Tuesday, October 11, 2011

Jerantut Cyclefest 2011




PautanSatu lagi event berbasikal yang akan menarik minat para penggemar basikal untuk turut serta dalam event bersejarah ni. Masa untuk menguji keserasian mtb-pemiliknya. Jom kayuh...

23hb Oktober · 6.30 ptg - 9.30 ptg

Dataran Majlis Daerah Jerantut
Bandar Baru Jerantut
Jerantut
KELAB BASIKAL JERANTUT, PAHANG MALAYSIA
Syarat-syarat dan Peraturan :

1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua peminat sukan berbasikal khususnya penduduk di daerah Jerantut dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 12:00pm 23/10/2011.

2. Basikal yang digunakan sebaik-baiknya basikal jenis bergear selain basikal kategori Fixie dan kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah. Semua Basikal yang digunakan hendak mengikut spesifikasi tayar yang ditetapkan pada setiap kategori dan mempunyai brek. Basikal jenis bermotor adalah tidak dibenarkan.

3. Peserta digalakkan memakai "helmet" / topi keledar semasa pertandingan bagi tujuan keselamatan.

4. Seseorang peserta boleh menyertai lebih dari satu acara sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan masa acara tidak bercanggah. Bayaran yuran penyertaan hanya sekali sahaja.
5. Yuran penyertaan adalah seperti dalam jadual. Peserta yang telah berdaftar pada kategori lain dan ingin menyertai kategori Lelaki & Perempuan terbuka perlu membayar RM 10.00 tambahan bagi kategori tersebut.

6. Kategori Pertandingan :

A. Kanak-Kanak ( 6 tahun dan ke bawah ), tayar 16” & <, Yuran RM 1.00, Pusingan : 0, Jarak : 100m.

B. Lelaki Junior A ( 9 tahun dan ke bawah ), tayar 20”, Yuran RM 10.00, Pusingan : 3, Jarak : 2.25km.

C. Lelaki Junior B ( 12 tahun dan ke bawah ), tayar 20”, Yuran RM 10.00, Pusingan : 4, Jarak : 3.00km.

D. Lelaki Junior C ( 16 tahun dan ke bawah ), tayar 26”, Yuran RM 10.00, Pusingan : 4, Jarak : 3.00km.

E. Lelaki Junior D ( 20 tahun dan ke bawah ), tayar 26”, Yuran RM 10.00, Pusingan : 4, Jarak : 3.00km.

F. Wanita Junior ( 16 tahun dan ke bawah ), tayar 26”, Yuran RM 10.00, Pusingan : 4, Jarak : 3.00km.

G. Lelaki Senior ( 35 tahun dan ke atas ), tayar 26”, Yuran RM 10.00, Pusingan : 4, Jarak : 3.00km.

H. Lelaki Veteran ( 45 tahun dan ke atas ), tayar 26”, Yuran RM 10.00, Pusingan : 4, Jarak : 3.00km.

I. Wanita Senior ( 35 tahun dan ke atas ), tayar 26”, Yuran RM 10.00, Pusingan : 4, Jarak : 3.00km.

J. Lelaki Terbuka , tayar 26”, 27” & 29”, Yuran RM 20.00, Pusingan : 5, Jarak : 3.75km.

K. Wanita Terbuka, tayar 26”,27” & 29”, Yuran RM 20.00, Pusingan : 4, Jarak : 3.00km.

L. Fixie Terbuka, tayar 26” & 27”, Yuran RM 10.00, Pusingan : 4, Jarak : 3.00km.

7. Hadiah akan diberikan kepada semua pemenang kategori dari tempat 1 - 5. Semua Peserta akan diberikan sijil penyertaan selepas tamat program.

