Akhirnya inilah masa-masa yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta
semenjak pukul 8.00 pagi, Kayuhan Gunung Senyum ke Homestay Jengka 25. YB. Dato' Haji Shafik Fauzan Bin Sharif,
DIMP., SMP. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan
telah mendahului peserta berbasikal. Berada di depan peserta basikal
adalah kumpulan bermotosikal anak-anak Felda.
10 Penaluka Khursani (berbaju biru) kelihatan berjalan kaki sambil mengheret basikal. Beliau tidak tergesa-gesa untuk memecut kerana itu bukanlah matlamat Penaluka Khursan semasa kayuhan Gunung Senyum ini.
09 Cuba tengok rupa bayang-bayang YB Shafik Fauzan dan Hj Idros Yanya. Tentu anda dapat mengagak pukul berapa sekarang.
08. Eloknya kenalah mula mengayuh awal pagi atau lewat pagi. Tetapi dik kerana ada beberapa acara yang perlu dihabiskan maka terpaksalah mula mengayuh lewat. Mana-mana peserta yang dah tak sabar menunggu maka terpaksalah mereka balik awal.
07. Itu semua tak jadi masalah, yang penting... basikal telah mendapat tempat sebagai salah-satu pengisian tompangan yang menarik yang menjayakan pelbagai acara.
06. Kadang-kadang terfikirkan 'jenis' orang yang sukakan aktiviti berbasikal. Kebiasaannya mereka adalah orang yang lasak-lasak. Tapi mungkin juga ada mereka yang gayanya lasak ...cakapnya lasak tapi asyik nak kayuh dekat-dekat aja.
05. Kami berharap mereka yang baru-baru berjinak dengan basikal dalam 5 tahun atau 10 tahun tidak menjadikan berbasikal adalah sukan/rekreasi yang susan untuk disertai. Apabila meletakkan syarat harga basikal yang sesuai adalah RM5,000.
04. Kalau dengar nasihat basikal yang seelok-elok untuk memulakan aktiviti berbasikal adalah berharga RM5,000. Ramailah orang-orang 'kurang duit akan menjauhkan diri dari aktiviti ini.
03. Lagi satu penghalang kepada kemasukan beramai-ramai untuk aktiviti berbasikal adalah, nak kena kayuh laju. Siapa yang kayuh perlahan kena tinggal. Mereka ini dianggap sebagai budak .....
02. Di negara kita masih belum banyak golongan yang dikelaskan sebagai 'Keluarga Basikal'. Kalau di luar negara telah ada 'keluarga basikal', dalam keluarga mereka semuanya minat berbasikal. Minat tersebut bukan bermula dari generasi sekarang tetapi telah bermula pada nenek moyang mereka. Ayahnya kaki basikal, maknya kaki basikal, atoknya kaki basikal, wannya kaki basikal sampai kepada tok moyang lelaki dan perempuan semuanya kaki basikal. Dalam keluarga mereka tak ada pilihan untuk meminati apa, pilihan yang ada hanya basikal sahaja.
0. Di Pahang atau Malaysia, minat berbasikal kebiasannya tiba-tiba muncul. Habis semua anak beranak tetiba minat basikal ....1...2...3... dah minat bendal lain pulak. Tetiba sekali lagi, basikal menjadi benda yang glamor dan nampak hebat, tetiba mereka ini minat semula basikal. Bukan kata tak boleh masuk. Tapi itulah cara mereka, kita terima aja. Dan biarkan apa mereka nak cakap. Kejap lagi mereka pergi semula.
No comments:
Post a Comment