Sunday, December 29, 2013

Kayuhan Ambang Tahun Melawat Malaysia 2014 (Petronas - Star Mall Mentakab)

Nama Program: Kayuhan Ambang Tahun Melawat Malaysia 2014

Tarikh: 31.12.2013 (Rabu)

Tempat Bermula: Stesen Petronas Bandar Mentakab

Laluan:mengelilingi bandar Mentakab atau Temerloh

Tempat Tamat: Star Mall Mentakab

Jarak kayuhan: .....

Anjuran: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Pahang ( MOTAC Pahang )

Dengan Kerjasama:  Persatuan Berbasikal Pahang ( PBP)

VIP: Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin

Cara pendaftaran: email : motac.pipahang@yahoo.com
Nyatakan
-nama peserta
-no kp/no hp
-saiz tshirt (terhad 300 sahaja)
-Nama kumpulan

Bayaran: PERCUMA

Makan minum: disediakan

Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Pahang ( MOTAC Pahang ) dengan kerjasama Persatuan Berbasikal Pahang ( PBP) akan menganjurkan Kayuhan Ambang Visit Malaysia Year 2014 pada 31 Disember 2013.

Kayuhan Ambang Tahun Melawat Malaysia 2014  ini akan bermula di Stesen Petronas Bandar Mentakab mengelilingi bandar Mentakab atau Temerloh dan berakhir di Star Mall Mentakab.

Seterusnya peserta  Kayuhan Ambang Tahun Melawat Malaysia 2014 akan bersama sama menantikan ketibaan 1 Januari 2014 bagi menyambut ketibaan hari pertama Kempen Tahun Melawat Malaysia 2014.

Pendaftaran Kayuhan Ambang Tahun Melawat Malaysia 2014 boleh secara individu atau kumpulan melalui email : motac.pipahang@yahoo.com. Permohon perlu menyatakan nama/no kp/no hp/saiz tshirt ( terhad kepada 300 penyertaan pertama sahaja). Pendaftaran secara 'walk in' boleh dilakukan di tapak permulaan seawal jam 8.30 malam.

Makanan dan minuman ringan juga disediakan sebelum kayuhan.
Penampilan khas oleh saudara Anuar Manan

Perserta Kayuhan Ambang Tahun Melawat Malaysia 2014 akan bergerak secara beramai ramai menuju ke tempat 'Countdown Visit Malaysia Year 2014 ' di Star Mall Mentakab bersama sama Exco Pelancongan Dan Kebudayaan Negeri Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsudin.
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan negeri Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin menyampaikan hadiah kepada  acara berbasikal edisi kedua terbesar di pantai timur, Kuantan Century Ride (KCR) atau lebih popular dengan gelaran Kuantan 160 yang berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Indera Mahkota dekat Kuantan, baru-baru ini.
sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Lepasgianmemecut/MA/Article/

Penyertaan adalah PERCUMA

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada

1. MOHD IZAZI BIN ISMAIL - 011 12077170
2. MOHD HANEFF BIN HJ ABD MANAN - 017 3678081

Dicadangkan peserta membuat tinjauan awal lokasi Stesen Petronas Bandar Mentakab supaya tidak tersalan tempat. Pendaftaran 'walk-in diterima bermula jan 8.30 malam.

Aturcara lengkap belum dapat dikeluarkan.

No comments:

Post a Comment