8. Hadiah-hadiah :

A. Kanak-Kanak : No.1 – No.5 : Hamper

B. Lelaki Junior A : No.1 : RM50, No.2 : RM40, No.3 : RM30, No.4 : RM20, No.5 : RM10

C. Lelaki Junior B : No.1 : RM50, No.2 : RM40, No.3 : RM30, No.4 : RM20, No.5 : RM10

D. Lelaki Junior C : No.1 : RM50, No.2 : RM40, No.3 : RM30, No.4 : RM20, No.5 : RM10

E. Lelaki Junior D : No.1 : RM50, No.2 : RM40, No.3 : RM30, No.4 : RM20, No.5 : RM10

F. Wanita Junior : No.1 : RM50, No.2 : RM40, No.3 : RM30, No.4 : RM20, No.5 : RM10

G. Lelaki Senior : No.1 : RM50, No.2 : RM40, No.3 : RM30, No.4 : RM20, No.5 : RM10

H. Lelaki Veteran : No.1 : RM50, No.2 : RM40, No.3 : RM30, No.4 : RM20, No.5 : RM10

I. Wanita Veteran : No.1 : RM50, No.2 : RM40, No.3 : RM30, No.4 : RM20, No.5 : RM10

J. Lelaki Terbuka : No.1 : RM100, No.2 : RM80, No.3 : RM60, No.4 : RM40, No.5 : RM20

K. Wanita Terbuka : No.1 : RM100, No.2 : RM80, No.3 : RM60, No.4 : RM40, No.5 : RM20

L. Fixie Terbuka : No.1 : RM50, No.2 : RM40, No.3 : RM30, No.4 : RM20, No.5 : RM10

Nota : Pemenang hadiah pertama setiap kategori akan mendapat sebuah BASIKAL tajaan dan hamper selain wang tunai. Pemenang hadiah kedua sehingga kelima akan mendapat hamper selain wang tunai.
9. Semua peserta akan layak untuk cabutan bertuah pada penghujung program. No. bertuah adalah No. peserta masing-masing.

10. Penganjur berhak membatalkan sesuatu acara jika didapati acara tersebut kurang daripada 5 orang peserta.

11. Aturcara Program :

8 : 30 am - 12 : 00 pm : Pendaftaran peserta
9 : 00 am - 11 : 00 am : Pertandingan mewarna kanak-kanak tadika
11 : 30 am - 12 : 00 pm : Kanak-kanak ( 6 tahun dank e bawah )
12 : 00 am - 12 : 30 pm : Penyampaian hadiah kanak-kanak
1 : 00 pm - 2 : 00 pm : Makan tengahari / rehat
2 : 00 pm - 2 : 30 pm : Acara flag off
2 : 30 pm - 2 : 45 pm : Fixie Terbuka
2 : 45 pm - 3 : 00 pm : Junior D – Lelaki ( 20 tahun dan ke bawah )
3 : 00 pm - 3 : 15 pm : Lelaki Senior ( 35 tahun dan ke atas )
3 : 15 pm - 3 : 30 pm : Junior A – Lelaki ( 9 tahun dan ke bawah )
3 : 30 pm - 3 : 45 pm : Wanita Junior ( 16 tahun dan ke bawah )
3 : 45 pm - 4 : 00 pm : Junior B – Lelaki ( 12 tahun dan ke bawah )
4 : 00 pm - 4 : 15 pm : Lelaki Veteran ( 45 tahun dan ke atas )
4 : 15 pm - 4 : 30 pm : Wanita Senior (35 tahun dan ke atas )
4 : 30 pm - 4 : 45 pm : Junior C – Lelaki ( 16 tahun dan ke bawah )
4 : 45 pm - 5 : 00 pm : Wanita Terbuka
5 : 00 pm - 5 : 15 pm : Lelaki Terbuka
5 : 30 pm - 6 : 30 pm : Majlis Penutup, Penyampaian Hadiah & Cabutan bertuah.

12. Semua peserta dikehendaki mengambil nombor peserta masing-masing pada sebelah pagi program jam 9:00 am - 12:00 pm di tempat permulaan ( Dataran Majlis Daerah Jerantut ).

13. Semua peserta digalakkan berada di tempat pertandingan 1 jam lebih awal bagi mengelakkan segala masalah berkaitan penyertaan peserta.
14. Borang penyertaan boleh didapati di alamat dan cara tersebut :
A. Kedai Basikal Hong
No. 3, Bandar Inderapura,
Jalan Zapin,
27000 Jerantut,
Pahang.
Tel : 013-9884778, 2662370

B. Kedai Basikal Yen Soon
S-2, Jalan Tahan,
Bandar Baru,
27000 Jerantut,
Pahang.
Tel : 019-9054393, 2662129

E-mail : enjoycycling@yahoo.com atau SMS E-mail anda ke 012-7711643 untuk borang penyertaan.

15. Segala makluman dan berita terkini mengenai program ini boleh didapati di Facebook : " Kelab Berbasikal Jerantut ".

16. Program ini akan dijalankan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Semua keputusan pihak penganjur adalah muktamad.

17. Profil laluan :
Laluan landai di sepanjang jalan dari mula ke tamat dengan 2 selekoh jalan yang mencabar pada setiap pusingan.

RUJUK:gerekbasikal.blogspot.com

No comments:

Post a Comment