Wednesday, February 27, 2013

GIATMARA JENGKA FUNRIDE 2013

Tempat: Giatmara Jengka, 26400 Bandar Pusat Jengka, Pahang Darul Makmur
Tarikh : 17 Mac 2013 (Ahad)
Masa: 7:30 Pagi - 3:00 Petang
Pelepasan Kayuhan: 7.30 Pagi
Jarak Kayuhan: 30 KM (70% offroad & 30% onroad)
Yuran Penyertaan: RM 30.00 (makan & minum, nombor plate, medal, t-shirt dan sijil)
Jenis basikal : MTB sahaja

Had penyertaan: 200 peserta terawal
Tarikh tutup pendaftaran: 5hb Mac 2013 (Selasa)

Tujuan Program:
Kayuhan santai bagi mengeratkan silaturahim antara peserta. Tidak ada kategori dan hadiah untuk pemenang atau siapa yang cepat sampai. Tetapi kedudukan akan diberikan kepada peserta yang menamatkan kayuhan. Hadiah cabutan bertuah diadakan bagi menambahkan keseronokan kepada pengayuh.

Borang pendaftaran akan dikemaskini sedikit masa lagi

Jika hendak membuat tempahan tempat sila tinggalkan komen pada wall event ini seperti NAMA PENUH, NO KP, SAIZ BAJU dan NAMA KUMPULAN..

MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI
Pusat Giatmara Jengka
Bandar Jengka 26400
Pahang
Fax: 2702310

Link:
http://cityevent.in/events/433876126688381

22KM Putrajaya Kidney Day Fun Ride (28.4.2013)

 Twenty First Century Sports (M) Sdn Bhd akan menganjurkan "World Kidney Day Run & Carnival 2013". Larian Hari Buah Pinggang seDunia & Karnival 2013 pada 28 April 2013 di Dataran Putrajaya, Precint 3, Putrajaya.

Bagi pengayuh rekreasi, penganjur Twenty First Century Sports (M) Sdn Bhd, mereka turut menyediakan kategori berbasikal dalam sambutan "World Kidney Day Run & Carnival 2013". Untuk itu pengayuh basikal berpeluang menyertai 'Fun Ride' dengan jarak kayuhan 22km.

Semua pengayuh dialu-alukan untuk memeriahkan "World Kidney Day Run & Carnival 2013" dengan menyertai 'World Kidney Day Fun Ride'.

Setiap dan setiap peserta akan mendapat t-shirt Brooks (berharga RM49.90), cenderahati, sijil penyertaan dan berpeluang menyertai cabutan bertuah.

Maklumat aturcara adalah seperti berikut:

Tarikh: 28 April 2013
Mula Masa: 6.00 pagi dan seterusnya
Flag off time: 7.50 pagi
Tempat: Dataran Putrajaya, Precint 3, Putrajaya
Jarak kayuhan: 22km
Yuran Penyertaan: RM35 (+RM5 online fee)
Pendaftaran: www.hooha.asia
Pendaftaran akhir: 5.00 petang, 5 April 2013 atau apabila mencapai 5000 peserta
Pertanyaan: enquiry@hooha.asia / 03-5637 3821

Jumlah penyertaan 'World Kidney Day Fun Ride': 5,000

Pendaftaran awal boleh mengelakkan kesulitan

BERJUMPA KITA
"World Kidney Day Run & Carnival 2013"
Putrajaya pada hari Ahad 28 April 2013.

