------------------------------------------------------
Sumber: bicyclebuysell.com
evotrek : http://www.ntv7.com.my/7edition/local-en/POLICE_DETAIN_DRIVER_WHO_HIT_LTdL_CYCLIST.html
kona_zing :
salam sedih utk semua...
giantxtc :
Salam...simpati & sedih...:( Takziah utk keluarga mangsa...
que_cai :
bro kona>yup...takziah buat keluarga mangsa..
Fazlee menurut berita sinarfm pagi td.... pemandu kereta dah serahkan diri kat balai polis....
que_cai :
yup..umur pun 20 tahun kan bro??
giantxtc
Bila la Malaysia nak buat Bicycle Lane mcm negara lain...???
Fazlee
20 thn??? bkn 31thn ke??
que_cai
semalam kata 20 tahun kat ntv7?? yg mana plak betul ni?huhu
Fazlee
ahhhh x kisah la..... moga rohnya dirahmati oleh Allah... amin
que_cai
yup...moga rohnye dirahmati oleh Allah..amin...
Fazlee
Tunggu zaman perang kot bru buat bicycle lane....
kona_zing
aku mintak kalau rakan2 semua jika hendak menderma bleh masukkan ke akaun aku, aku akan serahkan ke keluarga arwah...
giantxtc
Fazlee, kat Penang ni ada Bicycle Lane, tapi just kongsi ngan road. Cuma kat Tar tulis Bicycle Lane.
Fazlee
Kona, sape nama yg meninggal tu???
kona_zing
arwah Rafizi Hamdan... antara pengasas LeTua
hazrul09
salam semua takziah utk keluarga allahyarham Rafizi...
AmanKama
salammmMmm takziah..
giantxtc
AmanKama, hati2 bila on road nanti.
hazrul09
peringatan utk kita semua... lebuhraya bukanlah tempat yg sesuai untuk berbasikal...
bugs
assalam kenkawan BBS.. salam takziah kepada keluarga Rafizi atas pemergian beliau.. kepada rakan Roadies jadikan ini sebagai peringatan, hati2 semasa di jalan raya, kpd rakan2 karibku MTB, jangan ingat main dlm hutan takde kemalangan!!
syukur916
berada d tmpat kejadian pg tu..sgt mnyayat hati..pagi tu mmg rmai raider sepanjang mrr2 mnghala ke genting sempah..
kona_zing
aku terasa xsedap hati bila bangun tido nak kayuh pagi semalam, so aku kensel kayuh sorang2... rupanya aku nak dengar berita sedih...
bugs
hazrul.. aku setuju benor dengan pernyataan kau!! jadi kenkawan.. reramailah kita main MTB, dalam hutan selamat sikit!!! hehehehhe
hazrul09 bugs<
main rb boleh, tapi pilih lah jalan yg sesuai... kalau terpaksa lalu lebuhraya, carilah yg ada laluan motorsikal..
hairie
salam semua, rasa tak jadi pulak nak ambik road bike nie, terkenangkan berita semalam..
AmanKama
tengah kayuh sorang2 kat DUKE pagi smlm,ada raider tegur cakap rider bwk colnago patah dua kat mmr,terus kayuh ke sana,arwah dah di bawa ke hospital..
mrr2..
kona_zing
malang tak berbau... tp kat KL mana jalan yg bukan hiway...
AmanKama
kalau driver proton saga tu tunggu kt situ mmg jadi mcm kes waja n lori tangki langgar motor di johor..
kona_zing
dahla memasing bwk laju, double line potong, lorong kecemasan kiri pun nak potong q...
miaomiao
aman: apa jadi kes waja n lori tu?
AmanKama
betul tu kona..aku kt ampang mana lg nak kayuh..takkan asyik nk panjat Bukit Ampang..hanya ada MRR2-Genting Sempah dan DUKE shj..
kona_zing
kita rider ni mentimun, kete durian, menggolek kena, digolek pun kena...
