Abang Gong Badak tersenyum menerima hadiah baju basikal dari Pejabat Kementerian Pelancongan. Abang Gong badak datang bersama anak dengan basikal fixie. Tidak berkesempatan untuk menamatkan kayuhan kerana terpaksa berpatah balik kerana laluan yang dilalui tidak sesuai untuk basikal fixie anaknya.
Abang Gong Badak juga terlibat dalam sesi tersesat jalan ketika melalui jalan berpasir. dan tersesat sampai 3 km baru ada yang sedar kami dan sesat. Ketika kami seronok naik basikal tiba-tiba ada yang naik hairan kerana dan tak jumpa kesan tayar orang depan. Apa lagi, cepat-cepat pusing balik, bimbang terjumpa kapal terbang MAS MH370. Susan nak berjawab dengan wartawan.
Seperti kebiasaan mana-mana program 'perlu' ada cabutan bertuah. Ada orang memang selalu bertuah. Cabutan bertuan untuk peserta Kayuhan Jejak Destinasi Pelancongan Cherating
terdiri dari basikal fixie, barang-barang basikal dan peluan bermalam di hotel.
Setelah selamat sampai dari tersesat dan berjaya melepaskan diri dari tebuan tanah, kami dapati kumpulan awal telah mencatatkan jarak sejauh 20km. Tetapi kumpulan kami mencatatkan jarak sejauh 23km. dalam pada naik basikal kami naik hairan sekali lagii apabila ada yang mencatatkan jarak sejauh 29 km. Itulah pengalaman Kayuhan Cherating.
Kami tak bercadang nak jelaskan keperluan teknikal dan keselamatan untuk satu-satu acara berbasikal. Biarlah masing-masing buat dangan cara masing-masing. Masing-masing sudah agihkan tanggungjawab dan tugas dengan sempurna.
Tajuk: Kayuhan Jejak Destinasi Pelancongan Cherating
Tarikh: 23.3.2014 (Ahad)
Masa: 7.00 pagi
Tempat: Cherating Business Centre
Jarak kayuhan: 20km
Tarikh: 23.3.2014 (Ahad)
Masa: 7.00 pagi
Tempat: Cherating Business Centre
Jarak kayuhan: 20km
No comments:
Post a Comment