Tuesday, February 26, 2013

Kayuhan Sungai Lembing 2013 (696) Sup Belut

 01. 26.1.2013 (Sabtu) 6.19 petang. Singgahan terakhir kami adalah Warong Belut Kak Yah. setelah penat mengayuh kami mahu memulihkan badan dengan menikmati sup belut. Oleh kerana badan dan letih maka kami pesan seeror sahaja ikan belut dan satu pinggan nasi putih. Kami kongsi bertiga. Rupanya tak habis juga.
02. Kak Yah adalah salah seorang pengusaha kedai makan yang menyediakan hidangan berasaskan belut. Warong Belut Kak Yah ada menyediakan hidngan sup belut disamping lain-lain masakan.. Warong Kak Yah berhadapan dengan Petronas Jalan Sungai lembing. Belut (Monopterus albus) merupakan haiwan eksotik yang termasuk dalam kategori ikan. Bentuknya yang panjang dengan kepala bulat dan berinsang. Kelihatan seakan-akan ular ketika ia meliuk-llentuk dalam air. Tengok sahaja dah tegak semua bulu roma, apatah lagi nak dimasukkan dalam mulut. Biarpun ada rasa geli geleman hinggs tegak semua bulu roma, ramai yang teruja untuk merasa hidangan sup belut.
SUMBER:  lamanpahang.blogspot.com/2013/sup-belut-kat-yah

Sunday, February 24, 2013

Kayuhan Sungai Lembing 2013 (696) Bahulu

26.1.2013 (Sabtu) 5.18 petang. kami telah sampai di gerai bahulu. Peniaga di gerai ini membakar bahulu di gerai tersebut. Pembeli boleh melihat bagaimana bahulu dibakar. Boleh beli bahulu panas-panas baru siap bakar. Niat hati nak beli sebungkus dua tetapi beg gendong dan disumbat dengan petai sungai lembing.

Sejarah asal bahulu:

"Sejarah asal kuih bahulu ini dipercayai dibawa ketanah melayu oleh orang berketurunan jawa dari Bangkahulu Indonesia. Kuih ini boleh bertahan lama dan sesuai untuk perjalanan jauh kerana ianya ringan dan kecil. Dan boleh dimakan walaupun dicelup dengan air kosong. Asal bentuk bahulu ini adalah bulat leper kerana di bakar diatas tudung periuk. Zaman berlalu maka terbentuklah kuih ini dalam pelbagai corak. Pada awalnya bentuk Bujur telur & Cermai. Kini masyarakat cina mula menggemarinya. Terhasillah bentuk anak ikan, udang, dan segala bentuk haiwan dimuka bumi ini. Malah kuih tradisi ini kini mendapat tempat dipasaran juga dikenali sebagai muffin crusty oleh orang inggeris. Walau kemana rataunya kuih ini tetap kuih tradisi orang melayu yang telah mendapat tempat dimata dunia."

Kayuhan Sihat Daerah Jerantut (1)

Pada 24 Februari telah diadakan Kayuhan Sihat 1Malaysia di bandar Jerantut. bayaran penyertaan adalah RM5. Ada baju t untuk siapa yang cepat. Tak ada minum pagi dan tak ada makan tengahari. Tetapi ada cabutan bertuah. Dapat bag, isi dalam bag ... tak tau.
 01. Peserta yang mendaftar awal sahaja mendapat baju t. Ramai yang tidak sempat mendapat baju t merah yang bertulis I Love PM.
 02. Secara rasminya kumpulan Semantan MTB dari temerloh tidak berpeluang menghantar wakil mereka pada hari ini. Tetapi saudara Badrulhisham tetap setia memakai baju Semantan MTB.
 03. Ada macam-maca basikal yang terlibat pada hari ini.
 04. Penganjur ada menyediakan check point untuk berhenti sekejap. Dihentian ini peserta disediakan air tawar, roti dan pisang.
05. Masih bersemangat walaupun dan tak larat nak kejar abang-abang dan pakcik-pakcik yang kayuh lintang pukang dan menciput macam orang dah nak terkincit. Mereka ni langsung tak ada semangat 'fun ride'. Mereka ingatkan boleh kayuh sama-sama ramai-ramai. Rupanya semua nak tunjuk bakat berlumba dengan bebudak sekolah rendah.

PROFILE KAYUHAN
Program: Kayuhan Sihat 1Malaysia Daerah Jerantut
Tarikh: 24.2.2013 (Ahad)
Tempat: Dataran Bandar Jerantut
Jarak: 30km
Bayaran: RM5.00
Pendaftaran: pada hari program sahaja
Urusetia: Kedai Basikal Jerantut

Keselamatan: Polis, Rela, marshall berbasikal
Cabutan bertuah: Ada (Hadiah utama basikal Cannondale)

Minum pagi: tiada
Makan tengahari: tiada
Menu: Roti bungkus, pisang dan kuih 3 jenis.