XGun
Share the ROAD plz.... slm all..
AmanKama
waja gesel motor,motor jatuh lori tangki pulak sambung..meninggal..org ramai belasah driver waja tu sampai lembik,polis dtg kena dukung bwk lari utk tenteramkan keadaan..ada dlm berita..
bugs
kejadian semalam mengingatkan aku ttg peristiwa tahun lepas, sorang team membre tri paku kena langgar di lebuh raya MEtz (?)
kona_zing
miao, waja tu terimpit moto pasto lori tu sebat moto tu, mati katanya, pastu org yg sekeliling lak pg belasah tp semua India lak tu...
bugs
so please roadies terutamanya, carilah jalan alternatif lain, jangan gunakan lebuh raya, risiko terlalu tinggi.
hazrul09
nmpk mcm accident tu kat intersection... memang bahaya kat intersection ni... basikal paling laju pun 30km/j... kereta 100km/j.. beza kelajuan lebih 70km/j
miaomiao
mex hiway
hazrul09
MEX
AmanKama
MEX Highway mmg sedap kayuh maintain speed..straight ajer..sikit ajer bukit..tp situlah jugak bahaya kereta sgt laju especially yg nk kejar flight ke LCCT/KLIA!!!!
miaomiao
kayuh kat hiway memang bahaya. kayuh kat jalan biasa pun biasa. semalam kayuh balik dari bagan lalang, trailer selisih tepi at high speed. takut. kalau la macam ni, tinggal hulu langat je yg selamat, dan GS-bentong
AmanKama
miao..paling selamat kayuh dlm litar sepang ajer..
miaomiao
aman: macam tu setahun sekali je la kayuh
XGun
mentaliti pemandu sebenar nya..dgr sml kt GP kebangsaan kt kedah pun ada kereta tak berhenti..nasib baik x de rider yg cedera..
bugs
aku nak berkongsi pengalaman yg setahun jagung, biasa aku cari stamina on road dan perkara pertama aku titik beratkan keselamatan!! yg paling utama lampu blinker aku pasang walaupun siang hari, itupun ada jugak motorist lain pedajal saja himpit.
kona_zing
kalau kongsi ngan kete lori xkira jalan mana semua ada risiko...
AmanKama
Minggu ni aku belek2 beskal ajer la kt umah..ketat2kan apa yg longgar,time cooling period dulu..org umah sure bising..
XGun kena
ketuk tingkap baru nk berhenti..padahal mashal dh jaga..
Fazlee
kayuh dlm grup.... jgn kayuh sorg2.... pastikan ada motor backup
XGun
kt indon walaupun dorang lagi mundur dr kita tapi penguna jln tetap hormat kt yg menungang basikal..
hairie
amankama. paling selamat kayuh setempat je...
hazrul09
even Putrajaya yg dikatakan bike friendly pun tak selamat... pemandu bas hampeh
Fazlee
harap2 lah xde apa2 yg berlaku masa di Kuantan Century Ride nt
hazrul09
aku kalau tak traffik light memang berhenti... tapi pemandu bas ni tak sabar, bila hijau je... menyondol-nyondol supaya ketepi
Fazlee
adakah kita perlu membuat petisyen???
kARILpap
salam takziah buat keluarga allahyarham rafizi..populasi penunggang basikal kt malaysia ni xramai ssb tu pihak2 yg berkenaan terlepas pandang pentingnya lorong basikal..
hazrul09
Fazlee aku sokong
miaomiao
apa agaknya jadi kat wild dogs brigade punya kempen keselamatan, yg dieorang cakap kat rancangan sejuta impian
bugs
miao.. anjing liar dan jinak dah!!! pasal dah dapat duit!!! hahahahhaha
miaomiao
something about this campaign poster is just plain wrong....
giantxtc
helmet mana?
hazrul09
diorang ni kena betulkan diri dulu, baru boleh buat awareness campaign
miaomiao
giant: ada lagi yg lebih tak kena. cuba cari
rin
takziah kat family arwah diatas pemergiannye
Jonz
salam pagi..
