Friday, April 4, 2014

Kayuhan Cherating (04) awas tebuan tanah

Setelah selesai merentas anak sungai, kini peserta perlu menolak basikal menaiki cerun bersemak dan berbatu-batu. Laluan ini memaksa peserta Kayuhan Jejak Destinasi Pelancongan Cherating untuk menolak basikal kerana laluan ini tidak membolehkan peserta mengayuh.

Peserta juga perlu menolak dengan berhati-hati kerana terdapat tebuan tanah yang telah terganggu dengan kedadiran peserta Kayuhan Jejak Destinasi Pelancongan Cherating. Nasib baik kumpulan ini terselamat. Terima kasih kepada Abang Gong Badak yang telah perasan perasaan marah tebuan tanah kerana penganjur lupa memohon kebenaran mereka untuk lalu di tanah mereka.


Tajuk: Kayuhan Jejak Destinasi Pelancongan Cherating
Tarikh: 23.3.2014 (Ahad)
Masa: 7.00 pagi
Tempat: Cherating Business Centre
Jarak kayuhan: 20km

Gambar tebuan tanah tersebut tidak dapat ditunjukkan kerana tiada sesiapa yang berani untuk mengambil gambar Tebuan Tanah yang sedang marah.

No comments:

Post a Comment