VIP:
Adun Tahan - pelepasan
Adun Damak - cabutan bertuah
Turut Hadir: Pengarah Kementerian pelancongan Pahang

Saturday, February 23, 2013

A555 Kayuhan Gunung senyum 1998

Gambar lama kayuhan ke Gunung senyum tahun 1998. Terpaksa balik tompang lori kerana kehabisan tenaga. Orang kata jangan panjat gunung. Kita datang kayuh basikal. nak balik kena kayuh basikal. Orang lain datang dengan kenderaan bukan dengan basikal.

Nak juga panjat gunung. Panjatlah. Kalau tak daya kayuh balik nanti, kita tompang lori. Rupanya betui-betul tompang lori. tapi ini bukan kali pertama dan terakhir kami terpaksa tompang lori. Macam-macam lori kami dah tompang: lori batang getah, lori gas, lori cina cari madu, lori yang dipanggil khas untuk kami tompang dan ada juga yang balik dengan teksi.

Syariat itu jalan yang besar
Kiri dan kanan beberapa pasar
Tarekat jalan di dalam pagar
Hakikat itu sebenar-benar

Friday, February 22, 2013

Kayuhan Sungai Lembing 2013 (692) Encik Bidin Kg Panching

01. 26.1.2013 (Sabtu). 5.04 petang. Kami telah sampai di Kampung Panchiing. Tergerak hati nak singgah di warong kecil ini.
02. Di warong ini ada makanan goreng-goreng, ada nasi, ada minuman panas dan sejuk.
03. Di warong ini kami bertuan kerana bertemu dengan Mr. Bidin from KL ex  British Army and ex Orkestra RTM. Mr. Bidin berpesan pada kami 'kita jangan manja-manjakan badan kita. Nanti badan ceoat rosak.'Kita perlu ikut disiplin dan perlu ada 'time management.' Kita bukan nak sekat semua kehendak anak-anak kita tetapi kita kawal kehendak anak muda. Biila sudah berumur, anak-anak kita akan berterima kasih kepada kita kerana mendisiplin dan mengawal masa kita. Sekara memang anak-anak kita tidak faham. Tetapi kita kena cuba mengawal anak-anak kita denga cara yang tertib. Jangan marah-marah tak tentu pasal.

Mr. Bidin adalah orang Kuala Lumpur. Tetapi ketentuan Allah SWT menentukan dia bertemu jodoh dengan orang Panching Kuantan Pahang. Kini Mr. Bidin buat part time mengajar Bahasa Inggeris kepada budak-budak sekolah.

Disiplin dan time management PENTING.

Terima kasih Mr. Bidin.

Wednesday, February 20, 2013

Kayuhan Sungai Lembing 2013 (688) masih jauh


26hb. Januari 2013 (Sabtu) 4.34 petang. Perjalanan masih jauh. kaki dan mula sakit-sakit. Dalam hati ada juga terlintas "kenapa la aku ni bodoh sangat nak buat kerja ngayuh basikal macam ni. Kalau duduk aje diruma kan ke sedap. kenapa la aku buat kerja macam ni/ Kenapa la aku buat kerja macam ni?"

Biasanya macam tu lah. Sebulan lepas ni dah mula merancang nak kayuh sekali lagi ke Sungai Lembing. Kadang-kadang tak sampai sebulan, minggu depah dah nak buat kayuhan bodoh lagi sekali.

Sebab itu kita kena ada fokus dan tujuan yang jelas. kalau kita mengayuh dan fokus kepada nak sampai cepat (siapa samapi cepat) itulah yang kita dapat. Kalau fokus kita nak menikmati kayuhan tersebut, kita akan menikmati setiap kayuhan dan setiap sakit yang kita kena tanggung.

