Sunday, February 5, 2012

Mana best! basikal mountain bike atau basikal racing?

Sepatutnya kita tak boleh tandingkan antara basikal mountain bike dengan basikal racing. Keduanya mempunyai fungsi yang berbeza. Ada orang manganggap memilih keduanya adalah memilih satu aliran. Ada yang lebih fanatik lagi seolah-olah memilih antara mountai baik dengan racing seperti memilih wakil rakyat semasa pilihan raya. Kalau kelompok itu dah pilih basikal mountain bike orang dalam kelompok racing tak nak bercampur dengan mereka. Begitu juga sebaliknya. Kalau ada antara mereka yang telah bertukar haluan, menjual basikal racing dan menjadi penganut basikal mountai bike, maka kawan-kawan lama dalam racing akan terputus.

Trend ini memang dasyat masa dahulu. 15 tahun dulu. Orang basikal racing ni memang orang lama dalam basikal. Basikal mountain bike muncul kemudian. Kita mula-mula muncul basikal mountain bike tahun 1988 di Temerloh, ada pengayuh racing ketawa tengok basikal pelik. Ada juga yang kagum. Tapi saya tak kisah. basikal ini sukan individu, bukan kena ada 2 orang baru boleh jalankan aktiviti. Bila saya gunakan basikal untuk pergi kerja, anak dara ketawa kecil tengok ada budak jantan kayuh basikal pelik. Saya tak kisah.

Lama-lama makin ramai orang pakai basikal mountain bike. Tapi pengayuh basikal racing terus memusuhi pengayuh basikal mountain bike. Selalunya pengayuh basikal muntain bike hanya diam sahaja. Satu ketika kumpulan mountain bike ini dipelawa menyertai kayuhan merdeka Kuantan ke Rantau Abang Terengganu. Macam biasa, pengayuh mountain bike duduk jauh kerana asyik kena hentam. Satu ketika ada pengayuh terpinjam basikal mountain bike seseorang. Dia boleh gunakan basikal mountain bike untuk memintas kelompok pengayuh melalui jalan tanah bukan. Baru dia tahu kelebihan basikal mountain bike.

Basikal mountain bike tidak direka untuk dikayuh dengan hebatnya dijalanraya. Kalau nak lumban dengan basikal racing atas jalan raya memang kalah. Begitu juga kalau basikal racing nak lumba dengan basikal mountain bike atas jalan tanah berbatu dan berpasir memang racing kalah. Ibarat motocross dengan superbike.

Sebenarnya kehadiran basikal mountain bike telah membawa era baru dalam dunia berbasikal. Aktiviti berbasikal menjadi rancak dengan kehadiran basikal mountain bike. Kemajuan dalam teknologi basikal mountain bike telah dapat dinikmati bersama oleh basikal racing.

Ramai orang segan nak berbasikal kerana terpaksa kayuh menonggeng atau membongkok. Kadang-kadang mereka buka segan tetapi otot pinggang tidak kuat. Kalau berada dalam posisi membongkok basikal racing lama-lama tentu pinggang sakit. Bila basikal mountai bike diperkenalkan maka ramai yang tidak segan untuk mengayuh basikal kerana tudak perlu menonggeng dan membongkok.

Kat sini saya tak cadang nak cerita perbandingan teknikal antara basikal mountain bike dengan basikal racing.

Kini talah ada mereka yang menjadi pengayuh dua alam, mengayuh dalam hutan dan mengayuh dalam bandar. Mereka ada basikal mountain bike dan ada basikal racing. Kena keluar belanja lebih sikit. Kalau nak jadi pengayuh dua alam dengan cara yang jimat belanja. Anda boleh beli basikal mountain bike sahaja. Apa yang perlu dilakukan adalah membeli dus set rim. Satu rim pasang tayar botak untuk onroad atas jalan raya. Satu rim lagi pasng tayar berbunga untuk offroad dalam hutan.

Kalau nak cepat jadi kuat, anda boleh berlatih dengan basikal mountain bike dengan menggunakan tayar 26x2.1. Buat latihan atas jalan raya. Bila sampai masa menyertai acaranya baru tukar kepada basikal racing, memang memancut-memancut basikal racing tu kena kayuh.

Mana best! basikal mountain bike atau basikal racing?

Dua-dua best. Cubalah dulu baru tau.

Bagi mereka yang baru nak beli basikal, nak beli yang mana satu? Tak mampu nak beli dua-dua.

Belilah basikal mountain bike dahulu. Beli ikut saiz badan. Bila dah lama-lama tentu terasa nak kayuh lagi laju dan memiliki basikal yang lagi ringan. Barulah beli basikal racing. Kalau minat basikal, minat berbasikal dan minat bersenam dapat bertahan lama.

LINKS:
1. eslbee.com - Road Biking Vs. Mountain Biking
2. wisegeek.com (what-is-the-difference-between-a-mountain-bike-and-a-road-bike)
3. askville.amazon.com (Decide-road-bike-mountain)
4. answers.yahoo.com - Difference between road and mountain bike?
5. bikeforums.net - difference between road bike and mountain bike fit
6. bikeradar.com (power-output-road-bike-vs-mountain-bike)
7. wcrpalmares.org (difference-between-mountain-bikes-and-road-bikes)

22 comments:

  1. Artikel yg informatif dan menarik

    ReplyDelete
  2. Terbaik Bro...satu panduan yg berguna buat riders yg baru berjinak2 dgn basikal mcm saya...buat pengetahuan saya baru aje membeli basikal mountain bike tp layan On Road aje masaalahnye tayar jenis Of Road hmmm cadang nak beli satu set rim ngan tayar utk On road...brapa koz agaknye ye...tq

    ReplyDelete
  3. Saudara Mohd Hamdan perlu beli set rim/tayar berdasarkan harga basikal. Kalau harga basikal RM500 tak ngam pakai set rim/tayar yang harganya RM1500.

