Tuesday, April 8, 2014

Kayuhan Cherating (07) umur bukan penghalang

Dalam aktiviti berbasikal, umur tidak dijadikan penghalang. Aktiviti berbasikal adalah aktiviti sukan yang amat berkait rapat dengan Sains Sukan.

Bermula dengan pembelian basikal. Biomekanik dalam Sains Sukan telah menunjukkan keperluan untuk membeli basikal adal basikal yang mempunyai saiz yang sesuai dengan seseorang. Pengayuh MESTI mengayuh basikal yang sesuai dengan tubuh badan mereka.

Ada penjual basikal (individu atau kedai basikal) yang menjual ikut minat pembeli. Bila dah beli baru tahu basikal tu tak sedap dikayuh. Tetpaksa jual semula dan beli basikal lain.

Kadang-kadang jika tersalah beli basikal kita tidak perlu menjual semula basikal tetapi perlu menukar barang tertentu pada basikal bagi menjadikan ianya sesuai dengan fizikal kita.

Berbalik kepada 'umur bukan penghalang'. Berbasikal membolehkan kita melakukan latihan atau rekreasi berbasikal dengan kekuatan otot atau jantung kita. Berbasikal tidak seperti bola sepak yang telah menyebabkan pemain bola boleh mati dalam padang. Ketika dalam padang pemain bole tidak menerima isyarat yang jelas dari badan mereka tentang had kemampuan badan seseorang.

Dalam aktiviti berbasikal, apabila jantung kita telah mencapai tahap maksima (220 x umur) maka badan kita akan memberikan tanda untuk kita memperlahankan aktiviti kita. kegagalan kita untuk mengenal pasti tanda tersebut akan menyebabkan masalah yang besar.

Ketika aktiviti berbasikal kita boleh mengawal rentak kayuhan kita supaya sesuai dengan umur kita. Tetapi terlebih dahulu kita perlu sesuaikan basikal dengan fizikal kita. Jika tidak sesuai, aktiviti berbasiikal akan menjadikan badan kita sakit bukan menjadikan badan kita makin kuat.


Tajuk: Kayuhan Jejak Destinasi Pelancongan Cherating
Tarikh: 23.3.2014 (Ahad)
Masa: 7.00 pagi
Tempat: Cherating Business Centre
Jarak kayuhan: 20km

No comments:

Post a Comment