Saturday, November 30, 2013

A660 kayuhan Gunung Senyum bersama orang muda

Kumpulan kami biasanya menjadi 'jurulatih' awal untuk bebudak muda yang baru 'kusut' nak mengayuh. Kiteka bawak bebudak macam ni kami kena pilih mereka yang ada sedikit tatatertib dan displin. Kalau yang mengayuh macam ada buasir kat bontot atau macam ular kena palu, kami tak berani bawak. Nanti rosak imej pengayuh rekreasi yang bersopan yang telah kami bina sela bertahun-tahun. Adab kami adalah perlu menghormati semua orang kampung yang kami temui di sepanjang jalan ke Gunung Senyum.

kalau ada yang nak buat jalan raya sebagai tempat dia. 
Kami tak boleh terima.
Kalau mengayuh tak pandang belakang
Kami tak boleh terima
Kalau mengayuh terjerit-jerit
Kami tak boleh terima.
Kalau mengayuh pakai selipar jepun
Kami tak boleh terima
Kalau mengayuh nak mintak orang tukan belanja dia
Kami tak boleh terima
Kita perlu ada adab ketika mengayuh
Baru orang suka.

Ketika mengayuh dari Kuantan ke Rantau Abang Terengganu, pernah pemandu kereta menunjukkan penumbuk kepada kami yang mengayuh basikal. Marah sangat dan benci sangat kat kami yang mengayuh basikal. Kami tak tau apa perasaan penunjuk penumbuk tersebut pada masa ini. kami tak simpan rasa terkilan. Mungkin dia tak sedar masa tu. Masa ni mungkin dia dah minat mengayuh atau anak-anak dia 'sawan' mengayuh.

Gambar lama kayuhan Gunung Senyum bersama bebudak muda.

Wednesday, November 27, 2013

Kayuhan Penaluka Khursani

Bad atau Penaluka Khursani telah kembali mengayuh setelah terluka jari pada 7hb September 2013 sebelum bermula Kayuhan Bandar Bera bersama Ahli Parlimen Bera Dato Ismail Sabri.  Bersempena dengan Kayuhan Bukit Setongkol Penaluka Khursani telah menggunakan ineg baru. Sebelum ini Penaluka Khursani menggunakan warna biru tetapi kali ini bertukar kepada warna merah.

 01. Ini adalah persediaan Penaluka Khursani untuk menyambut Tahun Melawat Malaysia 2014.
 02. Cogan kata yang ditonjolkan oleh Penaluka Khursani adalah BIKE  GET  TOGATHER.
 03. Penaluka Khursani merasa sedikit kesal apabila pengayuh-pengayuh basikal berterusan bercakaran sesama sendiri. Malah lebih teruk lagi menghina pengayuh lain yang tidak sehebat mereka. Mere sebegini sering datang dan pergi dalam aktiviti berbasikal. Kemunculan seketika mereka biasanya boleh membunuh minat mereka yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti berbasikal.
 04. Mereka ini suka membangkang apa yang orang buat, menghina apa yang orang lain capai mengumpat apa yang orang lain dapat. Tiada apa yang orang macam kami boleh buat selain berharap minat berbasikal mereka cepat pudar supaya mereka boleh membangkang orang-orang dalam sukan yang lain pula.
 05. Cannondale F3000SL tahun 2004. Masih boleh berkilat memancar-mancar apa kena polish dengan wax. Kata Penaluka Khursani cukuplah dengan apa yang ada pada masa ini. Kalau pun ada hajat,... hajat nak beli basikal Racing untuk disimpan sebagai koleksi pelengkap dengan MTB Cannondale F3000SL.

Monday, November 25, 2013

Kayuhan Basikal Tua Klasik Tradisional

Bukan semua orang mesti kayuh basikal untuk laju atau untuk kuat. Ada yang mengkhusus dalam menghargai dan meminati basikal kerana sejarahnya yang unik. Minat kepada basikal tua dan klasik ini diharapkan tidak dijadikan perbalahan dikalangan peminat basikal muda. Kita sama-sama mempunyai minat maka kita perlu saling menghormati minat orang lain.

Ada peminat basikal tidak sanggup membeli basikal moden atau basikal muda yang sering dibanggakan oleh pemiliknya kerana mereka mampu memiliki basikal yang  harganya puluh ribu. Tetapi ada juga peminat basikal tua di negara ini yang sanggup menghabiskan wang beribu ringgit demi hobi menyimpan barangan usang yang wujud sejak tahun 1890an membuktikan ia mempunyai nilai bersejarah.

