Ekspedisi berbasikal bendera sempena Hari Kemerdekaan ke-39 pada tahun 1996. Gambar ini dirakamkan pada 29 Ogos 1996.
Inilah gambar kenangan bersama Tok Penghulu Jazam, Penghulu Mukim Perak Temerloh Pahang. Tok Penghulu Jazam banyak membantu menghidupkan budaya berbasikal di Daerah Temerloh. Tok Penghulu Jazam adalah antara orang kuat Kelab Basikal Kembara Berbasikal Negeri Pahang yang telah berusaha mengembangkan minat berbasikal ke seluruh negeri Pahang.
Kini Tok Penghulu Jazam telah pencen dari menjawat jawatan Penghulu Mukim Perak Temerloh Pahang. Hati masih belum kuat nak balik ke Pekan Pahang. Rupanya nak jadi orang bandar besar. Tok Penghulu Jazam telah membuka TEMERLOH CATERING di Shah Alam. Berkunjunglah ke restoran Tok Penghulu Jazam di:
Temerloh Catering & Services
2-G, Jalan Pahat J 15/J
Kompleks Dataran Otomobil
Seksyen 15, 40000
Shah Alam
(berhampiran showroom Toyota & Public Bank)
No comments:
Post a Comment