rin
btw, bukan je kete yg on road menyusahkan, kete yg park tepi jln pun kadang2 menyusahkan jugak
Jonz
miao.. wrong side of the road??
miaomiao
onz: wrong side tu tak pasti lak. yg pasti, mana brake?
giantxtc
brake...
hazrul09
side betullah... takkan kereta drive belah kanan kut
miaomiao
fundamental n basic requirement of a bike. takde helmet, takpe la lagi. bike city macam copenhagen pun orang tak pakai helmet. tapi brake, come on
hazrul09
side road tu..
Jonz
miao.. depa brake pakai niat ja tu.. "nawaitu berhenti"
miaomiao
jonz: now that's funny organize a bike clinic, n their bikes pun takde brake.
hazrul09
awatlah poster tu ada F word tu... kerajaan sponsor ke bebudak nih?!?
Jonz
miao.. hahaha.. just kidding..
miaomiao
hazrul: yes, sponsored by this http://kul anzsalleh.com/program-sej uta-impian/
zulsaturn salam semua
kona_zing
hmmm... camne nak ajar org ttg safety tp deme tu sendiri yg x praktikkan... practice what you preach la dog2 sekalian...
hazrul09
salam zul... senawang jamboree join tak?
zulsaturn
hazrul:aku dh cuti kayuh jauh..huhuhu..kayuh pusing taman jaaa bt masa skarang
miaomiao
driver mpv yg langgar good samaritan kat mrr2 tu, kena denda je kan?
kona_zing
miao yg langgar arwah rafizi tu ke?
miaomiao
orang langgar good samaritan tu, hit-n-run, lepas tu buat laporan polis. sama macam kes ni. kena denda rm5500, no jail sentence, no license suspension.
kona: tak. kes langgar tahun lepas. good samaritan ong kim koon tolong mangsa kemalangan, dan dia plak kena langgar
kona_zing
xtaula, kena tgk di cas bwh akta apa, kalau ikut cuai hingga menyebabkan kematian, boleh kena penjara denda dan gantung lesen minima 3 tahun
hazrul09
miao< sebabkan kematian juga ke?
miaomiao
http://bor hochiak.blogspot.com/2011 /05/khoo-kim-chuan-unrepe ntant-killer-of.html?zx=9 8398c8baa9f616a
Fazlee
fuh... klu mcm tu... ni dah kira bahaya.... yela... mana tau kalu2 ada org yg dengki dgn kita... nak kita mati.... langgar pastu lari.... g balai buat report kene denda.....
miaomiao
kona: same akta la. it's like history repeating itself
kona_zing
aku xleh nak komen la miao... bukan bahagian aku
Fazlee
what the "F" that act....
zulsaturn
miao:aku rasa pun mcm tu gak coz kalau msk court pun lawyer tertuduh bole guna kes terdahulu as reference..hmmm
melainkan terbukti dia cuai/mabuk masa kejadian...yg tentu mmg susah nk buktikan semua tu...
kona_zing
kalau cuai hingga menyebabkan kematian, undang2 sekarang jika sabit kesalahan penjara max 10 tahun, denda dan gantung lesen minima 3 tahun...
jika terbukti driver tu cuai...
Fazlee
last2.... kita sebagai penunggang basikal yg tanggung... umpama mati katak.... sedih siot...
hazrul09
aku rasa, kalau ada motif dah jadi lain... bawah akta lain
kona_zing
kalau ada motif menyebabkan kematian, dah jadi 302 kanun kesiksaan, penjara seumur hidup atau hukuman mati tau
hazrul09
bukan lagi akta pengangkutan jalan..
