Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) turut menyediakan perkhidmatan ambulan untuk Program Kayuhan Jejak Destinasi Pelancongan Cherating. Walaupun jarang-jarang ada peserta yang cedera tetapi keperluan menyediakan bantuan perubatan adalah antara keperluan utama dalam mana-mana aktiviti rasmi berbasikal.
Tanggungjawab untuk peka dengan keselamatan semasa berbasikal adalah terletak kepada individu yang mengayuh. Setiap peserta perlu mempunyai ilmu asas mengenai keselamatan semasa berbasikal. (Tidak bercadang untuk menjelaskannya disini) Setelah itu barulah diletakkan kepada penganjur, tanggung jawab untuk memastikan keselamatan pengayuh iaitu sebelum bermula, semasa kayuhan dan setelah tamat kayuhan. Penganjur perlu mendapatkan nasihat teknikal dari pihak yang berpengalaman dalam keselamatan semasa aktiviti berbasikal. AJK keselamatan tidak boleh main tunjuk-tunjuk dan pilih-pilih sahaja.
Pengalaman menguruskan aktiviti berbasikal adalah pengalaman yang dapat di terapkan dalam kehidupan bermasyarakat. Ianya berbalik kepada niat yang tersirat (bukan tersurat) dalam menganjurkan satu-satu aktiviti kayuhan.
Tajuk: Kayuhan Jejak Destinasi Pelancongan Cherating
Tarikh: 23.3.2014 (Ahad)
Masa: 7.00 pagi
Tempat: Cherating Business Centre
Jarak kayuhan: 20km
No comments:
Post a Comment