Thursday, April 10, 2014

Kayuhan Cherating (08) saiz badan bukan halangan



Berat badan bukan penghalang untuk kita menyertai aktiviti berbasikal. Tentu ada yang pernah berjumpa dengan 'Bigman' sang pengayuh dan 'Fatman' sang pengayuh. Antara perkara yang penting adalah memilih basikal yang sesuai dengan fizikal kita.

Bagi mereka yang berbadan besar, aktiviti berbasikal tidak akan mencederakan lutut dan buku lali kerana aktiviti dilakukan dalam keadaan duduk. Jika melakukan aktiviti berlari, boleh menyebabkan kecederaan pada kaki atau lutut jika menggunakan kasut yang kurang sesuai.


Tajuk: Kayuhan Jejak Destinasi Pelancongan Cherating
Tarikh: 23.3.2014 (Ahad)
Masa: 7.00 pagi
Tempat: Cherating Business Centre
Jarak kayuhan: 20km

No comments:

Post a Comment