Kalau ada orang-orang baru atau lama yang berminat nak kayuh ke Sungai Lembing, boleh la hubungi kami. kami kayuh perlahan aja. kalau nak kayuh laju-laju 'menciput' kena ikut kumpulan lain.

Kumpulan kami ni pantang junpa kedai dan benda pelik. terus aka singgah dan buat temuramah. Dalam perjalan ini kami berkesempatan melihat pokok Periuk Kera Sungai Lembing. Memang tak sangka dapat berjumpa dengan banyak pokok periku kera di tepi jalan.

 Periuk Kera 1. Periuk kera ni tumbuhan jenis karnivor dan hidup melata di sekitar Malaysia. Nama pokok periuk kera dalam bahasa sains adalah Nepenthes.
  Periuk Kera2. Periuk Kera ni biasanya tumbuh kat tanah berasid, tanah tak subur, tanah yang kurang nitrogen. Pokok Periuk Kera boleh memerangkap serangga dalam periuknya bagi membekalkan nitrogen yang diperlukannya.
  Periuk Kera3. Pokok Periuk kera ini bileh dibuat pembungkus lemang. Penyediaannya memerlukan kelongsong periuk kera betina yang berbentuk seperti mangkuk. Sudah tentu perlu dibersihkan sebelum dimasukkan pulut dan santan.
  Periuk Kera 4. Ada saintis Harvard telah melakukan kajian tentang bahan yang menyebabkan serangga dan semut tergelincir dalam periuk kera dan tidak lepas keluar.  Cara periuk kera yang unik dalam memerangkap mangsa dengan menggunakan bahan yang licin inilah yang perlu dikaji. Dari bahan ini boleh dihasilkan bahan anti-lekit.
  Periuk Kera 5. Periuk kera betina boleh dibuat lemang kerana berbentuk mangkuk, tembang, kecil dan mudah diuruskan berbanding periuk kera jantan yang agak lonjong, panjang dan lanjut.
kalau sesiapa nak cari kawasan periuk kera ini, kena cari tiang letrik yang bernombor KBAY C 35/1 16020.

Peringatan dari Peter Root Mary Thompson dilanggar

Pasangan pengayuh basikal dari Britain terbunuh dalam kemalangan jalanraya di Thailand. Pasangan ini Peter Root (Guernsey) dan  Mary Thompson (Bristol) telah bertemu 14 tahun dahulu. Seterusnya telah

sumber gambar: http://www.pekalongan-community.com/2013/02/pasangan-yang-berkeliling-dunia-dengan.html

Pasangan Peter Root (Guernsey) dan  Mary Thompson (Bristol) ini telah memulakan pengembaran berbasikal selama 18 bulan mengeliling dunia. Mereka memulakan perjalanan pada Julai 2011. Keduanya terbunuh dalam kemalangan jalanraya di Thailand. Mereka telah dilangar oleh lori.

Apa yang kita perlu ingat adalah:

1. Penting alat keselamatan pada basikal seperti topi keleda, baju pantul cahaya, lampu kelip-kelip di depan dan belakan. Tatapi belum cukup.

2. Penting mengamalkan cara kayuhan yang selamat. Ada tempat kena kayuh satu-satu (single file) ada tempat boleh kayuh berdua/berpasangan (double file). Ada juga tempat kita boleh kayuh perlahan tetapi ada tempat kita kena kayuh/pecut laju. Ada masa kita terlanggar atau kita melanggar.

3. Apa yang dapat kita pelajari dari peristiwa Peter Root dan Mary Thompson adalah PENTING untuk kita memilih laluan yang selamat. jika perlu memilih ANTARA jalan yang dekat/sibuk DENGAN jalan yang jauh/lengang, kita patut PILIH jalan yang jauh/lengang.

4. Apa yang dapat kita pelajari dari peristiwa Peter Root dan Mary Thompson adalah PENTING untuk kita sentiasa berwaspada dan peka dengan keadaan keliling. Jangan ingat kita dah kayuh dibahu jalan dan kita tidak perlu peka kepada keadaan keliling.

