Monday, November 25, 2013

Kayuhan Basikal Tua Klasik Tradisional

Bukan semua orang mesti kayuh basikal untuk laju atau untuk kuat. Ada yang mengkhusus dalam menghargai dan meminati basikal kerana sejarahnya yang unik. Minat kepada basikal tua dan klasik ini diharapkan tidak dijadikan perbalahan dikalangan peminat basikal muda. Kita sama-sama mempunyai minat maka kita perlu saling menghormati minat orang lain.

Ada peminat basikal tidak sanggup membeli basikal moden atau basikal muda yang sering dibanggakan oleh pemiliknya kerana mereka mampu memiliki basikal yang  harganya puluh ribu. Tetapi ada juga peminat basikal tua di negara ini yang sanggup menghabiskan wang beribu ringgit demi hobi menyimpan barangan usang yang wujud sejak tahun 1890an membuktikan ia mempunyai nilai bersejarah.

Basikal tua atau basikal klasik atau basikal tradisional, mampu mengembalikan kenangan kepada 'orang lama' ini kini semakin diminati bukan sahaja di kalangan orang tua malah golongan muda dan remaja untuk memilikinya.
 Minat pengumpul basikal klasik tua kepada barangan aksesori seperti lampu dinamo, loceng, beg buatan England dan aksesori lain yang kerana ianya semakin sukar ditemui.

Ketagihan untuk memiliki basikal tua klasik adalah kepada basikal yang masih berfungsi dengan baik dan lengkap dengan pelbagai aksesori. Ianya enjadi kepuasan kepada pemiliknya kerana barangan klasik tersebut mempunyai pelbagai cerita menarik di sebaliknya.
 Basikal-basikal tersebut pernah digunakan pemilik generasi terdahulu semasa zaman penjajahan Jepun dan Inggeris serta menjadi kenderaan utama kakitangan kerajaan pada zaman sebelum merdeka seperti polis, guru, tentera dan posmen.

Minat basikal tua semakin berkembang dengan adanya pelbagai aktiviti yang dijalankan kelab-kelab basikal tua. Peminat tegar baikal tua mahu mengembangkan minat ini kepada orang ramai serta generasi masa kini yang mungkin tidak sedar peranan basikal tua pada masa dahulu..

Peminat basikal tua dari pelbagai kelab dari seluruh negara sering berkumpul untuk mengadakan aktiviti berbasikal serta pameran di kawasan-kawasan yang menjadi tarikan pelancong pada hujung minggu dan musim cuti sekolah.
 Peminat basikal tua yang semakin bertambah menjadikan hobi ini tambah semakin menarik dan sentiasa mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang berpeluang melihatnya dengan lebih dekat.

Peminat basikal tua telah berjaya mengumpul seramai 460 peminat basikal tersebut dan perhimpunan ini dianggap Perhimpunan Basikal Klasik Terbesar di negara ini.
.
 Perhimpunan terbesar basikal tua ini telah berjaya diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh dan mendapat pengiktirafan dalam dalam Malaysia Book of Records (MBR).

Usaha Kelab Basikal Tua Batu Berendam (KBTBB) dengan kerjasama pasar raya Mydin MITC itu berjaya mengumpulkan 20 buah kelab basikal tua dari seluruh negara.
 Turut meriahkan perhimpunan ini adalah seramai 25 peserta jemputan dari Pekan Baru, Riau, Indonesia.

Antara kelab yang terlibat termasuklah KBTBB;
Kelab Basikal Klasik Jalan Khamis;
Kelab Basikal Klasik Kg. Kundang;
Kelab Sepeda Tua Felda Chemplak;
Kelab Sepeda Klasik Kinta
Kelab Sepeda Tua Johor Bahru.
Port Swettenham Classic Bicycle;
Kelab Sepeda Tua Kota Tinggi;
Kelab Basikal Tua Muar;
Kelab Basikal Champion Melaka;
Kelab Basikal Klasik Pulau Pinang;
Kelab Basikal Adtec Batu Pahat
Pemilik Basikal Klasik Muar.
 Basikal tua yang berjaya dikumpulkan pada perhimpunan ini adalah buatan England sekitar tahun 1920-an hingga 1970-an

Jenama terkenal basikal tua adalah:
Raleigh
Hercules
Robinhood
Phillips
British Small Arms (BSA)
Sunbeam
Triumph
New Hudson
Rudge
Perhimpunan ini turut dimeriahkan dengan pertandingan:
Basikal Beragam Terbaik,
Pakaian Terbaik,
Pengurusan Kelab Terbaik
Peserta Paling Veteran
Peserta Paling Muda

SUMBER GAMBAR:
http://basikalmalaya.wordpress.com/2012/11/05/perhimpunan-basikal-klasik-terbesar/

SUMBER CERITA:
http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20120920/ws_03/Perhimpunan-klasik-basikal-tua

No comments:

Post a Comment