Wednesday, February 13, 2013

Kayuhan Belia Bandar Bera. Pahang

Pada 10hb Februari 2013 (Ahad) Laman Basikal telah dijemput menyertai Kayuhan Santai 5 Km Bersama Ahli Parlimen Bera. Mulanya kami sangka Kayuhan Tasik Bera, rupanya belum masa orang Bera nak  ajak kayuh basikal sampai ke Tasik Bera.. 

Kayuhan Santai Bandar Bera ini bermula di Kompleks Rakan Muda Daerah Bera melalui Taman Seri Bera dan sampai ke Perpustakaan Awam Daerah Bera (Majlis Daerah Bera dan padang awam). Sampai di terdapat kumpulan peminat-peminat kereta sedang mengadakan auto show. Dari sini peserta Kayuhan Belia Bandar Bera mengayuh bali ke Kompleks Rakan Muda Daerah Bera.
 01. Bigman adalah orang tengah kami yang berusaha mendapatkan peserta berbasikal dari daerah Temerloh.
 02. Daretan basikal peserta yang menunggu masa kayuhan bermula. pada hari ini ada macam-macam acara. Pada hari ini semua peserta Kayuhan Belia Bandar Bera menggunakan basikal Mountain Bike dan Fixie sahaja. Tiada basikal racing pada hari ini. Walaupun di Triang ada ramai pengayuh basikal Cina tetapi hari ini adalah hari raya mereka (Tahun Baru Cina) jagi tak ada peserta cini pada hari ini. Tetapi ada peserta India. Kiranya macam Kayuhan Satu Malaysia sempena Tahun Baru Cina.
 03. Peserta Kayuhan Belia Bandar Bera telah bekumpul di hadapan 7Eleven Bandar Bera/Kerayong di hadapan Hotel Coop Inn yang dahulunya dikebnali sebagai Gotel Bera Pantagon Inn. Berhampiran Hotel Bera Coop Inn ada kedai makan ibu, Restoran polis Ghazani dan Tomyam 99. Berhampiran kawasan ini ada juga SMK Bandar Kerayong dan tapak 'warisan tunas manja' yang telah terbakar.
 04. Bigman (Pena Luka Khursani) bergambar dengan Ironman Bera. Fatman dan Ironman pernan beberapa kali mengayuh bersama antaranya adalah kayuhan Kemas Bentong-Kuantan 
http://kemaspahang.blogspot.com/2008/09/berbasikal-bentong-kuantan-15-24hb-12th.html ]
 05. Big Man bergambar dengan Fat Man (penalukakhursani). Keduanya adalah dari Kumpulan Pengayuh Semantan MTB Temerloh. Pertamakali mereka ini mengayuh bersama adalah semasa Kayuhan Sungai di Chenor. [ http://lamanbasikal.blogspot.com/search/label/Kayuhan%20Chenor ]
 06. Fatman penalukakhursani dan Ironman Bera sedang bercerita tentang petua-petua mencari pasangan hidup. (1) Kita kena ada rasa sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.  (2) Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.(3) Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat Bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya. (4) Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda. (5) Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitive kepada perasaannya.
BACA SELANJUT: http://kasihdihati.blogspot.com/2007/04/petua-mencari-pasangan.html
 07. Bebudak Fixie turut menyertai Kayuhan Belia Bandar Bera. Menggunakan basikal yang tak ada berek tidak menghalang mereka untuk turut mengayuh bersama basikal Mountain Bike.
 08. Ironman Hasan pernah mewakili ATM dan Malaysia. Sekarang bertugas sebagai Komondo Pencen
[ kemaspahang.blogspot.com ]
 09. Tiba-tiba dalam kayuhan santai 5 km ini , peserta telah singgah di rumah Ahli Parlimen Bera. Rerupanya Ahli Parlimen Bera nak ngayuh sesami peserta. Gedaffi  telah menyerahkan basikalnya untuk dikayuh oleh Ahli Parlimen Bera. Walaupun basikal tak berapa ngan saiz tapi cukuplan untuk YB Ahli Parlimen Bera kayuh sampai Kompleks Rakan Muda Daerah Bera.
 10. Beberapa orang ahli kumpulan Semantan MTB turut menyertai kayuhan ini. Semantan MTB adalah kumpulan pengayuh basikal 'swasta' dari Temerloh. Semantan MTB sebelum ini telah berjaya mengadakan Jombori Temerloh. Moga usaha bersepada antara ahli dan sokongan kumpulan pengayuh dari daerah-daerah lain akan memantapkan lagi perancangan program Semantan MTB bagi tahun 2013.
 11. Kayuhan Belia Bandar Bera sejauh 5km telah tamat dengan jayanya. Dapat baju T hitam sehelai dan dapat duit makan RM10.00 seorang. Lepas ini mungkin ada Kayuhan Tasik Bera. Kayuhan Tasik Bera ini adalah kayuhan yang sedang dinanti-nantikan oleh peminat basikal. Amat diharapkan Orang Daerah Bera akan dapat mengadakan Kayuhan Tasik Bera selepas ini.

No comments:

Post a Comment