Basikal tua atau basikal klasik atau basikal tradisional, mampu mengembalikan kenangan kepada 'orang lama' ini kini semakin diminati bukan sahaja di kalangan orang tua malah golongan muda dan remaja untuk memilikinya.
 Minat pengumpul basikal klasik tua kepada barangan aksesori seperti lampu dinamo, loceng, beg buatan England dan aksesori lain yang kerana ianya semakin sukar ditemui.

Ketagihan untuk memiliki basikal tua klasik adalah kepada basikal yang masih berfungsi dengan baik dan lengkap dengan pelbagai aksesori. Ianya enjadi kepuasan kepada pemiliknya kerana barangan klasik tersebut mempunyai pelbagai cerita menarik di sebaliknya.
 Basikal-basikal tersebut pernah digunakan pemilik generasi terdahulu semasa zaman penjajahan Jepun dan Inggeris serta menjadi kenderaan utama kakitangan kerajaan pada zaman sebelum merdeka seperti polis, guru, tentera dan posmen.

Minat basikal tua semakin berkembang dengan adanya pelbagai aktiviti yang dijalankan kelab-kelab basikal tua. Peminat tegar baikal tua mahu mengembangkan minat ini kepada orang ramai serta generasi masa kini yang mungkin tidak sedar peranan basikal tua pada masa dahulu..

Peminat basikal tua dari pelbagai kelab dari seluruh negara sering berkumpul untuk mengadakan aktiviti berbasikal serta pameran di kawasan-kawasan yang menjadi tarikan pelancong pada hujung minggu dan musim cuti sekolah.
 Peminat basikal tua yang semakin bertambah menjadikan hobi ini tambah semakin menarik dan sentiasa mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang berpeluang melihatnya dengan lebih dekat.

Peminat basikal tua telah berjaya mengumpul seramai 460 peminat basikal tersebut dan perhimpunan ini dianggap Perhimpunan Basikal Klasik Terbesar di negara ini.
.
 Perhimpunan terbesar basikal tua ini telah berjaya diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh dan mendapat pengiktirafan dalam dalam Malaysia Book of Records (MBR).

Usaha Kelab Basikal Tua Batu Berendam (KBTBB) dengan kerjasama pasar raya Mydin MITC itu berjaya mengumpulkan 20 buah kelab basikal tua dari seluruh negara.
 Turut meriahkan perhimpunan ini adalah seramai 25 peserta jemputan dari Pekan Baru, Riau, Indonesia.

Antara kelab yang terlibat termasuklah KBTBB;
Kelab Basikal Klasik Jalan Khamis;
Kelab Basikal Klasik Kg. Kundang;
Kelab Sepeda Tua Felda Chemplak;
Kelab Sepeda Klasik Kinta
Kelab Sepeda Tua Johor Bahru.
Port Swettenham Classic Bicycle;
Kelab Sepeda Tua Kota Tinggi;
Kelab Basikal Tua Muar;
Kelab Basikal Champion Melaka;
Kelab Basikal Klasik Pulau Pinang;
Kelab Basikal Adtec Batu Pahat
Pemilik Basikal Klasik Muar.
 Basikal tua yang berjaya dikumpulkan pada perhimpunan ini adalah buatan England sekitar tahun 1920-an hingga 1970-an

Jenama terkenal basikal tua adalah:
Raleigh
Hercules
Robinhood
Phillips
British Small Arms (BSA)
Sunbeam
Triumph
New Hudson
Rudge
Perhimpunan ini turut dimeriahkan dengan pertandingan:
Basikal Beragam Terbaik,
Pakaian Terbaik,
Pengurusan Kelab Terbaik
Peserta Paling Veteran
Peserta Paling Muda

SUMBER GAMBAR:
http://basikalmalaya.wordpress.com/2012/11/05/perhimpunan-basikal-klasik-terbesar/

SUMBER CERITA:
http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20120920/ws_03/Perhimpunan-klasik-basikal-tua

Saturday, November 23, 2013

A659 Kayuhan Gunung Senyum bersama orang pencen.