Berbasikal adalah aktiviti yang memerlukan kita fokus pada terlalu banyak perkara. Basikal kita yang ada macam-macam komponan. Badan kita yang ada macam-macam otot dan tulang. Jalanraya yang ada macam-macam jenis permukaan. Pengguna jalanraya yang ada macam-macam jenis makhluk. Semua ini kita perlu analisa serentak. Bilakah masanya perkara-perkara tersebut akan menjadi ancaman kepada kita.

Cerita berkaitan adalah kemalangan yang menimpa Arwah Rafizi Hamdan, rujuk links dibawah.
http://lamanbasikal.blogspot.com/2012/03/kami-perlukan-lorong-basikal.html

Monday, February 18, 2013

Mary Thompson dan Peter Root terbunuh semasa kembara berbasikal keliling dunia

Pasangan pengayuh basikal dari Britain terbunuh dalam kemalangan jalanraya di Thailand. Pasangan ini Peter Root (Guernsey) dan  Mary Thompson (Bristol) telah bertemu 14 tahun dahulu. Seterusnya telah memulakan pengembaran berbasikal selama 18 bulan mengeliling dunia. Mereka telah memulakan perjalanan pada Julai 2011.
 sumber gambar: http://www.dailymail.co.uk/news/article-2280002/Guernsey-couple-Peter-Root-Mary-Thompson-killed-round-world-cycling-tour-Thailand.html

sumber gambar:http://www.channelonline.tv/channelonline_guernseynews/DisplayArticle.asp?ID=503877

Keduanya dalam berusia 34 tahun.Thailand telah mencatatkan 13,000 kematian melalui kemalangan dalam tempoh setahun dan 1 juta kecederaan melalui kemalangan. Tidak disangka mereka boleh selamat merentas negara bergolak Iran dan Turki. Tetapi tidak selamat di jalanraya Thailand.

Lihat video Peter Root dan  Mary Thompson yang bertajuk 'Cycling Across Iran' [ http://www.greenprophet.com/2013/02/english-cyclists-killed-after-surviving-iran-and-turkey/?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+greenprophet+%28Green+Prophet%29 ]
Keratan akhbar Metro 19.2.2013.

Pengembaran berbasikal mereka telah merentasi Eropah dan asia Tengah. Mereka telah mencatatkan perjalanan merek dalam laman 'Two On Four Wheels' [http://www.twoonfourwheels.com/]. Thailand adalah negara yang ke 23 dalam kembara berbasikal mengeliling dunia.

Peter Root berkelulusan degree in fine art dari University College Falmouth serta pernah mengadakan beberapa pameran seni.

Sember:
Metro 19.2.2013

ADAKAH KITA PERLU BERHENTI MENGAYUH BASIKAL?
[ http://lamanbasikal.blogspot.com/2013/02/peringatan-dari-peter-root-dan-mary.html ]

Kayuhan Sungai Lembing 2013 (684) Kg Kolek

 01. Kami berkesempatan berjumpa dengan Makcik Noraini binti Mat. Beliau telah lama menetap di Sungai Lembing. Ayahnya dahulu adalah Tekong Darat Sungai Lembing. Sebab tu Atok Mat lebih dikenali sebagai Mat Tekong. Nam lain beliau adalah Mat Pahang. Ini Kerana Tok Mat pernah belayar ke luar negeri dengan kapal. Kapal tersebut boleh masuk sampai ke Sungai Lembing. Kini air Sungai Lembing dan surut. Hanya perahu dan bot kecil sahaja boleh melalui Sungai Lembing.

Pada masa dahulu Tok Mat menyimpan banyak baju-baju yang sering dipakai oleh orang putih. Tok Mat ni besar dan tinggi orangnya. Ibu makcik Noraini adalah Atekah bt Ming yang berasal dari Pekan Pahang iaitu puak Tok Khalid Balai. Sama juga dengan Pak Zek (Zakaria Hitam). Kata mak cik Noraini, Pak Zek pernah masukkan tangan dalam mulut buaya. Sebab tu Pak Zek boleh ngubat orang yang sakit mulut.

