Tuesday, November 15, 2011

Kayuhan Gunung Senyum 26.11.2011

Kumpulan Semantan MTB yang aktif di Daerah Temerloh akan mengadakan Kayuh Temerloh-Gunung Senyum pada 26hb November 2011 (Sabtu). Ini adalah suatu usaha yang patut disokong kerana Gunung Senyum adalah salah satu destanasi pelancongan yang menarik di Temerloh. Bayaran sebanyak RM15 dikenakan kepada pengayuh basikal. Penyertaan adalah terhad. Penganjur menggunakan nama Kayuhan Hijau untuk Kayuhan Temerluh-Gunung Senyum pada 26.11.2011 (Sabtu).

Kayuhan Gunung Senyum telah lama diamalkan oleh kumpulan berbasikal di Temerloh. Sejak zaman jalan batu kawi lagi telah ada kumpulan berbasikal mengadakan Kayuhan Temerloh-Gunung Senyum. Pada masa tersebut ada dua pilihan laluan untuk ke Gunung Senyum. Laluan pertama adalah melalui Jambatan Temerloh terus ikut jalan darat ke gunung senyum. Laluan kedua adalah ke Kuala Krau menaiki bot ke seberang dan teruskan kayuhan ke gunung senyum. Pada masa sekarang telah ada laluan ketiga iaitu melalui Kampung Bangau terus ke kampung Sanggang dan ikut laluan sikal menaiki jambatan lebuhraya keluar di kampung bintang dan terus kayuh ke Gunung Senyum.

Penduduk disekitar laluan Kayuhan Temerloh-Gunung Senyum telah biasa dengan kumpulan berbasikal mengayuh basikal dari Temerloh ke Gunung Senyum. Antara kampung sekitar laluan Kayuhan Temerloh-Gunung Senyum adalah Kampung Bintang, Kampung Teluk Ira, Kampung Telok Sentang dan Kampung Batu Sawar.

Pada masa tersebut antara orang yang banyak mengerakkan aktiviti rekreasi berbasikal di Temerloh adalah Tok Penghulu Jazam (Penghulu Mukim Perak), Tuan Syed Rashid (Risda Temerloh), Zainal Abidin Risda Temerloh, Tony Saudagar Hock Chen Soon, Aming Saudagar Hock Chen Soon, Abdul Razak Malek TNB Temerloh/Jengka, Remei Jaafar TNB Temerloh, Baha Majlis Belia Pahang, Saikim Tentera Kem batu Tiga, Meri MPT, Yasir Arafat mini Restoran, Din Planet Kedai Tayar, Hasan Basri Tukang Rumah, Rizal Prewell, Adik beradik tukang besi welding, Iwan pupu Prewell, Zainal Keling dan tidak ketinggalan juga Badrulhisham kantin.

Saudara Badruhisham adalah antara Otai Basikal saki-baki Zaman Tok Penghulu Jazam.

Macam-macam pengalaman kami telah tempoh setelah bertahun-tahun mengadakan Kayuhan Temerloh-Gunung Senyum. Antaranya adalah:
1. Dikejar kumpulan lembu-lembu. Sampai ada yang tak mampu nak pecut buang basikal dan panjat pokok. Nasib baik lembu-lembu tersebut tak henyak basikal yang ditinggalkan dibawah pokok.
2. Kami pernah terpaksa balik menumpang lori batang getah dan lori pickup orang cari madu lebah. Puncanya ada yang curi-curi pergi panjat gunung Synyum setelah sampai ke Gunung Senyum. Bila nak kayuh balik kederat nak kayuh dan tad ada. Terpaksa semua sekali naik lori.
3. Ada juga yang lepas makan nasik terus lemah badan dan tertidur di pangkin. Tarik tolok tetap tak ada kederat nak kayuh basikal. Akhirnya terpaksa sampai malam.
4. Ada suatu ketika mengayuh sambil berpaut pada lori. Akibatnya ada yang tertungit pecah topi dan pecah cermin mata. Kepala tak pecah kerana keras kepala. Bila mak dapat tahu mak cuma geleng kepala sahaja.
5. Satu ketika pula kami melakukan kayuhan santai ke Guning Senyum. Tiba-tiba sampai di gunung senyum ada pertandingin lumba basikal. Ada yang masuk. Tiba-tiba boleh menang. Dapat hadiah hamper yang besar paras pinggang. Pastu termenung memikirkan macam mana nak bawak balik hamper tersebut.
6. Beberapa kali kami mengayuh ke Gunung Senyum dan bermalam di gunung senyum. Ada sekali tu kena marah oleh orang Pejabat Hutan yang bertugas di Gunung Senyum kerana terlewat melaporkan kedatangan. Sengeh ajale bila kena tengking dan marah oleh orang Pejabat Hutan. Malu tak terkira la, tambah pula bila ada budak-budak muda ikut.

Links:
1. lamanpahang.blogspot.com (Kayuhan Gunung Senyum)

No comments:

Post a Comment