Setelah jambatan untuk lebuhraya siap, kami telah mengubah laluan kayuhan ke Gunung Senyum. Tahun-tahun sebelum kami perlu menggunakan jambatan di Temerloh bagi mengayuh ke Gunung Senyum. Bila Lebuh Raya ke Kuantan dah siap kami menggunakan jambatan lebuh raya ini untuk mengayuh ke gunung senyum. Kami naik ke jambatan ini lelalui laluan sikal di Kampung Kuala Sanggang dan turun melalui laluan sikal dikampung bintang.

Laluan ini menjadikan masa kayuhan kami lebih cepat atau kami semua mengayuh lebih cepat. Pasal tiap tiap tahu mengayuh ke gunung senyum.

Gambar lama Kayuhan Gunung Senyum bersama seorang pak cik pencen.

Wednesday, November 20, 2013

Kayuhan Tanjung Lumpur 2013

Pada 24hb Ogos 2013 kami telah Kayuh-kayuh Cari Rodong ke tanjung Lumpur Kuantan Pahang Malaysia.
 01. Kami dan tempuh zaman kayuh basikal besi. Masa tu tak terfikirkan nak beli basikal aloi kerana yang kami fikirkan adalah nak kayuh aja.
 02. Kami juga tempuh zaman orang tak suka kayuh basikal. Kata mereka dan ada moto buat apa susah-susah nak kayuh basikal.
 03. Kami juga tempoh zama kayuh basikal dengan baju t  shirt. Baju basikal yang ada poket belakan dapat tengok aja. Tak tau nak beli di mana dan tak terfikir pun nak beli kerana harga yang mahal pada kami. Usaha terbaik adalah ubah suai baju t shirt biasa dengan menampal poket dibelakang. Pening kepala tukang janit nak layan design baju poket belakang.
04. Kini semua tu dan tak jadi pelik. Mungkin ada orang pelik tengok kami pakai basikal MTB 26. Sekarang kena pakai MTB 27 atau 29. Meraka panggil MTB 26 ni basikal BMX. Kami diam aja orang nak kutuk atau nak hina pengayuh MTB 26. Macam-macam jenis pengayuh kami dah jumpa setelah lebih 20 tahun mengayuh rekreasi. Malas nak ulas cakap-cakap orang yang baru dua tiga tahun mengayuh.

Disini kami bertemu dengan rodong yang sedang menyiapkan tempahan pukat. Banyak masalah nelayan Tanjung Lumpur Kuantan Pahang telah di lontarkan kepada kami. Segan pula kami nak tulis disini kerana kami bukan jenis yang suka sebut orang lain tidak bagus dan kami bagus.

Tetapi nelayan Tanjung Lumpur mempunyai banyak masalah yang telah berlarutan sekian lama.

Monday, November 18, 2013

Popular Posts 18.11.2013

  1. Ada pemerhati basikal bertanya, kenapa ada basikal yang dijual mahal sangat , dimana letaknya harga yang mahal itu? Jawapannya adalah yang ...
  2. Basikal yang mahal adalah idaman setiap pengayuh basikal tegar. Ada pengayuh yang dengan mula-mula kayuh dan mula-mula beli terus merasa ba...
  3. Sepatutnya kita tak boleh tandingkan antara basikal mountain bike dengan basikal racing. Keduanya mempunyai fungsi yang berbeza. Ada orang m...
  4. Banyak pengayuh yang telah bertahun-tahun mengayuh rekreasi. Paling jauh mereka mengayuh 50km ke 80km. Mungkin ada yang ingin mencuba berbas...
  5. Hidup kita mesti ada rentak, tidak kira apa pun yang kita lakukan, kita mesti tahu di mana nak memecut dan bila harus memperlahankan rentak ...
  6. Bagi tahun 2012, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia akan menganjurkan sebanyak 24 kejohanan acara road. JUMLAH KEJOHANAN IKUT BU...
  7. Doa Keluar Masuk tandas adalah doa yang boleh dijadikan pendinding semasa kita menjalankan aktiviti berbasikal. Kita tak tau apa yang akan ...
  8. TEMERLOH. Bila membicarakan latihan berbasikal berprestasi tinggi banyak perkara yang perlu di pertimbangkan. Dalam pengalaman saya berkursu...
  9. INGIN BERJAYA DALAM PERNIAGAAN BASIKAL 1. Jangan berbelanja melebihi pendapatan. Perkara ini sering dilakukan dalam perniagaan. Ada oran...
  10.  Twenty First Century Sports (M) Sdn Bhd akan menganjurkan " World Kidney Day Run & Carnival 2013 ". Larian Hari Buah Pingga...