Banyak yang mahu diceritakan oleh Makcik Noraini kepada kami. Tetapi kami terpaksa bergerak, bimbang sampai ke Kuantan nanti hari dah gelap.
02. Saudara Badrulhisham (PenalukaKhursani) bergambar di hadapan rumah makcik Noraini Kampung Kolek Sengai Lembing Kuantan Pahang Malaysia.

Harap kami masih berkesempatan berjumpa dengan Makcik Noranin. Banyak cerita dan misteri orang dulu-dulu yang boleh dibongkarkan. Tambahan pula wan Atekan dan moyang Min adalah keturunan yang boleh mengubat orang. Al-fatihah untuk orang-orang tua dahulu.

Saturday, February 16, 2013

Kayuhan Sungai Lembing 2013 (687) Surau Kg Kolek


Berhenti di Surau Kampung Kolek, Sungai Lembing Kuantan Pahang Malaysia.

A554 kayuhan Gunung Senyum 1998

Gambar lama kayuhan ke gunung senyum tahun 1998.

Syariat itu jalan yang besar
Kiri dan kanan beberapa pasar
Tarekat jalan di dalam pagar
Hakikat itu sebenar-benar

Thursday, February 14, 2013

Kayuhan Sungai Lembing 2013 (681) SMK Sg Lembing


26.1.2013 (Sabtu) 2.01 petang. Dalam laluan balik dari Lombong Sungai Lembing kami sempat bergambar depan papan tanda Sekolah Menangah Kebangasaan Sungai Lembing. Di SMK Sungai Lembing inilah ayah Saudara Badrulhisham (Penaluka Khursani) pernah menjadi guru. Semas mengajar disekolah inilah ayah saudara Badrul bertemu dan berkahwin dengan ibu saudara badrul. Ibu masih ada tetapi ayah dan lama tak ada. Al-Fatihah.

LINKS:
3. ms.efactory.pl/Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Sungai_Lembing (X)


Wednesday, February 13, 2013

Kayuhan Taman Tasik Raub 19.5.2013

RAUB GOLDEN RIDE 2013

Tarikh Acara : 19 Mei 2013 (Ahad)
Tempat Mula-Tamat : Taman Tasik Raub, Raub. Pahang Darul Makmur
Jarak Kayuhan : 153+ km
Hentian : 3

Kategori basikal :
-TERBUKA
-FUNRIDE (ONROAD)

Yuran Penyertaan : RM80

Tarikh Tutup Penyertaan : 19 April 2013 (Jumaat)

SILA BUAT PEMBAYARAN KE AKAUN BERIKUT:
Account No.: 06046020207264 (B.ISLAM)      
atau
06080072131529 (CIMB) Account Name : Noor Mahhazann bt Mohd Nawi

SILA E-MAIL atau FAX SALINAN SLIP PEMBAYARAN ANDA:
Fax No.:09-355 0024
Email:megaproevent@yahoo.com.my

Maklumat lanjut sila hubungi:
           
019-918 7454(Salim)
012-961 7872(Noor)
09-355 0024(Pejabat Urusan Mega Pro Event)

LINKS:
http://raubgoldenride2013.blogspot.com/

Kayuhan UITM Jengka 26.5.2013

Tempat : UiTM Pahang and Bandar Tun Abdul Razak, Jengka
Tarikh : 26 May 2013
Flag Off : 07.45 am
Jarak : 45 KM ++

PENDAFTARAN

Tarikh tutup : 10 Mei 2013

Bayaran : RM 50.00
( T-shirt + Goodies + Plate No )

Pihak untuk dihubungi :
Dr Wan Mohd Nazri-019 9317230                         
Raja Noorwelldone-013 9494465                         
Zul Fahmi-013 2844532

BAYARAN

Nama Bank : Maybank
Nama : Jalcairul Azris bin Jalaluddin
Acc No : 156 141 017385

Phone no : 019 9684969 - Jai
Fax no : 09 4602455 
E-mail : jalcairul@pahang.uitm.edu.my

