Tuesday, February 12, 2013

Kayuhan Sungai Lembing 2013 (672) Lombong

26.1.2013 (Sabtu) 1.43 petang. Kami telah berjaya sampai di kawasan Lombong Sungai Lembing
 01. Akhirnya berjaya sampai ke lombong Sungai Lembing. Kelihatannya tak ada orang lain pada hari ini datang ke Lombong Sungai Lembing dengan basikal.
 02.Papan info Sungai Lembing ini ada dua belah. Satu menggunakan Bahasa malaysia dan yang disebelah belakang menggunakan bahasa orang potih.
 03. Inilan pintu masuk Lombong Sungai Lembing.
 04. Saudara Badrul Semantan MTB Temerloh bergambar dengan Cannondale F3000sl di hadapan pintu masuk lombong Sungai Lembing.
 05. Saudara Badrul mengajak Cannondale F3000sl memanjat tangga lombong sungai Lembing.
 06. Fuji Nevada 1.0 2008, bergambar dengan papan info Sungai Lembing.
 07. Saudara Zainal Abidin, CC Risda Pahang.
 08. Kami rasa bertuah dapat berjumpa dengan Encik David Fun dari Kuala Lumpur. Encik David selalu datang kesini untuk 'tangkap gambar'. Beliau mendapat harga yang istimewa ketika bermalam di homestay Sungai Lembing. Encik David banyak berjalan di serata negeri di Malaysia. Kebiasaannya Encik David akan dapat harga istimewa ketika bermalam di tempat-tempat yang dilawati.
 09. Ini adalah tempat menunggu bagi orang yang berjalan kaki sahaja. Orang yang datang dengan basikal tak boleh berihat disini. Basikal kena letak tempat lain. Nanti bos tempat ini marah. Basikal yang diletakkan disini boleh menyebabkan ...
10. Setelah siap berihat dan bergambar di kawasan pintu masuk Lombong Sungai Lembing, sekarang adalah saat untuk mula mengayuh balik ke Kuantan. Saudara Badrul menunjukkan isyarat bahawa basikal Cannondale F300sl dia ada masalah pada brek pad. Dia tiada masalah masih kuat untuk mengayuh balik ke Indera Mahkota Kuantan.

LIKS:
1. lamanperpustakaan.blogspot.com/2011/03/cd-sungai-lembing-el-dorado-timur
2. utusan.com.my/2013/Tarikan-terbaru-lombong-Sg-Lembing
3. pahang-ku.blogspot.com/2012/ransformasi-sg-lembing

No comments:

Post a Comment