Wednesday, January 11, 2012

PERTAMA. Prinsip latihan basikal berprestasi tinggi

TEMERLOH. Bila membicarakan latihan berbasikal berprestasi tinggi banyak perkara yang perlu di pertimbangkan. Dalam pengalaman saya berkursus dengan berbagai instructor dari luar Negara khusus dari Barat ramai yang  mengatakan:-
1.    Seorang pelumba perlu banyak berkayuh, lagi banyak km, lagi kuat kaki seseorang pelumba itu
2.    Pelumba di Asia rata-rata kurang berkayuh dan kurang km pada kaki mereka dan sebab itulah prestasi mereka jauh ketinggalan berbanding  pelumba Eropah.
3.    Pelumba Eropah terutama professional berkayuh sejauh 35,000 km- 45,000km setahun.

Itu (perkara diatas) hanya menyentuh satu perkara sahaja dari segi latihan, sedangkan terlalu banyak perkara yang perlu di ambil kira. Sebenarnya melalui pengalaman dan pembelajaran secara rasmi dan tidak rasmi ,banyak perkara atau pengetahuan yang saya timba dan ingin saya kongsi bersama orang-orang yang ingin mendengarnya atau berminat. Senario di Malaysia ini masalahnya terlalu ramai orang yang berlagak pandai, atau rasa mereka sudah terlalu pandai dengan sekadar mereka mengetahui atau mahir sesuatu perkara sahaja dalam latihan berbasikal, sering mempengaruhi orang ramai (pengikut sukan berbasikal) agar mengikut cara atau teknik mereka.

Keadaaan ini sebenarnya akan merosakkan generasi sukan berbasikal di Malaysia, kerana banyak sangat ajaran atau fahaman songsang, membuat orang ramai terkeliru. Ini juga membantutkan perkembangan sukan berbasikal di Malaysia. Selepas Azizul tak akan dapat lagi pelumba yang setaraf dengannya selepas ini. Senario di Malaysia juga biasanya orang akan terpengaruh kepada perkara-perkara yang popular, contoh seperti iklan produk kesihatan, atau trend tertentu yang menjadi ikutan.

Ini adalah panduan latihan bagi pelumba basikal 
yang digunakan oleh Wak (Aminudin Sulaiman - Jurulatih Lumba Basikal Pahang)
Teks ini ditulis sendiri oleh Aminudin Sulaiman pada 9.8.2009. 

LINKS
1. eprints.utm.my - Perbandingan Intensiti Semasa Latihan Dan Simulasi Ujian Masa Acara 1000m Bagi Pelumba Basikal Peringkat Negeri
2. utusan.com.my - Terengganu paling aktif lahirkan pelumba basikal taraf dunia
3. myworldfromabicycle.blogspot.com (comparing different cycling abilities)
4. livestrong.com (cycling-training)
5. sweatscience.com - Static stretching before cycling makes you less efficient - Time-trials, body weight and allometric scaling in cycling - Static stretching lowers cycling effiency and time-to-exhaustion - Extreme exercise: Tour de France cyclists live longer - Cycling efficiency: strength training is key for masters - Is less really more in warm-ups? - The priming effect: how a hard warm-up can help performance - Cyclists: adjusting saddle height and maintaining bone density -

No comments:

Post a Comment