Aktiviti berbasikal boleh digunakan untuk membina kekuatan fizikal dan mentel anak-anak. Kekuatan mental dan kekuatan fizikal adalah dua perkara yang berbeza. Ada mereka yang kuat fizikalnya berdasarkan otot dan fizikal. Mampu menghadapi pelbagai cabaran berbentut fizikal tetapi amat lemah jika berhadapan dengan cabaran berbentuk mental.
Ada juga mereka yang mempunyai kekuatan mental berdasarkan semangat dan kata-kata mereka. Tidak mudah untuk melemahkan semangat mereka. Mereka boleh juga memberi semangat dan motivasi kepada orang lain. Mampu mematahkan kata orang yang mahu melemahkan semangat mereka dan kumpulan mereka. Tetapi mereka tidak mampu untuk menghadapi cabaran jika memerlukan kekuatan fizikal.
Untuk menyediakan anak-anak kita supa mempunyai kekuatan mental dan fizikal, boleh dilakukan dengan aktiviti berbasikal. Disini tidak bercadang untuk bercerita pasal teknik membina kekuatan mentan dan fizikal melalui aktiviti berbasikal.
Perkara ini tidak boleh dilakukan secara main teka-teka dan acu-acu. Contohnya, membina kekuatan fizikal bagi anak-anak ada had-had atau pantang yang tidak boleh dilakukan. Jika kita menyediakan teknik latihan yang tidak mengikut prinsip ansur maju, badan anak-anak akan cepat rosak. Akhirnya mereka akan cepat bosan dan mereka tidak mahu terlibat dengan aktiviti yang mencabar fizikal mereka.
Tajuk: Kayuhan Jejak Destinasi Pelancongan Cherating
Tarikh: 23.3.2014 (Ahad)
Masa: 7.00 pagi
Tempat: Cherating Business Centre
Jarak kayuhan: 20km
No comments:
Post a Comment