Berikut adalah keputusan undian Anda suka basikal apa? bagi tahun 2013. Seramai 109 orang telah mengundi basikal yang mereka minat. Keputusan ini bukan bertujuan untuk memecahkan pengayuh-pengayuh basikal. Tetapi menunjukkan kita terdiri dari kumpulan peminat basikal yang berbagai tetapi masih berkongsi minat yang sama iaitu mengayuh basikal.
Berikut adalah keputusan undian basikal popular 2013.
Basikal Racing 7 (24%)
Basikal Mountainbike 54 (49%)
Basikal Fixie 9 (8%)
Basikal Racing & MTB 18 (16%)
Basikal Racing & Fixie 1 (0%)
Basikal MTB & Fixie 0 (0%)
Basikal Lain-lain 0 (0%)
Berdasarkan keputusan 30.12.2013 ini kelihatan nya basikal MTB adalah basikal yang popular pada tahun 2013. Keputusan ini tidak mengambil kira MTB 26, MTB 27 atau MTB 29. Ini mungkin kerana MTB boleh digunakan untuk kayauh di pelbagai rupa bumi dan tempat kecuali dalam air.
Basikal yang kedua popular adalah basikal Racing. Kebiasaan pada masa ini pengayuh basikal racing bermula sebagai pengayuh basikal MTB. Mereka akan bertukar kepada basikal racing dari basikal MTB kerana nak kayuh lebih laju lagi dan mereka tidak lagi suka kayuh dijalan yang tidak cantik.
Pengayuh MTB perlu membiasakan diri dengan pelbagai rupa bumi yang tidak stabil.
Pengayuh Racing pula perlu membiasakan diri dengan pelbagai kenderaan yang berkongsi di jalan raya, ada yang memandu dalam keadaan yang tidak stabil.
Manakala pengayuh basikal Fixie pula perlu membiasakan diri dengan pelbagai aksi luar biasa. Kadang-kadang mereka boleh jadi tidak stabil jika kurang kemahiran untuk mengawal basikal semasa membuat pelbagai aksi yang dasyat.
Apa-apa pun orang-orang basikal perlu saling sokong menyokong dan bantu membantu. Jangan biarkan pengayuh tempelan yang mahukan kita kata mengata dan hina menghina sesama kita.
Kita mahukan keamanan untuk diri kita dan keluarga kita. Jika ada yang mahukan kekecohan biarkal kekecohan tersebut berlaku kepada mereka dan keluarga mereka bukan kita.
Mengayuh untuk berkawan.
No comments:
Post a Comment