01. 26.1.2013 (Sabtu) 6.19 petang. Singgahan terakhir kami adalah Warong Belut Kak Yah. setelah penat mengayuh kami mahu memulihkan badan dengan menikmati sup belut. Oleh kerana badan dan letih maka kami pesan seeror sahaja ikan belut dan satu pinggan nasi putih. Kami kongsi bertiga. Rupanya tak habis juga.
02. Kak Yah adalah salah seorang pengusaha kedai makan yang menyediakan
hidangan berasaskan belut. Warong Belut Kak Yah ada menyediakan hidngan
sup belut disamping lain-lain masakan.. Warong Kak Yah berhadapan dengan
Petronas Jalan Sungai lembing. Belut (Monopterus albus) merupakan
haiwan eksotik yang termasuk dalam kategori ikan. Bentuknya yang panjang
dengan kepala bulat dan berinsang. Kelihatan seakan-akan ular ketika ia
meliuk-llentuk dalam air. Tengok sahaja dah tegak semua bulu roma,
apatah lagi nak dimasukkan dalam mulut. Biarpun ada rasa geli geleman
hinggs tegak semua bulu roma, ramai yang teruja untuk merasa hidangan
sup belut.
SUMBER: lamanpahang.blogspot.com/2013/sup-belut-kat-yah
No comments:
Post a Comment