TUNTUTAN 'GOODIES'

Tarikh : 25 Mei 2013
Masa : 10.00 - 23.59
Tempat : Dataran Intergrasi UiTM Pahang

** Sila nyatakan nama / kumpulan / slip bayaran **

PENGINAPAN DALAM KAMPUS

Hostel RM 18/seorang (First Come First Serve) Cuma 400 orang

link:
http://www.uitmtbikers.blogspot.com/

Kayuhan Belia Bandar Bera. Pahang

Pada 10hb Februari 2013 (Ahad) Laman Basikal telah dijemput menyertai Kayuhan Santai 5 Km Bersama Ahli Parlimen Bera. Mulanya kami sangka Kayuhan Tasik Bera, rupanya belum masa orang Bera nak  ajak kayuh basikal sampai ke Tasik Bera.. 

Kayuhan Santai Bandar Bera ini bermula di Kompleks Rakan Muda Daerah Bera melalui Taman Seri Bera dan sampai ke Perpustakaan Awam Daerah Bera (Majlis Daerah Bera dan padang awam). Sampai di terdapat kumpulan peminat-peminat kereta sedang mengadakan auto show. Dari sini peserta Kayuhan Belia Bandar Bera mengayuh bali ke Kompleks Rakan Muda Daerah Bera.
 01. Bigman adalah orang tengah kami yang berusaha mendapatkan peserta berbasikal dari daerah Temerloh.
 02. Daretan basikal peserta yang menunggu masa kayuhan bermula. pada hari ini ada macam-macam acara. Pada hari ini semua peserta Kayuhan Belia Bandar Bera menggunakan basikal Mountain Bike dan Fixie sahaja. Tiada basikal racing pada hari ini. Walaupun di Triang ada ramai pengayuh basikal Cina tetapi hari ini adalah hari raya mereka (Tahun Baru Cina) jagi tak ada peserta cini pada hari ini. Tetapi ada peserta India. Kiranya macam Kayuhan Satu Malaysia sempena Tahun Baru Cina.
 03. Peserta Kayuhan Belia Bandar Bera telah bekumpul di hadapan 7Eleven Bandar Bera/Kerayong di hadapan Hotel Coop Inn yang dahulunya dikebnali sebagai Gotel Bera Pantagon Inn. Berhampiran Hotel Bera Coop Inn ada kedai makan ibu, Restoran polis Ghazani dan Tomyam 99. Berhampiran kawasan ini ada juga SMK Bandar Kerayong dan tapak 'warisan tunas manja' yang telah terbakar.
 04. Bigman (Pena Luka Khursani) bergambar dengan Ironman Bera. Fatman dan Ironman pernan beberapa kali mengayuh bersama antaranya adalah kayuhan Kemas Bentong-Kuantan 
http://kemaspahang.blogspot.com/2008/09/berbasikal-bentong-kuantan-15-24hb-12th.html ]
 05. Big Man bergambar dengan Fat Man (penalukakhursani). Keduanya adalah dari Kumpulan Pengayuh Semantan MTB Temerloh. Pertamakali mereka ini mengayuh bersama adalah semasa Kayuhan Sungai di Chenor. [ http://lamanbasikal.blogspot.com/search/label/Kayuhan%20Chenor ]
 06. Fatman penalukakhursani dan Ironman Bera sedang bercerita tentang petua-petua mencari pasangan hidup. (1) Kita kena ada rasa sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.  (2) Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.(3) Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat Bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya. (4) Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda. (5) Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitive kepada perasaannya.
BACA SELANJUT: http://kasihdihati.blogspot.com/2007/04/petua-mencari-pasangan.html
 07. Bebudak Fixie turut menyertai Kayuhan Belia Bandar Bera. Menggunakan basikal yang tak ada berek tidak menghalang mereka untuk turut mengayuh bersama basikal Mountain Bike.
 08. Ironman Hasan pernah mewakili ATM dan Malaysia. Sekarang bertugas sebagai Komondo Pencen
[ kemaspahang.blogspot.com ]
 09. Tiba-tiba dalam kayuhan santai 5 km ini , peserta telah singgah di rumah Ahli Parlimen Bera. Rerupanya Ahli Parlimen Bera nak ngayuh sesami peserta. Gedaffi  telah menyerahkan basikalnya untuk dikayuh oleh Ahli Parlimen Bera. Walaupun basikal tak berapa ngan saiz tapi cukuplan untuk YB Ahli Parlimen Bera kayuh sampai Kompleks Rakan Muda Daerah Bera.
 10. Beberapa orang ahli kumpulan Semantan MTB turut menyertai kayuhan ini. Semantan MTB adalah kumpulan pengayuh basikal 'swasta' dari Temerloh. Semantan MTB sebelum ini telah berjaya mengadakan Jombori Temerloh. Moga usaha bersepada antara ahli dan sokongan kumpulan pengayuh dari daerah-daerah lain akan memantapkan lagi perancangan program Semantan MTB bagi tahun 2013.
 11. Kayuhan Belia Bandar Bera sejauh 5km telah tamat dengan jayanya. Dapat baju T hitam sehelai dan dapat duit makan RM10.00 seorang. Lepas ini mungkin ada Kayuhan Tasik Bera. Kayuhan Tasik Bera ini adalah kayuhan yang sedang dinanti-nantikan oleh peminat basikal. Amat diharapkan Orang Daerah Bera akan dapat mengadakan Kayuhan Tasik Bera selepas ini.

