Saturday, March 29, 2014

Kayuhan Cherating (01) Cherating Business Centre

Pasukan Laman Basikal telah bertolak dari kuantan ke Cherating pada jam 4.00 pagi. laman Basikal memilih untuk sampai awal di Cherating. Mahu merasa solat subuh di Cherating. Kami sampai di Cherating jam 5.00 pagi dan terus singah di satu-satu kedai makan yang sedang beroperasi.

Tajuk: Kayuhan Jejak Destinasi Pelancongan Cherating
Tarikh: 23.3.2014 (Ahad)
Masa: 7.00 pagi
Tempat: Cherating Business Centre
Jarak kayuhan: 20km


Lepas makan Pasukan Laman Basikal telah bergerak mencari surau. Cari punya cari, tak juga jumpa. Terus aja singgah di Cherating Business Centre untuk menompang solat subuh. Rupanya  Cherating Business Centre adalah tempat pendaftaran peserta Kayuhan Cherating.

Pasukan Laman Basikal menjadi kumpulan yang pertama sampai. Seronok juga dapat melihat ketibaan semua urusetia dan peserta. Semuanya berjalan dengan teratur.

No comments:

Post a Comment