Saturday, August 31, 2013

A592 Gambar lama kembara berbasikal

Gambar lama kembara berbasikal ketika berhenti rehat di jeti.

Beberapa pula dihukumkan kayu
Bemban dan Tepus,Pisang dan Tebu
Salak dan Rengkam jumlahnya satu
Perimpin, Tebrau, Temiang, Balu

Wednesday, August 28, 2013

Pinarello Paris Team Sky - Basikal harga RM15,000 dalam Bicycle Buy and Sell


Pinarello Paris Team Sky
RM 15,000.

Pinarello Size 55cm.
This bike is not been ridden that much as owner has another bike and all genuine not OEM or China. Bought from Pinarello dealer in KL.
Campagnolo Chorus 11 speed. 2011 model.
Bora 1 rims.
Deda stems.
Deda Carbon Handle bars.
Look Keo Blade Pedals ( Not shown and will be given )
Prologo Teamsky saddles.
175mm crankset.
Vittoria Tubulars.

Saturday, August 24, 2013

A590 Kayuhan Gunung Senyum

Ini adalah salah satu gambar lama kayuhan Temerloh - Gunung Senyum. Semasa kayuhan ini kami belajar supaya berhati-hati apabila ada kumpulan lembu di laluan yang akan kita lalu. Perlu lebih berhati-hati apabila kumpulan lembu tersebut berada di dua belah jalan. lebih bahaya lagi jika Sang ibu lembu berada disebelah sini manakala sang anak lembu berada disebelah sana.

Keadaan ini telah menyebabkan Pokdin telah dikejar oleh bapak lembu kerana meyangka pokdin nak ke anak lembu tersebut. Pokdin telah dikejar hebat oleh lembu tersebut. Oleh kerana dah tak larat nak kayuh maka Pokdin terus panjat pokok. Tinggal basikal kat bawah pokok. Nasib baik sang lembu tu tak lenyek basikal Pokdin. Kalau tidak tai taulah Pokdin nak balik dengan apa.

Paling hairan adalah kenapa sang lembu tu marah sangat kat Pokdin. Nak kata pokdin nak kan anak dia mustahil. Nak kata Pokdin ngorat anak dia lagi mustahil. Bukan nak kata Pokdin tak kacak (kalau pun ye) tapi rasanya Pokdin tak tergamak nakkkan anak lembu. Bersepah lagi anak orang yang ada kat Temerloh ni. Mungkin lembu tu cemburu kat Pokdin. Ityulah manis masam kayuhan bersama Pokdin

Akhir sekali Pokdin berpesan jangan kayuh basikal yang ada spring (asober) depan belakang (ful sus) untuk kembara di jalan raya. Kerana spring tersebut akan menyebabkan basikal tersebut sentiasa berenjut sepanjang perjalanan. Baru separuh perjalanan pinggang Pokdin rasa macam nak putus. Masa tu Pokdin ingatkan hebat kalau kayuh basikal macam tu.

Mana satukan pokdin dalam gambar diatas?

Ada setengah terlalu manis
Setengahnya masam menjalis
Setengahnya lazat tiada rengis
Setengahnya pahit rupanya majlis

Wednesday, August 21, 2013

KONA KULLAWATT CARBON 2012 - Basikal harga RM9,000 dalam Bicycle Buy and Sell


KONA KULLAWATT CARBON 2012
RM9000

1.FRAME LIGHT CARBON
2.GROUPSET XO
3.WHEELSET FULCRUM METAL ZERO
4.HANDLE BAR,STEM,SEATPOST ALL FSA CARBON
5.FORK-FOX FLOAT
6.SADDLE FIZIK

Saturday, August 17, 2013

A589 Acik Cycle Taman Temerloh Makmur

Bergambar di hadapan kecik basikal acik cycle di temerloh. dari sini kami telah memulakan kayuhan Gunung Senyum.

Ada setengah menjadi ubat
Ada setengah menjadi mudarat
Setengahnya banyak terlalu sangat
Setengahnya pula jarang di dapat

Wednesday, August 14, 2013

Pinarello Paris Roadbike carbon - Basikal harga RM21,000 dalam Bicycle Buy and Sell

Pinarello Paris Roadbike Full carbon frame
RM 21, 000

Campagnolo Chorus fullset Groupset
Campagnolo Shamal Wheelset (Carbon hub)
Deda Zero Carbon Stem, Handlebar, Seatpost
Prologo Saddle
Look Pedal
Condition: 9/10 (like new)
Weight: 7.1 kg

Saturday, August 10, 2013

A588 Gambar lama berbasikal

Ini adalah gambar lama kembara berbasikal tahun 1999. Bulan Oktober 3hb.

Ada setengah kayu di hutan
Ada setengah tanam-tanaman
Setengah berbuah jadi makanan
Setengahnya tidak pergunaan

Wednesday, August 7, 2013

Fuji SL1 PRO Shimano - Basikal harga RM7,000 dalam Bicycle Buy and Sell


Fuji SL1 PRO Shimano
RM7000

-Size 50cm (M)
-Full carbon bike
-Ori bike weight: 7.6kg
-Ultegra 6700 full components
-Ultegra 6700 compact crank
-Mavic Kysrium Elite wheelset less than 1.5kg
-Shimano rims available - price can be lowered

Saturday, August 3, 2013

A587 Gambar lama kembara berbasikal

Ini adalah gambar tahun 1999. Dimanakah anda semua sekarang?

Ada yang putih ada yang merah
Setengahnya kering setengah bergetah
Ada setengah segera rasah
Setengahnya tidak dimakan tanah

A585 Gambar lama kembara berbasikal

Ini adalah gambar lama kembara berbasikal ketika sampai di Simpang Sekolah Kebangasaan Pulau Pasir Mandi.

Ada yang lembut ada yang keras
Ada setengah tidak berteras
Setengahnya lurus setengah berpulas
Setengahnya rapuh patah terhempas