Tuesday, February 12, 2013

Kayuhan Sungai Lembing 2013 (672) Lombong

26.1.2013 (Sabtu) 1.43 petang. Kami telah berjaya sampai di kawasan Lombong Sungai Lembing
 01. Akhirnya berjaya sampai ke lombong Sungai Lembing. Kelihatannya tak ada orang lain pada hari ini datang ke Lombong Sungai Lembing dengan basikal.
 02.Papan info Sungai Lembing ini ada dua belah. Satu menggunakan Bahasa malaysia dan yang disebelah belakang menggunakan bahasa orang potih.
 03. Inilan pintu masuk Lombong Sungai Lembing.
 04. Saudara Badrul Semantan MTB Temerloh bergambar dengan Cannondale F3000sl di hadapan pintu masuk lombong Sungai Lembing.
 05. Saudara Badrul mengajak Cannondale F3000sl memanjat tangga lombong sungai Lembing.
 06. Fuji Nevada 1.0 2008, bergambar dengan papan info Sungai Lembing.
 07. Saudara Zainal Abidin, CC Risda Pahang.
 08. Kami rasa bertuah dapat berjumpa dengan Encik David Fun dari Kuala Lumpur. Encik David selalu datang kesini untuk 'tangkap gambar'. Beliau mendapat harga yang istimewa ketika bermalam di homestay Sungai Lembing. Encik David banyak berjalan di serata negeri di Malaysia. Kebiasaannya Encik David akan dapat harga istimewa ketika bermalam di tempat-tempat yang dilawati.
 09. Ini adalah tempat menunggu bagi orang yang berjalan kaki sahaja. Orang yang datang dengan basikal tak boleh berihat disini. Basikal kena letak tempat lain. Nanti bos tempat ini marah. Basikal yang diletakkan disini boleh menyebabkan ...
10. Setelah siap berihat dan bergambar di kawasan pintu masuk Lombong Sungai Lembing, sekarang adalah saat untuk mula mengayuh balik ke Kuantan. Saudara Badrul menunjukkan isyarat bahawa basikal Cannondale F300sl dia ada masalah pada brek pad. Dia tiada masalah masih kuat untuk mengayuh balik ke Indera Mahkota Kuantan.

LIKS:
1. lamanperpustakaan.blogspot.com/2011/03/cd-sungai-lembing-el-dorado-timur
2. utusan.com.my/2013/Tarikan-terbaru-lombong-Sg-Lembing
3. pahang-ku.blogspot.com/2012/ransformasi-sg-lembing