Wednesday, April 2, 2014

Kayuhan Cherating (03) merentas sungai


Ada orang memilih untuk mengayuh basikal racing dan ada orang memilih mengayuh basikal MTB. Bila mengayuh basikal MTB di laluan 'off road' ada ketikanya kita bertemu dengan laluan yang tidak dapat dikayuh seperti menyeberang anak sungai.

Berhadapan dengan situasi merentas anak sungai ini memerlukan kita 'mendukung' basikal. Bagi berhadapan dengan situasi yang menyebabkan kita terpaksa mendukung basikal, dicadangkan semasa mengayuh petang-petang di kawasan ruman, kena juga buat latihan mendukung basikal.

Sama ada basikal kita berat atau ringan (maksudnya mahal atau murah) tidak menjadi masalah. Bagi mereka yang mempunyai basikal yang sama berat dengan tong gas, latihan ini juga akan memberi manafaat kekuatan untuk mengangkat tong gas. Ianya akan memudahkan suami melaksanakan tugas membeli gas. Isteri tentu akan bangga jika memiliki suami yang mampu mendukung tong gas sampai ke kedai. Suami orang lain terpaksa menggunakan motosikal atau kereta untuk membawa tong gas. Ini juga boleh menunjukkan kekuatan zahir dan batin sang suami.

Latihan angkat atau dukung basikal ini juga perlu untuk suami yang mempunyai isteri yang besar, teguh dan peramah. Kalau terjadi apa-apa hal, suami dapat mendukung isteri untuk .....

Disini saya tidak bercadang untuk menceritakan teknik mendukung basikal.


Tajuk: Kayuhan Jejak Destinasi Pelancongan Cherating
Tarikh: 23.3.2014 (Ahad)
Masa: 7.00 pagi
Tempat: Cherating Business Centre
Jarak kayuhan: 20km

No comments:

Post a Comment