Saturday, November 16, 2013

A639 Kayuhan Gunung Senyum Saikim


Gambar lama Kayuh Gung Senyum bersama Saikim, tentera di kem batu tiga. Sebaik sahaja kami sampai di Gunung Senyum pada hari tersebut, kami dipelawa menyertai acara pelumbaan basikal. Saikim seorang sahaja yang sanggup berlumba. Akhienya saikim berjaya mendapat tempat keempat dan mendapat hadiah hamper.

Saikim adalah rakan lama Sapok Biki. Ramai yang kurang mengenali Sapok Biki. Beliau merupakan peninju negara yang berjaya mengharumkan nama negara ketika Sukan Komanwel 1998 di Malaysia kerana berjaya mendapat pingat emas pertama negara dalam arena tinju di sukan tersebut.

Sapok Biki memenangi pertandingan tinju kategori light flyweight. Keputusan ini menyebabkan ramai nama-nama besar dalam kategori tersebut terkedu. Selain memenangi pingat emas di Sukan Komanwe, Sapok Biki juga berjaya memenangi pingat perak di Sukan SEA 1995 di Chiang Mai, Thailand. kami banyak mendengar cerita Sapok Biki melalui Saikim.

Saturday, November 9, 2013

A637 Kayuhan Gunung Senyum Meri 7

Pada masa dahulu ada petugas Jabatan Hutan Panag yang menjadi penunggu di Gunung Senyum ini. Bila sampai ke gunung senyum kena lapor kepada penunggu ini. Penunggu ini akan suruh kita tulis nama dalam buku. Ada sekali tu kami kena marah oleh penunggu gunung Senyum ini. Kami 

Kami telah dimarah dengan 'kasarnya' kerana langsung tidak datang berjumpa dengan penunggu yang dah nak pencen tersebut. Mungkin dia marah kerana ditukarkan dari tempat lain ke Gunung Senyum untuk menjadi penunggu. Apa yang kami boleh buat adal diam sahaja bila ditengking dihadapan orang ramai termasuk depan budak-budak sekolah ikut kami. Lama juga kami terkedu dan hilang minat nak kegunung senyum.

Beberapa lama kemudia, kami memberanikan diri mengayuh semula ke Gunung Senyum. Kali ini Petugas Jabatan Hutan Temerloh yang menjadi Penunggu Gunung Senyum menyambut kami dengan baik. Seronok pula dapat bercerita dengan penunggu baru ini. Kewibawaan penunggu baru ini telah menanbahkan minat orang rami untuk berkunjung ke gunung senyum. kemana perginya penunggu lama yang garang dan bengis ... kami tak nak tahu. Malah kami tak cadang nak kenal pun. Kami tak nak terlintas rasa terkilan dan kecil hati. Mungkin dia tak sedar/waras pada masa tu.

Gambar lama Kayuhan Gunung Senyum.

Saturday, November 2, 2013

A636 Kayuhan Gunung Senyum Meri 6

Kebanyakan pengayuh rekreasi macam kami ni memang tak hisap rokok. Dah lama dah kami katakan Tak Nakkepada rokok. Hampir semua pengayuh pada masa itu tak hisap rokok. Hinggalah sekarang kami masih tak hisap rokok dan berkawan rapat dengan orang yang tidak hisap rokok.

Kami tak kata merokot tu tak baik.
Kami tak kata merokok tu jejaskan kesihatan.
Kami tak kata juga merokok  tu makruh.
Kami tak kata yang bukan-bukan pasal perokok dan rokok.
Apa yang kami nak kata adalah kami tidak hisap rokok. 

Pernah ada kawan baru yang berminat nak ikut kayuh. Belum sampai 5km dia dah merah muka dan muntah angin. Terpaksa panggil kereta nak ambil budak ni hantar balik ke kedai Tony. Sebab tu bila ada budak-budak (selalunya orang tua) yang nak ikut kayuh kami tanya 'Merokok ke tak?'. Kalau merokok, kami mintak dia berlatih dahulu (maksudnya tak nak bawak - bimbang baru separuh jalan dia ajak tompang lori)
Gambar lama Kayuhan Gunung Senyum. Saudara Badrul Penalukakhursani bersama Meri.