    ReplyDelete
  4. muontain bike kalau pling elok pkai jenama apa???

    ReplyDelete
    Replies
    1. jenama skrg tak penting bang,
      paling penting adah groupset nya...
      makin berjenama groupsetnya, makin mahal lah basikal itu.... pendapat nubis...

      Delete
  5. "muontain bike kalau pling elok pkai jenama apa???"

    Kepada Tuan kim ron,

    Bagi seorang yang belajar di Massachusetts Institute of Technology dan bertanyakan soalan 'jenama paling elok' ... saya tak berani nak tulis jenama apa.

    Sesetengah pengayuh basikal telah membina 'pengikut fanatik' terhadap satu-satu jenama. Mereka hanya berkawan dan mengayuh basikal jenama '..............................'. sahaja.

    Pengayuh basikal jenama lain menjadi musuh mereka. Sepatutnya semua orang di tempat dia pakai jenama yang mereka pakai sahaja.

    Mungkin ada kawan-kawan lain yang berana sebut jenama paling elok.

    Maaf kerana tidak berani menjawab soalan tuan. Saya faham apa maksud soalan tuan. Dan tuan faham apa yang saya cuba nyatakan disini.

    Sekian.
    Laman Basikal.

    ReplyDelete
  6. Saya bukanlah kaki basikal sangat, tapi baru2 ni saya beli basikal mountain bike utk jadikan aktiviti petang selepas seharian terperuk dalam opis. Saya nak tanya. antara mountain bike dan racing, apa perbezaan yang menjadikanya berbeza. Apa kaitan reka bentuk,gear,saiz tayar dan kelajuan basikal tersebut, adakah racing lebih ringan dan laju dari mountain bike atas jalan raya. Saya pernah mengayuh kedua duanya dan dapat rasa perbezaannya,tapi susah bagi saya utk menerangkan fakta perbezaan antara kedua jenis basikal tersebut kepada 'kaki' mountain bike yg menganggap kedua jenis ini adalah sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Anonymous,

      Persoalan mudahnya adalah:
      1. Nak kayuh dimana
      2. Nak kayuh selaju mana

      Panduan untuk menjawab:
      Soalan 1: Kayuh di jalan raya atau jalan tak raya.
      Soalan 2: Nak kayuh 30kmj atau 40 kmj. Maksud lain, nak kayuh tegak atau nak kayuh tunduk.

      Maaf kalau jawapan ini menambah keliru.

      Sekian
      lamanbasikal

      Delete
    2. Pakai je basikal hybrid...ciri-ciri pertengahan antara road dgn mountain bike

      Delete
  7. saya baru nak masuk 5 bulan berkayuh mtb ni..masa mula2,beli yg rm 500 jenama trs..pakai smggu je,sbb ada member jual yg 900 pada separuh harga...ha yg tu saya kayuh selama dua bulan dan jarak yg saya pergi pada 53km ave masa tu 18km/j,penghujung bulan ke dua saya dah terupgrade yg baik sikit...mmg jauh beza kan..lebih2 lg masa shifting gear.. yg penting teknik latihan kayuhan..nak kuat selalu guna teknik cadian...bagus untuk bill up stamina terutama masa up hill..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak kuat boleh juga guna 'Sains Sukan'.. tetapi asasnya adalah 'berbasikal kerana apa?'

      Maaf kalau ayat ini mengelirukan.

      Sekian,
      lamanbasikal.

      Delete
    2. Sy pun pakai basikal trs bli dlm 500.....berat skit basikal ni..ingat nak upgrade ke basikal lain

      Delete
  8. sy dh beli basikal mountain bike utk jadikan aktiviti lapang, contoh mcm riadah.. tp boleh ke mountain bike bawa di kawasan taman taman? atau basikal mountain bike hanya utk offroad sahaja???

    ReplyDelete
  9. Memang best mountain bike boleh kayuh semua jalan. Dalam kawasan taman perumahan boleh selit masuk taman permainan atau mana2 jalan kecil. Harga pun dah murah rm500 boleh dpt yg bagus kat internet. Pastikan ada shock absorber depan supaya lebih selamat kalau ada bonggol basikal x melambung. Carrier kereta pun dah murah sekarang jadi boleh join event sekali sekala. Pendek kata utk orang yg berumur 40an ni mmg patut ada mountain bike. Insyaallah sihat selalu

    ReplyDelete
  10. The Tektro calipers with essential, one-piece cushions don't support forceful plummeting however they're not ghastly. On a related note, the 12-tooth little pinion on the tape implies you lose a little top end contrasted with the dominant part of street bicycles with a 11-tooth however you're probably not going to see unless you endeavor to race down a mountain.

    ReplyDelete
  11. Saya dalam bidang berbasikal ni memang zero betul.saya dah 40 an dan bercadang nak beli sebuah basikal mtb tjuan utk riadah dan ronda2 jarak jauh jugak la. Bole beri cadangan jenis, saiz atu harga yg sesuai.saya tinggi l/kurang 1.65meter berat 85kg.bagus beli 2nd hand atau baru?.tkasih.

    ReplyDelete
  12. baru berjinak jinak nak beli tapi mmng minat dgn mtb ade usha kat internet lazada harga berpatutan dgn adenye laman ni yang sgt berinformasi saya jadi teruja nak beli basikal baru blog yg sngt berguna

    ReplyDelete
  13. Thanks and I have a swell present: What Home Renovation Expenses Are Tax Deductible 1960 bungalow exterior makeover

    ReplyDelete