Basikal ada macam-macam jenis dan harganya juga ada macam-macam peringkat. Orang yang mengayuh ada macam-macam kategori. Ada yang tak hiraukan apa basikal yang dikayuh, yang penting seronoknya mengayuh. Ada yang amat pentingkan basikal, kalau nak kayuh mesti kayuh basikal yang mahal. Kalau tengok basikal yang murah langsung tak ada selera nak mengayuh.
07 Jamis Trail-X 3.0 menonjolkan jelas huruf X.
Bagi mendapatkan sebuah basikal pun ada macam-macam cara. Ada yang mahukan basikal percuma sahaja. Ada yang sanggup bayar RM50 sahaja. Ada juga yang sanggup bayar sampai RM5 ribu hingga RM15 ribu untuk sebuah basikal. Itu pasal harga yang orang sanggup bayar untuk sebuah basikal.
06 Jamis Trail-X 3.0 mempunyai tempat untuk pasang tempat barang
Sekarang mari kita pandang dari sudut lain pula.
Bila kita mengayuh basikal maksudnya kita mahu bersukan, bersenam dan rekreasi. Tujuannya yang tersirat adalah untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Kalau semata-semata nak mengayuh untuk bersukan, bersenam dan berhibur kita hanya dapat kulitnya sahaja. Inti kepada mengayuh iaitu mendapatkan kesihatan dan kecergasan yang baik untuk tubuh badan dan akal fikiran kita.
05 Jamis Trail-X 3.0 menampal pelekat menunjukkan saiz body 17 inci
Mungkin ada yang akan mempertikaikan, betul ke, berbasikal boleh menjadikan kita sihat dan dapat menyembuhkan penyakit. Ramai yang merasakan tidak logik apabila dinyatakan bahawa kita boleh berubat dengan basikal. Kalau basikal boleh mengubat kita, tidak perlu kita berjumpa doktor. Kerajaan pula tidak perlu membazir membina hospital dan klinik serta melatih doktor, pembantu perubatan dan jururawat. Akan lebih banyak tumbuhnya kedai-kedai basikal berbanding klinik. Kerajaan dikehendaki menyediakan kedai basikal kerajaan berbanding klinik desa. Akan lebih banyak tumbuh kedai basikal swasta berbanding klinik swasta.
Persoalan diatas saya biarkan masing-masing jawab ikut pengalaman masing-masing.
04 Jamis Trail-X 3.0 menggunakan tayar onroad 26x1.75
Kita berbalik kepada 'harga yang orang sanggup bayar untuk sebuah basikal'. Harga tersebut adalah harga yang orang sanggup bayar supaya mereka tidak dihampiri oleh penyakit-penyakit yang biasa kita dengar.
Mudah katanya begini, bagi mereka yang sanggup bayar RM2 ribu untuk sebuah basikal bermakna mereka sanggup bayar RM2 ribu supaya mereka jadi sihat dan tidak dihampiri oleh penyakit-penyakit seperti yang biasa kita dengar. Lebih baik bayar RM2 ribu untuk membeli basikal supaya kita jadi sihat daripada kita membayar RM2 ribu untuk berubat penyakit-penyakit seperti yang biasa kita dengar.
03 Jamis Trail-X 3.0 menggunakan part LX
Tetapi kalau dah beli basikal sampai RM2 ribu, tetapi kayuh 2 bulan sekali. Macam mana nak jauhkan diri dari penyakit-penyakit. Kalau nak berubat dengan basikal kenalah mengayuh sampai berpeluh bukan macam makan ubat lepas makan boleh baring dan tunggu kesan ubat meresap. Kalau beli basikal untuk menjadi sihat dan cergas kenalah keluar mengayuh sampai peluh. Kalau mengayuh 'jalan-jalan makan angin' lepas tu singgah kedai mamak makan roti canai dan teh tarik sambil berharap menjadi bertambah sihat dengan cara begitu. Akan bertambah cepat penyakit-penyakit datang. Membazir saja beli basikal sampai RM2 ribu.
Lebih baik pergi berlari atau berenang atau sewa kayak. Jumat duit, boleh tambah pelaburan dalam ASB.
02 Jamis Trail-X 3.0 menggunakan Rock Shok Dirt two
Berlari, berenang, berkayak dan berbasikal adalah sukan yang seimbang. Kita menggunakan serentak kesemua anggota kita ketika menjalankan aktiviti tersebut. Kebanyakan sukan lain menggunakan sebelah anggota tubuh badan kita sahaja. Kalau main ping-pong dan badminton kita akan guna sebelah tangan sahaja. Kalau main bola den takraw kita sepak dengan sebelah kaki sahaja. Kalau berlari, berenang, berkayak dan berbasikal kita perlu gunakan serentak kaki dan tangan kita. Tetapi berlari, berenang dan berkayak banyak bezanya dengan berbasikal. Semasa berlari berbasikal dan berenang, ada orang membuat hayunan yang tidak seimbang antara kaki dan tangan masing-masing. Tetapi semasa berbasikal kedudukan dan pergerakan telah dikawal oleh bentuk basikal. Semasa mengayuh hayunan kaki adalah sama antara kanan dan kiri kerana kaki akan mengikut putaran pengayuh secara sama rata.
01 Jamis Trail-X 3.0 menggunakan crank truvetive
Akhir sekali, kita semua berhak memilih cara bersukan dan cara menjaga kesihatan masing-masing. Mana ada tempat atau negara yang semua orangnya menggunakan basikal lebih banyak berbanding kenderaan bermoto?
Gambar basikal yang ditunjukkan disini adalah model Jamis Trail-X 3.0 warna merah. Rangka basikal ini sesuai untuk dijadikan touring bike. Pada rangka Jamis Trail-X 3.0 ada tempat untuk pasang tempat duduk belakang atau tempat bawa barang. Basikal ini berharga RM1,500.00.
LINKS:
1. Building Your Own Comfort Road Bike
2. 2008 Jamis Trail X 3.0
No comments:
Post a Comment