Pada 24hb Ogos 2013 kami telah Kayuh-kayuh Cari Rodong ke tanjung Lumpur Kuantan Pahang Malaysia.
01. Kami dan tempuh zaman kayuh basikal besi. Masa tu tak terfikirkan nak beli basikal aloi kerana yang kami fikirkan adalah nak kayuh aja.
02. Kami juga tempuh zaman orang tak suka kayuh basikal. Kata mereka dan ada moto buat apa susah-susah nak kayuh basikal.
03. Kami juga tempoh zama kayuh basikal dengan baju t shirt. Baju basikal yang ada poket belakan dapat tengok aja. Tak tau nak beli di mana dan tak terfikir pun nak beli kerana harga yang mahal pada kami. Usaha terbaik adalah ubah suai baju t shirt biasa dengan menampal poket dibelakang. Pening kepala tukang janit nak layan design baju poket belakang.
04. Kini semua tu dan tak jadi pelik. Mungkin ada orang pelik tengok kami pakai basikal MTB 26. Sekarang kena pakai MTB 27 atau 29. Meraka panggil MTB 26 ni basikal BMX. Kami diam aja orang nak kutuk atau nak hina pengayuh MTB 26. Macam-macam jenis pengayuh kami dah jumpa setelah lebih 20 tahun mengayuh rekreasi. Malas nak ulas cakap-cakap orang yang baru dua tiga tahun mengayuh.
Disini kami bertemu dengan rodong yang sedang menyiapkan tempahan pukat. Banyak masalah nelayan Tanjung Lumpur Kuantan Pahang telah di lontarkan kepada kami. Segan pula kami nak tulis disini kerana kami bukan jenis yang suka sebut orang lain tidak bagus dan kami bagus.
Tetapi nelayan Tanjung Lumpur mempunyai banyak masalah yang telah berlarutan sekian lama.
No comments:
Post a Comment