Fazlee
benda dah berlaku..... kita takkan dpt undurkan semula masa tu.... apa yg penting skrg... kita harus lebih berhati-hati... kalau boleh kayuh secara berkumpulan.... pastikan ada backup dari kawan2 yg ada motorsikal..
bomal
brapa banyak lagi agaknya nyawa pengayuh diperlukan baru nak bukak akta? sedih la camni
bugs
ALI.. MACAM NASIHAT DIIR SENDIRI AJE!!! kau tu kena kayuh secara kumpulan!! jangan asyik nak laju aje!!! ingat2 Kona si Beruang Panda kat belakang tu!!! hehehehhe
Fazlee
kita ni hanya suara minority.... :(
klu dlm grup aku biasa duk kat 3 @ 4 yg terakhir bugs... x berani nak dok depan atau belakang... sebab aku bukan nak jadi pelumba.... aku kayuh utk kesihatan...
kona_zing
a'ah... tu siap dah nganjing aku ckp avs 27kmj... pastu nak saing ngan aku kat kontan nanti, dia besit kat depan dulu huahuahua
-----------------------------------------------
Sumber: mforum.cari.com.my
SHAH ALAM - Pelumba pelapis basikal negara, Rafizi Hamdan terbunuh dalam satu kemalangan langgar lari di KM 20.3 Jalan Lingkaran Tengah 2, Taman Melawati, Ampang, pagi tadi. Dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, Rafizi, 37, yang mewakili pasukan Le Tua dan baru menimang cahaya mata kedua dipercayai dilanggar sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke Genting Sempah untuk bertemu dan beriadah bersama ahli kelab berbasikal Le Tua. Abang ipar Rafizi, Akmal Abu Hanif berkata, keluarganya terkejut setelah menerima berita kemalangan yang dimaklumkan oleh salah seorang rakan arwah. "Tidak sangka aktiviti hujung minggu arwah beriadah bersama rakannya bertukar tragedi," katanya. Katanya, arwah telah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia sembilan tahun dan baru menerima cahaya mata kedua. Rafizi juga merupakan penaja kelab basikal Le Tua yang popular dalam penyertaan kejohanan Le Tour de Langkawi sebelum ini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, mangsa mati di tempat kejadian setelah dirempuh oleh sebuah kereta Proton Saga yang kemudian melarikan diri. "Pemandu itu melarikan diri tanpa menyedari nombor pendaftaran milik kereta dia tertanggal di lokasi, kami berjaya mengenal pasti kenderaan itu," katanya. Amiruddin berkata, kejadian berlaku di hadapan stesen minyak Shell berhampiran susur keluar ke Taman Melawati, polis akan melakukan siasatan pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya atau melulu hingga menyebabkan kematian. "Saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan polis," kata beliau. |
------------------------------------------------
Sumber:
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=642836&page=1
Rafizi bukan pelumba basikal kebangsaan18/03/2012
6:42pm
KUALA LUMPUR - Pelumba basikal dari Kelab Basikal Le Tua maut dirempuh kereta dalam kejadian langgar lari ketika berbasikal di kawasan Jalan Lingkaran Tengah II (MRR2) berhampiran susur Taman Melawati di sini hari ini bukan pelumba basikal kebangsaan.
Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad ketika dihubungi menjelaskan, Rafizi Hamdan bukan pelumba basikal kebangsaan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham, beliau bagaiamanapun meminta pengguna jalan raya di negara ini untuk menghormati peminat basikal yang menggunakan jalan raya untuk melakukan aktiviti riadah.
Allahyarham Rafizi, 37, yang menggunakan laluan MRR2 menuju ke Batu 12 Gombak mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah dirempuh kereta dari arah belakang, dipercayai jenis Proton Saga, yang kemudian bertindak melarikan diri.
Rafizi yang merupakan pekerja CIMB Bank dikatakan mahu menyertai anggota kelab basikal yang lain di kawasan Batu 12 Gombak bagi aktiviti riadah di hujung minggu.
Jurucakap polis ketika dihubungi berkata, polis sedang mengesan pemilik kenderaan yang terlibat dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu. - BERNAMA
------------------------------------------------
Sumber:
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=642836&page=3
No comments:
Post a Comment