mendapat tempat dipasaran juga dikenali sebagai muffin crusty oleh orang inggeris. Walau kemana rataunya kuih ini tetap kuih tradisi orang melayu yang telah mendapat tempat dimata dunia."
SUMBER: resepi.mesra.net
No comments:
Post a Comment